Khamis, 19 September 2024

Ada 🐘 di balik 🪨

 


Ada GAJAH di balik BATU...

Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. 

Yang faham ye akan faham akan maksud tersirat.

Inilah lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh semua insan yang bergelar MANUSIA.

Kebaikan dan budi yang ditabur seolah-olah dipersendakan oleh sesetengah orang yang tidak tahu akan makna SYUKUR.

Full stop.

Rabu, 18 September 2024

In The END

 


Bismillah.

Setiap kegagalan itu sudah pasti ada kejayaan diakhirnya.

Setiap keperitan ada manis yang bakal dinikmati.

Tak semua kita kecapi keindahan. Namun setiap kegagalan dan keperitan itu merupakan 1 titik mula kejayaan kita di masa mendatang.

Kita akan dapat belajar akan sesuatu daripadanya.Yang baik kita akan ambil sebagai pengajaran dan panduan. Jika sebaliknya,akan buatkan kita lebih berhati-hati. 

In the END....

Buat baik berpada-pada...



Isnin, 16 September 2024

Aku Bukan Robot

 


Maybe "gurauan"....

Tapi hakikinya dah terkeluar dari mulut sendiri.Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur,terlajak kata,tanggunglah padahnya.

Bagi aku...

Setiap manusia dijadikan dengan pelbagai ragam dan setiap manusia mempunyai masa yang sama iaitu 1 hari bersamaan 24 jam.

Jadi..

Sebagai manusia yang Allah berikan akal dan fikiran,sudah pasti bijak untuk kita aturkan segala perjalanan hidup kita sendiri.

Ada masa untuk kita makan,riadah,kerja,ibadah dan family time.

Tak salah jika nak utamakan family.Tapi kena ingat,kerja pun 1 ibadah dan amanah. Dengan hasil kerja itulah nak bawa balik beri anak bini makan dan pelbagai urusan lain.

Semua orang ada masalah.Semua orang ada TANGGUNGJAWAB.

BIJAK URUS MASA!

Waktu kerja pun dianggap waktu bersama keluarga,amalkan lah selalu....dan wajar fikir sejenak...BERKAT ke rezeki itu dibawa balik?


Gunakan kepercayaan itu untuk kejayaan.

Hari ni tegur cara baik...esok lusa OK..tapi lepas tu..back to normal again.UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.


Terkilan pun ada bila kata-kata itu diungkapkan..

Renungkanlah...AKU BUKAN ROBOT🤖👾



Rabu, 31 Julai 2024

KUASA,PANGKAT dan DARJAT tidak kekal selamanya.

 Dalam kehidupan seseorang yang bergelar manusia memang TIDAK akan dapat lari dari pelbagai ujian.Sebab ALLAH tahu akan segalanya.

Aku pasrah dengan apa yang berlaku,kerana sepanjang hidup ini MEMANG aku senantiasa diuji. Sebut sahaja apa yang tak pernah aku lalui. Pahit dan manis semua dah aku laluinya.

Sakit ..ye memang sakit yang amat mendalam apabila dikhianati dan apa lagi difitnah demi kepentingan sendiri dan demi memuaskan nafsu serakah.

SABAR,sentiasa bersabar dan cuba tahan akan amarah dengan sebaik mungkin. Di sini dapat lihat siapa kawan dan siapa LAWAN. 

KUASA,PANGKAT dan DARJAT tidak kekal selamanya.

Isnin, 16 Oktober 2023

Sulami Kasih



 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas segala usaha yang telah dilakukan hampir 9 tahun mengemudi Rumah Kebajikan dan Anak Yatim di Rumah Amal Raudhatul Jannah.

https://youtu.be/EQfpCrBfYkQ?feature=shared

Apatah lagi bersama dengan tokoh yang hebat,dari aku kecil hinggalah sekarang.Dahulu hanya mampu  lihat dari jauh dan dari dalam kaca tv sahaja  Dato Dr. Haji Mohd Fadilah Kamsah ini.Kali ini berhadapan dan secara langsung dibawakan oleh TV Al-Hijrah.

SubhanALLAH.
Terima kasih semua terutama keluarga aku,krew-krew RARJ serta para dermawan sekelian yang senantiasa berada saat aku susah dan senang mengemudi amanah dan tanggungjawab yang berat ini.


Dalam kendalikan sesebuah RAY ini,aku jelaskan kepada masyarakat bahawa aku telah gariskan 5 faktor cabaran  yang aku namakan DAKAP.

