Jumaat, 25 Jun 2010
Teater KITA..
Malam ini aku telah diundang untuk menghadiri pementasan teater KITA di Istana Budaya.Pada mulanya aku memang agak malas nak pergi..nak rehatkan minda dulu..namun,bila aku fikirkan aku belum lagi pernah menonton teater,aku berhasrat untuk pergi,untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan,lagi pun tiket telah aku perolehi tajaan Jabatan Perpaduan & Integerasi Nasional.Agak menarik juga jalan ceritanya.Teater muzikal ini berkonsepkan 1 Malaysia kerana ianya mempunyai kira-kira 50-60 orang pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa dan telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records kerana mempunyai pelakon pelbagai bangsa paling ramai bagi sebuah teater muzikal.
Teater ini anjuran Xi Yue Art and Culture dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Istana Budaya dan diarahkan oleh Ho Lin Huay . Antara pelakonya ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Hafiz AF7, Nas Adila, Eric Lin dan Michael Rao.
Sinopsis,Kita mengisahkan mengisahkan kehidupan tiga kanak-kanak - Rahman, Cheong dan Amish - yang tinggal di sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak sekitar awal 1970-an . Mereka menempuh proses kematangan bermula sejak zaman persekolahan dan melalui kehidupan serta budaya yang berbeza sehingga mengecapi kejayaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan