Jumaat, 31 Julai 2009

suratan takdir

Sewaktu aku dalam perjalanan menuju ke tempat kerja..aku lihat kenderaan banyak yang tersangkut dalam kesesakan berhampiran stesen minyak Esso di Sijangkang..hampir 3 km juga panjangnya.Mujurlah aku naik motor..dapat juga selit-menyelit...Dari jauh aku nampak lampu biru milik PDRM Kuala Langat bernyala.Aku agak mesti ada kemalangan..Pada waktu begini memang jarang jalan sesak..jika takde apa-apa yang berlaku pasti line-clear..Tekaan aku betul..Aku lihat sebuah motor dah hancur..dan sebuah kereta Honda dah ada ditepi jalan.Orang pun dah ramai.Aku berhenti dan park motor aku kat tepi...lantas melihat.Aku lihat seorang lelaki dah terbaring berlumuran darah,disamping lelaki itu ada seorang wanita juga berdarah..

Aku beristigfar seketika,sementara itu aku cuba membantu Kopral Hafizi dari IPD Kuala Langat mengawal lalulintas yang semakin sesak.Tahniah aku ucapkan buat Kopral Hafizi..walaupun agak sesak juga keadaan di situ,namun beliau masih lagi dapat kawal keadaan.Penduduk kampung ada juga dah berang dengan pemandu kereta itu..Tu lagi satu hal...

Tak berapa lama kemudian ambulan dari HTAR Klang pun tiba..aku berdoa agar mangsa tersebut selamat walaupun aku dapat lihat bahawa tangan kanannya mungkin patah...

(keadaan motorsikal mangsa)

(Kereta Honda nilah yang menjadi puncanya)

(Kopral Hafizi sedang mengawal lalulintas..Syabas)

(mangsa kemalangan..berdarah)

(mangsa bersama isterinya)

KAWAN OH KAWANNNN

Bismillahhirrahmanirrahim,

Penulisan ku kali ini akan menyentuh tentang "BERKAWAN BIAR BETUL-BETUL".Ku petik dari buku DEMI MASA tulisan Abu Hassan Morad.Ku tertarik dengan buku ini..mula-mula sekadar tengok-tengok,tapi bila ku dalami akan setiap isi kandungannya,ku amat tertarik.Ku berharap dapat berkongsi dengan seluruh pembaca laman blog aku ini..Mudah-mudahan kita sama-sama dapat iktibar dan pengajaran.

Tanda Allah sayangkan kita ialah Dia menguji kita dan dengan ujian itu,kita semakin dekat dengan-Nya.Ketika diuji kita ingat Allah.Kita sebut dan puji Allah.Kita beristighfar banyak-banyak apabila ditimpa musibah dan berada dalam kesusahan.

  Namun ujian susah itu MUNGKIN tak sama dengan kesusahan emak atau ayah kita,bahkan dengan datuk dan nenek kita dikampung.Darjah kesusahan itu BERBEZA.Datuk dan nenek kita dulu mungkin perlu bergelumang dengan hutan rimba sebelum mendapat tanah untuk dibuat rumah.Namun kita pada zaman ini,mungkin susah untuk mengawal nafsu.Semua perkara yang ada dihadapan mata,apa saja yang kita nak kita boleh dapat sehingga akhirnya terjebak dengan perkara yang tidak elok,membazir dan membuat dosa. 

Antara ujian yang paling sukar untuk kita hadapi ialah ujian dalam berkawan.Apabila sudah berkawan,kita sering terperangkap untuk mengambil hati kawan.Menjaga hati supaya tidak berlaku konflik dengan kawan kita.Kita ikut kata kawan.Kadangkala perkara itu TAK BETUL tetapi kerana nak jaga hati kawan-kawan kita pun kata betul.Syaitan pun berdrama dengan kita dan mengambil kesempatan atas kelemahan kita.Akhirnya kita menjadi manusia yang tidak betul dan terlajak melakukan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama.

Berkawanlah ikut panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW.Berkawan untuk ajak kawan jadi baik.Berkawan dengan niat untuk sama-sama ikut perintah Allah.Berkawan untu masuk syurga.Oleh itu niat berkawan perlu dijaga sungguh-sungguh supata TIDAK tersasar dan terpesong jauh..

Perjalanan dalam berkawan ini panjang,bukan sahaja kita hendak berbaik-baik dan tolong-menolong di dunia,TETAPI kita hendak jumpa di syurga nanti.Kita dan dia saling faham-memahami dan sering berbuat sesuatu untuk faedah bersama.Bukan berkawan untuk saling menjatuh-jatuhkan atau saling memfitnah dan hasad dengki.Ini BUKAN kawan lagi,tapi musuh dalam selimut.

