1hb 2....dikalangan keluarga aku,terdapat kira-kira 4 orang yang menyambut hari lahir..isteriku( Rafidah bt.Hj.Damirin ),kakak ipar aku( Puan Salasiah bt. Said ),kakak aku (Hjh.Zalina bt. Hj.Mashod ) serta adik ipar aku (Reduan b. Hj.Damirin )...
Selamat hari lahir aku ucapkan buat kalian semua,semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Ahad, 31 Januari 2010
Sabtu, 30 Januari 2010
Jumaat, 29 Januari 2010
tadika...
Selasa, 19 Januari 2010
cerita..cerita aje
Semalam,sempat juga aku serta ahli keluarga aku menyambut hari ulangtahun yang ke 66 tahun ibu-mertua aku di rumah mak..Ala kadar aje..sebagai tanda ingatan dari kami..kebetulan emak mertua aku bermalam di rumah aku..jadi gunakanlah peluang yang ada..kepada,emak mertua aku,Selamat Hari Lahir aku dan keluarga ucapkan,semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki...oh..ye,kebetulan juga sama tarikh dengan abang ipar aku...
Isnin, 18 Januari 2010
SELAMAT HARI LAHIR ABANG AS...
Tanggal 18 Januari 2010...maka genaplah usia abang iparku yang ke......tahun.Dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir,semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki serta bahagia bersama isteri (Puan Tom Malawati),putera-puteri yang tersayang (e-qen,athirah dan aiman)...Didoakan juga agar segala amal ibadat diterima oleh Allah swt..(bersama putera kesayangan)
(jauh menungnya tu...)
(jauh menungnya tu...)
Ahad, 17 Januari 2010
semalam punya cerita..
Alhamdulillah...malam tadi selesai sudah majilis tahlil untuk arwah abah-abah aku..Allahyarham Hj.Mashod,Allahyarham Hj.Damirin,Allahyarhan Hj.Shahbudin...serta kaum muslimin dan muslimat sekalian.Aku buat di kampung Kundang..takdelah buat besar-besaran..jemput orang masjid aje..alhamdulillah sempurna sudah niat aku...
Selesai aje majlis,kami adik-beradik buat sambutan hari lahir yang ke 66 tahun emak mertua aku..ringkas tapi penuh makna...
Jumaat, 15 Januari 2010
aku...
Salam..lama benar tak mengupdate blog ni...apa pun aku secara peribadi ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana tetap setia layan blog aku yang tak seberapa ni..yelah..blog aku ni bukannya menarik sangat..sekadar catatan peribadi aku untuk tatapan dan jadi satu kenangan terindah buat aku dan keluarga.
Paparan episod perjalanan haji aku dah selesai dah...alhamdulillah..itulah serba sedikit catatan aku sepangjang bermusafir di rantau orang dan mencari keredhaan Allah swt.
Pelbagai cabaran dan dugaan telah aku terima selepas aku balik haji ni..pahit manis akan aku terima dan telankan juga..pahit memang pahit..apa nak buat,selagi namanya manusia,selagi tulah ada perasaan yang negatif...alhamdulillah aku terima juga..biarlag orang hentam aku..namun aku tahu aku berada dipihak yang benar..dan aku rasa aku dah lepas tanggungjawab untuk menegur..memanglah dalam beberapa minggu ni aku kena hentam..tapi nak buat macamanakan..dah mulut dia yang punya..biarkanlah..
Rezeki aku juga alhamdulillah.amat murah..dan kepada yang sudi membantu aku...semoga Allah membalas jasa baik kalian..tak perlulah aku sebutkan sapa...hanya aku,dia dan Allah swt yang tahu...keluarga,rakan,sahabat dan teman yang akrab dengan aku tentu tahu sapa aku...kerana "aku adalah aku" dan aku cuma nak beritahu "aku DIAM bukan kerana aku mengalah..aku DIAM bukan beerti aku sombong dan aku DIAM kerana Allah swt",sekali lagi,biar apa pun tanggapan orang terhadap aku..aku bahagia dengan kehidupan aku dan keluarga aku..