D= Dana

A=Amanah

K=Kepercayaan

A=Akhlak

P=Pendidikan


Kenapa DAKAP?
Dakap bermaksud peluk. Cabaran atau ujian ini adalah tanda ALLAH uji hamba-hambanya.Nak lihat sejauh mana kesabaran hamba Nya apabila diuji. Maka,DAKAP ini tanda ALLAH sayang kita.

Sabtu, 5 Ogos 2023

Si Pemesin Rumput

Jangan MALU untuk lakukan apa juga pekerjaan demi untuk kelangsungan kehidupan, TAPI MALULAH jika kita tak lakukan apa-apa untuk kelangsungan hidup!

Ibarat rumput yang panjang,bila panjang,sudah tentulah nampak tidak cantik dan indah dan percayalah sebalik rumput-rumput yang panjang itu ada 1001 benda yang tersembunyi.

Bagi menampakkan ianya cantik dan indah,ia perlu dipotong dan diselenggara dengan baik dan secara tidak langsung 1001 benda yang tersembunyi itu akan hilang..INILAH KEHIDUPAN

 

Khamis, 3 Ogos 2023

Jangan Susahkan Orang

 


Hidup aku ini simple aje.. Orang buat baik aku akan balas baik. 

Tak perlulah nak janji bagai kalau tahu tak boleh nak tunai janji. Aku bagi peluang pun dikhianati. Aku cari kepercayaan bro..Bukan cari dosa,sebab dosa aku pun dah banyak,tak tertanggung. Belum dapat,janji bagai nak rak,aku tak paksa,tapi ko yang cakap dan janji. Sudah-sudahlah nak bermewah bagai.Aku pun pernah susah.Tapi apa yang aku ada sekarang ALHAMDULILLAH aku usaha sendiri dan yang penting aku dapatkan kepercayaan dari orang-orang yang percaya kat aku.

Aku bukan manusia yang TAGIH,ye sebulan dua aku tagih,tapi masuk bulan ketiga,maaflah,aku taknak tagih dah...

Kita bukan selalu senang..dan kita bukan selalu susah.

Rabu, 2 Ogos 2023

Demi masa depan

 


Cepat benar masa berlalu,sedar tak sedar makin berusia dan semakin menghampiri penghujung kehidupan.

Rasanya seperti baru semalam bermain,bergurau dan segalanya.Aku rasa tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu masih jauh lagi ketinggalan. Siapa yang tak nak lihat kejayaan anak mereka.

Kegagalan lalu bukan sebab untuk kita gagal selamanya.Mungkin bukan dalam bidang ini,mungkin dibidang lain.Yang penting kena usaha sebaik mungkin agar apa yang dikecapi akan tercapai.

Perjalanan kehidupan baru sahaja hendak bermula,masih banyak ranjau yang perlu ditempuh. Zaman bersenang-lenang pada waktu dan ketika ini bukanlah jaminan masa hadapan. Kita harus belajar 1001 zaman. Zaman kebangkitan dan zaman kejatuhan. Barulah kita tahu akan suka dan duka kehidupan ini.

Kepada anakanda,ayah,ibu dan adik doakan agar abang berjaya dan buktikan kepada semua,abang boleh.

Ayah pernah gagal dalam pelajaran. Ayah pernah susah. Ayah pernah dihina. Ayah pernah dianiaya. Ayah pernah ditipu. Ayah ada lakukan kesilapan demi kelangsungan kehidupan. Tapi itu semua menjadi pengajaran kepada ayah untuk berada sampai tahap ini.

Ye,orang akan suka kita masa kita dipuncak. 1 masa kita jatuh,orang pun lari.

Good luck abang.. 2 tahun ..lama gak.Tapi takpelah,demi masa depanmu.

1 kenangan yang Mahal

Tiada apa yang bernilai selain terima penghargaan sebegini.Sekeping kertas namun besar maknanya bagi aku. Hari ni,tanggal 2 Ogos 2023,seorang lagi anak jagaan dikeluarkan oleh keluarga kerana sudah berkemampuan.Syukur,anak ini dapat bersama keluarganya semula dan jalani kehidupan sama seperti anak-anak yang lain.

Bohonglah kalau aku kata aku tak sedih,walaupun bukan dari darah daging aku sendiri,namun anak-anak yang diterima masuk ke RARJ sudah pasti aku akan anggap mereka sebagai anak sendiri. Tanggungjawab aku berat. Amanah dibahu aku adakala tak tertanggung untuk dipikul,namun demi masa depan anak-anak ini,aku kena kuat.

Terima kasih Syasya,kerana beri kami peluang dan ruang cari pahala.Maafkan kami atas kelemahan kami.

Team aku sedaya upaya berikan khidmat yang terbaik. 

