akhirnya..perhh..memang hebat aku kena serang awal pagi tadi,betul kata sahabat aku Baharudin,sakit mengalahkan orang nak bersalin..ahh!tak kiralah,sapa yang dah alaminya pasti tau azab nya..ni baru azab dunia..
Pagi seperti biasa,buat rutin harian aku,tapi hari ni,ada tugas khas,kena pastikan garisan keselamatan telah disiapkan sebelum minggu depan..haaa,,masa nilah sakit gigi aku menyerang..kelam-kabut dibuatnya,bayangkan 4 biji ubat sakit gigi aku telan,namun...makin parah..sudahnya jam 11.00 pagi aku minta Baharudin hantar ke klinik atau farmasi..mula-mula singgah farmasi,belilah ubat..tapi aku terfikir,alang-alang dah sampai..cabut jer lah..mak aiii..cabut tak sakit..masa cucuk jarum tu yang buat aku agak kurang selesa..
MC 2 hari akibat pembedahan tadi..laaa..mati-mati aku ingat lama,tak sampai 5 minit..dah siap..
Rabu, 30 Jun 2010
Isnin, 28 Jun 2010
Ahad, 27 Jun 2010
SEMAK RESIT PEMBELIAN ANDA...
Jika nak ambil keuntungan pun janganlah sampai menipu pengguna,walaupun seringgit dua,namun itu duit jugak kan.nasib baik aku perasan,kalau tak..mmmm untung besarlah para peniaga ni..ok..katalah aku tak perasan,dan jika ada 10 orang yang beli barang kat situ,kali dengan sebulan..wahhh,,senang aje ye mereka ni nak cari keuntungan atas angin..jika kita tak semak resit..alamak..tersenyum lebarlah mereka ni...ish.ish.ish..kat tag barang tulis lain,bila kat kaunter keluar lain..so,kepada semua,sila pastikan bahawa harga tu sama dengan yang keluar kat skrin.
Sabtu, 26 Jun 2010
الحمدلله
syukur..alhamdulillah,selesai jua majlis doa selamat dan tahlil arwah yang telah dijalankan dirumah mertua aku.Doa selamat dan kesyukuran kerana kakak ipar aku akan melanjutkan pelajarannya di Pulau Pinang bermula Julai ini...alhamdulillah mungkin doa aku di Mekah telah dimakbulkan..tahlil untuk arwah bapa-bapa kami..juga tak ketinggalan untuk arwah pakcik Shah..alhamdulillahhh
VOUCHER -UNTUK DI JUAL
Jumaat, 25 Jun 2010
UNCLE BOB AYAM GUNTING
Hari ni,wife tak masak,demam..emmm,apa yang menyelerakan ye utk dihidangkan kepadanya,Lantas teringat tentang kata-kata sepupu aku (abg Edi),kat uptown Banting ada jual ayam gunting..eemmmmm..boleh try gak..maka aku dan puteraku pergilah mencari gerai yang dimaksudkan tadi..alhamdulillah..lengang takde orang.aku order 4 keping(sekeping Rm5) order yang pedas punya..kena lah tunggu,sebab bila orang nak aje ayam ni akan digoreng..
Memang class rasanya..tak rugi...KALAH Mc D dan KFC..
Teater KITA..
Malam ini aku telah diundang untuk menghadiri pementasan teater KITA di Istana Budaya.Pada mulanya aku memang agak malas nak pergi..nak rehatkan minda dulu..namun,bila aku fikirkan aku belum lagi pernah menonton teater,aku berhasrat untuk pergi,untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan,lagi pun tiket telah aku perolehi tajaan Jabatan Perpaduan & Integerasi Nasional.Agak menarik juga jalan ceritanya.Teater muzikal ini berkonsepkan 1 Malaysia kerana ianya mempunyai kira-kira 50-60 orang pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa dan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records kerana mempunyai pelakon pelbagai bangsa paling ramai bagi sebuah teater muzikal.
Teater ini anjuran Xi Yue Art and Culture dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Istana Budaya dan diarahkan oleh Ho Lin Huay . Antara pelakonya ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Hafiz AF7, Nas Adila, Eric Lin dan Michael Rao.
