Rabu, 26 Ogos 2009

SELAMAT HARI LAHIR..EMAK


Hari ini merupakan hari lahir emak.Selamat hari lahir aku ucapkan.Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.Hanya doa sahaja yang dapat aku hadiahkan.Nak beli barangan,aku rasa aku belum mampu lagi.takpelah satu hari pasti aku akan hadiahkan sesuatu untuk dirinya.
Seperti biasa,sebelum aku pergi kerja,aku akan cium tangan dan dahi emak.Pohon restu..Tapi hari ni aku lihat mak lain sikitlah..dia mengadu sakit kepala..aku suruh berehat.
Aku pun pergilah kerja seperti biasa.Satu hal lagi..motor aku pulak meragam,walhal baru semalam aku servis..Pelan-pelan aku bawa motor..akhirnya sampai juga.
Petang,aku diberitakan bahawa emak dari tadi tidak bangun-bangun.Risau gak..al-maklumlah..sekarang ni penyakit macam-macam ada..Ina kata nak bawa mak ke hospital.Mak mertua aku pun tak sihat gak,baru lepas keluar hospital semalam dan kini berada di rumah aku..
Alhamdulillah.selepas dapat rawatan,emak dikatakan cuma demam urat aje..

Apa pun..kepada adaik-beradik aku,sama-samalah kita berdoa ye..

10 ulasan:

gemagong berkata...

selamat ulang tahun kelahiran buat emak...emak sekarang cepat mendapat sakit risau gak...pagi ni tak terbangun lagi katanya..

azhaN berkata...

petang smlm masa faaris n faaiq call nak wish besday, wan still tak berapa sihat. cut short. g, ada apa2 up-date, tinkle aku cepat2. tq.

achon berkata...

Risau gak Pak Long bila call emak dari pagi hingga ptg baru dapat wish emak. Dia sakit katanya.... apakan daya semala Pak Long pun mc sebab deman sangat sejak malam semalam..... Apa pun harap emak cepat sembuh....

zawal berkata...

terkini,tadi masa nak pergi kerja,dalam jam 7.30am,mak bangun makan ubat.sakit lagi katanya..

zai berkata...

Salam Zawal..

Semoga emak dan ibu mertua zawal cepat sembuh..begitulah kita, ada masa sihat dan ada masa sakit..dan setiap yg berlaku pasti dgn bersebab..

Kak zai percaya, stp ibubapa didunia ini tidak pernah mengharapkan sgt wang ringgit dari anak-anak..yang penting adalah kasihsayang dan ingatan yg berpanjangan..wang tidak dapat membeli kasihsayang sejati krn kalau hidup bertuankan wang tapi tiada insan yg sudi berkongsi kasih sayang takkan bermakna jua wangringgit ditangan apatah lagi yang menyayangi kita hanya penyakit yg sentiasa mengintai utk mendekati..

Dah buat persiapan raya ke ? kak zai belum mula lagipun...selalu last minit jer..

Fadhlah berkata...

selamat hari lahir dan cepat2 sembuh...

jubaidah berkata...

g, tahun lepas pun kau post gambar mak yang ni jugak

mak, selamat ulangtahun kelahiran...

zawal berkata...

kak zai,
terima kasih kak.
persiapan,belum lagi lah kak..untuk anak2 je.

zawal berkata...

fadhlah..
terima kasih bro..

zawal berkata...

jubaidah,
ish mana ada..blog ni baru dilancarkan sempena hari lahir aku pada 3 mac 2009 lalu..mungkin kau tengok gambar ni kat dalam handphone aku tak..hahahaha

JUGA TOLONG KLIK KAT SINI