 

Jumaat, 14 Julai 2023

Tak semuanya INDAH

  1.  Ada kala orang nampak kita BAHAGIA namun disebalik KEBAHAGIAN itu tersembunyi 1001 KEDUKAAN yang amat perit dan pedih.
  2. Bukan mudah nak memuaskan hati semua orang dan apabila kepuasan hati mereka telah ditunaikan KITA yang akan tanggung penderitaan yang ABADI.
  3. Kawan memang amat ramai pabila kita "SENANG" dan kawan ini jugalah yang pertama sekali meninggalkan kita pabila kita "JATUH".
  4. Dalam kehidupan aku ini,dah banyak aku lalui semua perkara.
  5. Aku hanya mampu ukir senyuman disaat dipemikiran tersembunyi kegusaran.
  6. Lumrah HIDUP yang perlu ditempuhi.

Rabu, 22 Februari 2023

Kisah Si Pengusaha Rumah Amal

  1.  Tidak ramai yang memilih bidang kerja seperti aku. Pengusaha rumah kebajikan yang menempatkan anak yatim dan asnaf.
  2. Tugas aku selain menjaga kebajikan anak-anak,aku juga bertanggungjawab untuk jaga kebajikan kakitangan malah aku juga akan cipta peluang dan ruang untuk masyarakat tanam saham akhirat.
  3. Sedar tak sedar dah 9 tahun aku berada dalam dunia kebajikan ini. 
  4. Dari "zero" hinggalah apa yang ada sekarang, ALHAMDULILLAH.
  5. Segala sumbangan yang diterima ,Insha ALLAH aku akan manfaatkan sebaik mungkin.
  6. Yang tahu,tahu cara kerja aku. Aku habiskan duit sumbangan untuk KESENANGAN,KESELESAAN dan KESELAMATAN warga penghuni di sini disamping aku buktikan kepada masyarakat setiap sen dan ringgit yang diberikan,100% ada dibelanjakan.
  7. Bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang.
  8. Cabaran dan dugaan MEMANG ada dan mahu atau tidak,aku kena hadapinya.
  9. Nak uruskan sesebuah rumah kebajikan ni nampak amat mudah,namun ianya TIDAK semudah seperti yang disangka.
  10. Benda ASAS dan WAJIB ada adalah KEPERCAYAAN.
  11. Kedua : Perlu proses pendaftaran dengan pelbagai agensi yang berkaitan. Nanti aku share apa yang perlu ada.
  12. Kedua-dua perkara ini perlu ada disamping punyai JIWA yang KENTAL (ada kala aku pun tak kental jugak). 
  13. KENTAL dari segi pemilihan bakal penghuni - yelah team aku kena turun padang tengok keadaan sekeliling dan kelayakan,bukan main ambil aje...
  14. KENTAL dari segi ragam anak-anak-bab ni kena sabo banyak.Silap-silap haribulan memang penyakit darah tinggi boleh dapat.hahahahaa.
  15. KENTAL dari segi kewangan: Bab ni ada banyak nak huraikan. Yelah,bila kita belanjakannya orang kata MEWAH dan TAK PERLU bagi sumbangan. Bila tak belanja,disoal pula,kenapa tak belanja?..So..hadap ajelah..Bagi aku segalanya aku serah kepada yang Maha ESA. Aku belanja ikut apa yang anak-anak kehendaki. Dan yang paling utama KESELAMATAN,KESELESAAN dan KESENANGAN. Mulut orang memang kita TAK BOLEH tutup sewenangnya.Ada aje kesilapan yang perlu diungkapkan. Kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan ermmmm..tak dipandang pun..dipandang masa kita BERADA.


- B E R S A M B U N G -

ENTAHLAH

Sampai bila nak pendam akan perasaan aku pun tak tahulah.Penat dan letih hadap situsi dan perkara yang sama sahaja saban hari.Ye UJIAN,tapi UJIAN inilah yang buat adakala hilang pertimbangan.SABAR..ye boleh SABAR akan apa juga situasi.Namun keSABARan itu boleh buatkan orang akan pijak kepala kita sewenang-wenangnya.

Kita bagi peluang dan ruang,namun TIDAK diambil serius.Faham semua ada masalah sendiri,namun perlu ingat akan tanggungjawab. Kita beri peluang timba ilmu pengetahuan agar ilmu yang ada dikongsi dan dapat dimanfaatkan sesama kita,namun seolah-olah diperlekehkan.

Apa lagi nak aku lakukan?

Cakap lebih..dicaci..dimaki..walhal apa yang dicakap untuk kebaikan.Teguran untuk perbaiki kelemahan.Aku pun BUKAN sempurna sangat,tapi aku taknak orang sekeliling aku pun rasa tak sempurna.

