Jumaat, 15 Januari 2010

aku...


Salam..lama benar tak mengupdate blog ni...apa pun aku secara peribadi ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana tetap setia layan blog aku yang tak seberapa ni..yelah..blog aku ni bukannya menarik sangat..sekadar catatan peribadi aku untuk tatapan dan jadi satu kenangan terindah buat aku dan keluarga.
Paparan episod perjalanan haji aku dah selesai dah...alhamdulillah..itulah serba sedikit catatan aku sepangjang bermusafir di rantau orang dan mencari keredhaan Allah swt.
Pelbagai cabaran dan dugaan telah aku terima selepas aku balik haji ni..pahit manis akan aku terima dan telankan juga..pahit memang pahit..apa nak buat,selagi namanya manusia,selagi tulah ada perasaan yang negatif...alhamdulillah aku terima juga..biarlag orang hentam aku..namun aku tahu aku berada dipihak yang benar..dan aku rasa aku dah lepas tanggungjawab untuk menegur..memanglah dalam beberapa minggu ni aku kena hentam..tapi nak buat macamanakan..dah mulut dia yang punya..biarkanlah..
Rezeki aku juga alhamdulillah.amat murah..dan kepada yang sudi membantu aku...semoga Allah membalas jasa baik kalian..tak perlulah aku sebutkan sapa...hanya aku,dia dan Allah swt yang tahu...keluarga,rakan,sahabat dan teman yang akrab dengan aku tentu tahu sapa aku...kerana "aku adalah aku" dan aku cuma nak beritahu "aku DIAM bukan kerana aku mengalah..aku DIAM bukan beerti aku sombong dan aku DIAM kerana Allah swt",sekali lagi,biar apa pun tanggapan orang terhadap aku..aku bahagia dengan kehidupan aku dan keluarga aku..

Wassalam..

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...