Sinopsis,Kita mengisahkan mengisahkan kehidupan tiga kanak-kanak - Rahman, Cheong dan Amish - yang tinggal di sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak sekitar awal 1970-an . Mereka menempuh proses kematangan bermula sejak zaman persekolahan dan melalui kehidupan serta budaya yang berbeza sehingga mengecapi kejayaan.
Khamis, 24 Jun 2010
aduhai...
hari ni dah masuk seminggu aku buat laporan ke Majlis Daerah Kuala Langat,tentang longkang pecah dihadapan rumah aku..dan hingga kini TIADA sebarang tindakan diambil.Kenapa ye..jangan kata call,balas e-mail aku pun tak..Takkan sampai aku nak panggil wartawan kot!Takkan bila dah runtuh dan menyebabkan kemalangan baru nak ambil pandang kes-kes ni.Janganlah kira fahaman politik,fikirlah tentang keselamatan penduduk.Aku harap dapat jawapan dan tindakan segera dari pihak berwajib.Kok ye pun banyak aduan,sekurang-kurangnya balas atau maklumkanlah kat aku,"Encik,aduan Encik telah diterima dan pihak kami akan ........."kan sedap sikit aku dengar...
Kesabaran raknyat ada batasannya.Kami BAYAR cukai...
Laporan aku dibuat pada : 17 Jun 2010 jam 8:11 malam Rujukan:0076/06/10
Isnin, 21 Jun 2010
SELAMAT HARI AYAH
hari ni..sebaik sahaja aku sampai rumah,aku dikejutkan dengan satu kejutan yang dibuat oleh putera aku...mau tak,hilang penat aku...hilang sakit gigi aku,dahlah hari ni aku tak dapat menikmati makanan....sebak aku dibuatnya...dipeluknya kaki aku..dan berkata "ayah!selamat hari ayah!Adam sayang ayah"lalu menghulurkan sekeping kad yang dibuatnya sendiri masa kat sekolah tadi.Inilah hadiah paling berharga sekali yang aku terima sepanjang hayat aku
Ahad, 20 Jun 2010
Jom ke MORIB
Rabu, 16 Jun 2010
aku berjaya lagi...
petang tadi terima sepucuk surat dari Jabatan Perpaduan & Integerasi Nasional,buka,nampak jemputan ke majlis anugerah cemerlang Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kuala Langat..emmm,tak sangka betul,KRT Telok Datok TELAH terpilih untuk menerima anugerah itu,sebagai salah seorang jawatankuasa dan memegang jawatan selaku Penolong Setiausaha juga Pengerusi Jiran Muda juga selaku empunya laman blog http://krttelokdatok.blogspot.com/ aku rasa amat berbangga sekali dengan pengiktirafan ini.KRT ini yang PERTAMA di Daerah Kuala Langat yang ada laman blognya sendiri..syukur..segala pujian hanya untuk Mu ya Allah...
http://krttelokdatok.blogspot.com/
Sabtu, 12 Jun 2010
Selasa, 8 Jun 2010
Isnin, 7 Jun 2010
cuti...
Bertolak dari banting tadi jam 2 petang..seronok betul puteraku,arif afif..macam tak percaya je plan yang aku buat hari ni..tapi tu semua tak penting,yang mustahak mak serta keluarga ku happy hari ni..
Ahad, 6 Jun 2010
ani SOP utara kini di Banting..hahaha promosi ni..
(menu utama Nasi ayam penyek)
(EMAK dan MY WIFE..ENAK MENJAMU SELERA) -alhamdulillah..baru lepas makan bersama keluargaku dan emak..ingat nak makan di Juvita,tapi PENUH..hahaha..terpaksalah makan di ani SOP utara yang baru dibuka semalam di pekan Banting..ramai gak..aku pun tak tau apa yang sedap kat sini..tapi sebelum aku keluar tadi,ada iklan kat TV3..ok..acu cuba nasi ayam penyek..mak,mee hoon sup,my wife kuew tiaw sup..putera-puteri ku makan cake je..harga boleh tahan...ok..selamat menjamu selera semua..
(aksi putera-puteri ku)
Sabtu, 5 Jun 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...