ALASAN tetap ALASAN yang diberikan.Sama juga alasannya.

ENTAHLAH.....

Isnin, 20 Februari 2023

Dah besar anak aku


 Moga abang berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini. Ayah hanya mampu doakan yang terbaik buat abang.Ayah tak pandai.Abang pandai. Moga segala ilmu abang gunakan sebaiknya.

Isnin, 23 Januari 2023

Parut masih ada

 


Baru perasan dah calar dekat bahagian bonet depan.Cepat-cepat ke Econsave cari scratch remover,harap-harap boleh lah hilangkan.Alhamdulillah,hilang.

Calar dibonet boleh dihilangkan dengan polish,tapi calar dihati,walaupun dilupakan namun tinggalkan parut yang mendalam.

Ahad, 22 Januari 2023

Sahabat

 


S A H A B A T

Bukan semua boleh dianggap sahabat . Ada sahabat yang betul-betul menjadi sahabat tatkala kita senang,mahupun kita susah.Ada juga sahabat yang berada dengan kita saat kita senang sahaja,YES BRO..YES MY FRIEND bak kata semuanya YES lah. Tapi bila kita berada dalam saat sukar, jawapan SORRY BRO dan pelbagai macam alasan akan diberikan.

Bagi aku secara peribadi,sahabat ini lebih ramai berbanding dengan sahabat yang benar-benar berada dengan kita dalam kedua-dua situasi TAPI tak ramailah. Sahabat yang sanggup dengar permasalahan kita,sahabat yang bantu kita keluar jalan permasalahan pun tak ramai,yang ramai...seperti aku katakan tadi.Malah ada yang sanggup tikam kita dari belakang.

Kepada yang telah aku jadikan sahabat,terima kasih. Aku akan jaga persahabatan ini seperti mana aku jaga diri aku dan selagi mana aku tidak dikhianati.

Sabtu, 21 Januari 2023

SEBAB APA?



 Biar apa yang orang nak kata mengenai kita SEBAB itu adalah mulut mereka sendiri.Dosa pahala sendiri yang tanggungnya. 
Mudah bicara tanpa usul periksa hinggakan sanggup melukakan hati orang lain. Mungkin rasa megah dan ego dengan apa yang ada sekarang namun jangan lupa nikmat itu seketika.

Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) - [HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105]

Khamis, 19 Januari 2023

Erti sebuah.....

 


Erti sebuah persahabatan itu luas.apatah lagi erti penghargaan.Tidak perlu diterjemahkan dengan harta benda apatah lagi diungkapkan dengan perkataan.

Memadai dengan hanya diketahui diri sendiri dan Yang Maha Mengetahui.

CHANGE

 Cuba untuk ubah segalanya bermula HARI INI demi menghadapi hari esok.  Seseorang yang mengalah BUKAN bermakna dia takut atau dia kalah. Tapi sebenarnya dia seorang pemenang dari segala sudut. Aku tetap berpegang kepada kata-kata " Dia bagi TxxK,aku tetap bagi BUNGA" Aku takkan ikut perangai orang yang sedemikian.

Kini,dalam mempercayai seseorang AKU harus berwaspada.

Kini dalam memberikan kebaikan AKU harus lebih berhati-hati dan mempunyai hati yang kering.

Selama ini PENGORBANAN yang diberikan TIDAK dihargai . 

Kita dah semakin berusia malah sejajar dengan peredaran masa NAMUN sikap dan cara pemikiran MASIH takuk lama malah lebih teruk.

Mana rasa SYUKUR yang patut ada dalam diri.

Mana sikap TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang telah ada dalam sanubari.Bila diberi DIKHIANATI.

MUNGKIN dah terlalu selesa dengan apa yang ada TANPA memikirkan 1 masa dahulu,dimana diri sendiri berada. Sikap EGO dan berprasangka NEGATIF masih kuasai diri. Tak hebat mana pun kita dengan adanya sikap itu. Di SANA nanti kita sama. Jangan pandai melontarkan kata malah berbicara,namun HABUK pun takde.

Aku akan mula DIAM .Aku akan mula TEGAS dalam segala perkara SELAGI mana aku anggap ianya BETUL.

Tuduhan dan fitnah pada masa kini sudah lumrah untuk aku tanggung. Namun bagi seseorang,ianya amat MENYERONOKKAN apatah lagi mencaci maki.

Aku BUKAN baik tapi aku nak yang terbaik. 

10 kebaikan yang dilakukan orang tak pandang NAMUN 1 keburukan orang akan kenang.

1 hari akan terjawab.

HILANG segalanya. 

"AKU TETAP AKU"

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...