Wassalam..
perjalanan ku-makkah(13)-Mina
Kat Mina ni antara dugaan adalah yang paling tinggi kena sabar adalah pada waktu nak guna tandas..cuba bayangkan 20 buah tandas..3000 lebih jemaah..perhhh...hanya Allah sahaja yang tahu..ujian tu...pergilah pukul berapa pun,pastinya ada orang yang beratur..tahan ajelah..Pernah sekali,sekitar jam 2.00 pagi,aku terjaga dari tidur,nak menunaikan hajat yang kecik aje..tup..tup tengok dah ada 15 orang beratur...terpaksalah minta izin dari sorang-ke sorang...kalau takkk...al jawablah akan nampak botol air mineral terbang..hahahaha..dugaan tu..tulah sapa suruh lama-lama....
Rabu, 13 Januari 2010
perjalanan ku-makkah(12)-Mina
Akhirnya sampai juga ke Mina..maaflah takde gambar sepanjang perjalanan aku ke sini..Bukan apa,dalam kepenatan dan keletihan,aku terus terlelap dalam bas..1 jam lebih perjalanan..Tau-tau dah disuruh turun.Dalam keadaan "mamai" aku terus melangkahkan kaki...menuju ke khemah.Peha aku dah mulai rasa pedih..macam melecet..aku buat tak tahu aje..Aku terus memimpin emak mencari khemahnya dahulu.Alhamdulillah jumpa..Selepas hantar emak,aku cari pula tempat aku..Alhamdulillah jumpa juga..Terus letakkan barang-barang.Suasana kat dalam khemah memanglah diakui agak kurang selesa,namun HARUS diingat bahawa aku sedang diuji..kat Mina ni cuma 3 hari aje..bagi menyempurnakan lontaran jamrah...maka terimalah..Aku mencari tandas..tunaikan hajat sambil membersihkan tubuhku..bagi segar sikit,maklumlah jam 3.00 pagi..
(pemandangan dalam khemah aku..sesak dan padat)
Selepas subuh,sarapan..aku dapat lihat ada beberapa orang rakan aku telah bertahalull..seperti haji Shah,haji Pian..mereka lontar selepas subuh tadi.Aku belum lagi..Lepas Isya baru nak pergi.
Gedebuk-gedebak...masuk waktu solat Isya dan selepas tu,semua jemaah berkumpul..oh..ye..peha aku sah melecet..aku terpaksa mengengkang bila berjalan..aku kuat kan semangat..aku pimpin mak,sambil ina dan kak wan ikut dibelakang aku..
Gedebuk-gedebak...masuk waktu solat Isya dan selepas tu,semua jemaah berkumpul..oh..ye..peha aku sah melecet..aku terpaksa mengengkang bila berjalan..aku kuat kan semangat..aku pimpin mak,sambil ina dan kak wan ikut dibelakang aku..
(di dalam terowong muassim menuju ke jamrah..aku..tengah tahan pedih tu.hehe)
(Bangunan yang tinggi tulah tempat lontar..5 tingkat)
(sakit-sakit pun sempat pose bersama haji jamaluddin)
(alhamdulillah..lontaran bermula..maka tertanggallah 10 pantang larang..)
(geram punya pasal..selipar aku baling..hahaha)
(hj din dan bondanya)
(bondaku sedang membaca doa selepas melontar jamrah)
(Bangunan yang tinggi tulah tempat lontar..5 tingkat)
(sakit-sakit pun sempat pose bersama haji jamaluddin)
(alhamdulillah..lontaran bermula..maka tertanggallah 10 pantang larang..)
(geram punya pasal..selipar aku baling..hahaha)
(hj din dan bondanya)
(bondaku sedang membaca doa selepas melontar jamrah)
Sabtu, 9 Januari 2010
dua generasi semasa di Tadika
Masih lagi cerita pasal "back to school"..memang tak dapat dinafikan,bahawa bila cerita pasal sekolah ni..mmmmm..makan tahun tak habis..maklumlah banyak kenangan yang manis juga pahit..Alhamdulillah,semalam anak aku genap 5 hari bersekolah..dan dengan bangganya dia memecahkan rekod menangis 4 daripada 5 hari..hahhahaaa..budak-budak...harap-harap minggu depan dah serasilah tu...belek-belek album lama..haaaa..dapatlah gambo aku..slimmmm wooo
Rabu, 6 Januari 2010
ingatkan ok...
