Rabu, 13 Januari 2010

perjalanan ku-makkah(12)-Mina

Akhirnya sampai juga ke Mina..maaflah takde gambar sepanjang perjalanan aku ke sini..Bukan apa,dalam kepenatan dan keletihan,aku terus terlelap dalam bas..1 jam lebih perjalanan..Tau-tau dah disuruh turun.Dalam keadaan "mamai" aku terus melangkahkan kaki...menuju ke khemah.Peha aku dah mulai rasa pedih..macam melecet..aku buat tak tahu aje..Aku terus memimpin emak mencari khemahnya dahulu.Alhamdulillah jumpa..Selepas hantar emak,aku cari pula tempat aku..Alhamdulillah jumpa juga..Terus letakkan barang-barang.Suasana kat dalam khemah memanglah diakui agak kurang selesa,namun HARUS diingat bahawa aku sedang diuji..kat Mina ni cuma 3 hari aje..bagi menyempurnakan lontaran jamrah...maka terimalah..Aku mencari tandas..tunaikan hajat sambil membersihkan tubuhku..bagi segar sikit,maklumlah jam 3.00 pagi..
(pemandangan dalam khemah aku..sesak dan padat)
Selepas subuh,sarapan..aku dapat lihat ada beberapa orang rakan aku telah bertahalull..seperti haji Shah,haji Pian..mereka lontar selepas subuh tadi.Aku belum lagi..Lepas Isya baru nak pergi.
Gedebuk-gedebak...masuk waktu solat Isya dan selepas tu,semua jemaah berkumpul..oh..ye..peha aku sah melecet..aku terpaksa mengengkang bila berjalan..aku kuat kan semangat..aku pimpin mak,sambil ina dan kak wan ikut dibelakang aku..
(terowong muassim menuju ke Jamrah)

(di dalam terowong muassim menuju ke jamrah..aku..tengah tahan pedih tu.hehe)
(Bangunan yang tinggi tulah tempat lontar..5 tingkat)
(sakit-sakit pun sempat pose bersama haji jamaluddin)
(alhamdulillah..lontaran bermula..maka tertanggallah 10 pantang larang..)
(geram punya pasal..selipar aku baling..hahaha)
(hj din dan bondanya)
(bondaku sedang membaca doa selepas melontar jamrah)
selepas lontaran balik semula ke khemah...tahalull..alhamdulillah..perjalanan pergi dan balik sekitar 7km aje..
(hj.zainuddin..antara yang awal sampai ke khemah..sejuk tuuu)
(bersama hj Yusof)

1 ulasan:

zainol berkata...

Patutlah, banyak selipar kat dalam kawah jumrah tu, ente punye keje rupenye.... issyisssy haji, hajie .. kah kah kah

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...