Ahad, 3 Januari 2010

perjalanan ku-makkah(11)-Padang Arafah

Tiba di Muzdalifah..perjalanan yang tak sampai pun 1/2 jam.Alhamdulillah selamat juga kami sampai.Terus cari tempat untuk berehat seketika.Sebelum aku meneruskan catatan aku di sini,suka aku ingatkan bahawa jikalau pergi ke sini jangan lupa bawa lampu suluh.Memanglah keadaan terang,tapi kita tak jangka apa yang berlaku...jadi sediakanlah payung sebelum hujan..
Kat Muzdalifah ni seluruh jemaah,tak kira dari mana pun akan mengutip batu sebanyak 7 biji untuk buat lontaran keesokkan hari..Setelah kutip anak batu kena pula tunggu bas.Kesabaran kat sini kena tinggi.terutama bila nak naik bas..berduyun-duyun umat berebut..pengalaman kat sini buat kita belajar erti kesabaran.dah beratur pun orang potong kita gak..last-last kita juga yang tertinggal...sabo ajelah..

(lihatlah..ramainya umat..dari serata dunia..dengan tujuan yang 1)
(tengah mengutip anak-anak batu)
(ina dan kak wan juga sedang mengutip anak batu,sambil diperhatikan oleh bonda kami)

(selepas mengutip anak batu..teruskan dengan zikir)
(reaksi teman-temanku selepas selesai mengutip batu)

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...