Aduh...kelmarin ok...semalam kurang ok..hari ni lagi kurang ok....itulah ragam puteraku...semalam dan hari ni dia dah mula melalak pulak..Semalam isteri aku serta puteri aku terpaksa menemankan dia dari jam 8.00 pagi hinggalah 12.00 t/hari...heheeheee..Hari ni,kebetulan aku ada temujanji dengan doktor,aku hantarlah dia.Mula-mula dia ok aje..siap janji "adam tak nangis ayah"aku pun yakinlah,puas aku menabur janji-janji..dia ok ajee..hahahaha...tapi hujan turun gak..aku terpaksa tegaslah..aku tinggalkan aje...niat aku baik,aku nak dia belajar,nak dia pandai...tak salahkan...ni dah jam 9.10 pagi,aku masih lagi kat klinik,tunggu giliran...silap-silap sampai t/hari kot..hahaha...
Isnin, 4 Januari 2010
janji tetap janji...
Malam ni aku dah tunaikan janji aku kat anak aku..Alhamdulillah..kelihatan dia girang sekali..Lepas solat Isyak.aku berdua bertolak ke tempat yang dijanjikan..Tak lama pun..lepas puas main,baliklah..dan terus dia tertidur..letih agaknya..maklumlah,esok dah kena bangun awal...
(permainan ni yang paling lama anak aku main...)
Puteraku dah bersekolah...
Hari ni ramai ibu-bapa yang mengambil cuti.Cuti sebab nak menghantar anak-anak ke sekolah.Almaklumlah,tahun baru,ada anak-anak yang baru kali pertama kali jejakkan kaki ke alam persekolahan,tak kiralah tadika ke,sekolah rendah ataupun menengah..janji sekolah..Hari ni,merupakan hari pertama putera sulongku menjejakkan kaki ke Tadika Kemas..Jam 6.30 pagi dah bangun..solat subuh..Alhamdulillah tak banyak karenah..Hujan gerimis pulak tu,aku dah risau gak kalau-kalau anak aku hujan..tapi awal-awal lagi aku dah sound,jika tak nangis,aku akan bawa pergi ke fun-fair..Perh!!nampak gayanya aku kena tunaikan janji lahh..dia tak nangis,aku yang nangis....Takpe...
Aku tak berkesempatan nak hantar puteraku ni ke sekolah,atas sebab awal tahun dan banyak tugasan yang perlu aku buat.aku minta isteriku hantar dan mms setiap gerak-geri anak aku...
Ahad, 3 Januari 2010
perjalanan ku-makkah(11)-Padang Arafah
Tiba di Muzdalifah..perjalanan yang tak sampai pun 1/2 jam.Alhamdulillah selamat juga kami sampai.Terus cari tempat untuk berehat seketika.Sebelum aku meneruskan catatan aku di sini,suka aku ingatkan bahawa jikalau pergi ke sini jangan lupa bawa lampu suluh.Memanglah keadaan terang,tapi kita tak jangka apa yang berlaku...jadi sediakanlah payung sebelum hujan..
Kat Muzdalifah ni seluruh jemaah,tak kira dari mana pun akan mengutip batu sebanyak 7 biji untuk buat lontaran keesokkan hari..Setelah kutip anak batu kena pula tunggu bas.Kesabaran kat sini kena tinggi.terutama bila nak naik bas..berduyun-duyun umat berebut..pengalaman kat sini buat kita belajar erti kesabaran.dah beratur pun orang potong kita gak..last-last kita juga yang tertinggal...sabo ajelah..
Kat Muzdalifah ni seluruh jemaah,tak kira dari mana pun akan mengutip batu sebanyak 7 biji untuk buat lontaran keesokkan hari..Setelah kutip anak batu kena pula tunggu bas.Kesabaran kat sini kena tinggi.terutama bila nak naik bas..berduyun-duyun umat berebut..pengalaman kat sini buat kita belajar erti kesabaran.dah beratur pun orang potong kita gak..last-last kita juga yang tertinggal...sabo ajelah..
Langgan:
Catatan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...