Berkawan adalah suatu perjuangan.Kita berjuang untuk ajak kawan jadi baik.Kita KIta berjuang untuk wujudkan kasih sayang sesama kawan.Kita ikat tali persahabatan dengan tali Allah swt.

    Apabila berkawan,bolehkah kita gilap ikatan persahabatan itu supaya jadi elok dan bercahaya?Bolehkan kita beristiqamah dalam berkawan?Bolehkah kita bersusah-payah kerana kawan kita tanpa memikirkan ganjaran dan habuan yang bakal kita perolehi KECUALI keredhaan Ilahi?Sanggupkah kita bersusah payah ke rumahnya yang amat jauh beratus-ratus kilometer untuk menziarahinya?

Kadang-kala kita perlu bersusah payah kerana kawan.Inilah kawan sejati.TETAPI bukan mudah untuk dapat watak ini.Ia adalah anugerah ALLAH SWT kepada seseorang.

Kadang-kala,kita berkawan kerana sebab-sebab tertentu.Contohnya,kita berkawan dengan orang yang berjawatan tinggi atau ahli politik.Bila kita ada kepentingan nak guna dia,kita pun berbaik-baiklah dengan dia.Kita sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.Hinggakan adakalanya langgar hukum-hakam...Dan bila kawan kita ni "jatuh" kita pula yang menyepikan diri darinya..

Inilah dinamakan " drama in real life",boleh kita tonton sepanjang masa.ALLAH pertontonkan kepada kita supaya menjadi iktibar dan tidak ulangi cerita-cerita tersebut.BERKAWAN BIARLAH BETUL-BETUL.

Selasa, 28 Julai 2009

Persiapan Dari segi Ilmu...

Salam..Semoga Allah memberkati kehidupan kita pada hari ini dan Allah terima juga segala bentuk amalan yang kita lakukan pada hari ini..semalam,kelmarin dan hari-hari yang lampau.Semoga Allah memberikan ganjaran kepada  anda apabila anda dapat menghabiskan penulisan saya pada kali ini...InsyaAllah...Namun ketahuilah,bahawa tugas saya sebagai hamba Allah,hanyalah menyampaikannya..terpulang kepada anda sendiri,samada terima atau tidak,bagi saya tanggungjawab saya sebagai hambaNya telah saya sempurnakan....

Apa-apa jua ibadah yang kita lakukan terutamamya solat..perlulah atau wajiblah dilaksanakan dengan ilmu yang menjelaskan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan kaifiat atau cara melakukannya.Solat yang kita lakukan TIDAK SAH jika secara ikut-ikutan,atau hanya berpandu kepada buku,kaset atau video dan sebagainya.Jika dilakukan sedemikian,maka dikhuatiri guru kita adalah SYAITAN dan ibadah tidak diterima oleh Allah swt..

Sahib a-Zubad pernah mengungkapkan syair berikut:-

"Orang alim yang TIDAK mengamalkan ilmunya,akan diseksa sebelum penyembahan berhala.Sementara orang yang beramal TANPA ILMU,maka amalannya ditolak,tidak diterima"

Adakah kita inginkan segala amalan kita diTOLAK??

  Solat yang kita lakukan messtilah bersesuaian dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah saw,sebagaimana sabdanya bermaksud "Lakukan solat sebagaimana kamu lihat aku solat"

Solat Rasulullah saw telah dipelajari oleh para sahabat,dan ketika Baginda wafat,maka para tabi'in yang tidak menemui baginda telah mempelajari kaifiat solat menerusi sahabat.Generasi berikutnya pula dikenali sebagai tabi'it-tabi'in yang tidak menemui sahabat,telah belajar solat melalui tabi'in.Demikianlah seterusnya kaifiat solat dipelajari oleh generasi demi generasi hingga kini.Mestilah melalui guru yang mursyid,guru yang ada rangkaian hingga kepada sahabat dan akhirnya Baginda.

Berbeza dengan ilmu duniawi,dimana boleh belajar melalui pelbagai kaedah selain daripada guru...

Persoalannya,adakah kita hamba biasa ni lakukan solat?Solat yang bagaimanakah yang kita lakukan?

Wassalam.

Ahad, 26 Julai 2009

Pancing..oh pancing

Hari ni,walaupun jadual aku agak terhad,namun sempat juga aku lari ke Kolam Pancing Kampung Delek..Heheehee..bukan aku yang mancing..cuma penuhi undangan teman sepejabat aku.Sebab hari ni  ada pertandungan..kecil-kecilan aje..nak eratkan hubungan silaturrahim antara kami..Bukan senang nak kumpulkan kami ni..maklumlah masing-masing agak sibuk dengan urusan sendiri.Jadi,hari nilah masa yang sesuai untuk santai..Mujurlah masa aku sampai tadi,mereka belum habis lagi..maklumlah lewat sampai..namun apa yang penting,aku datang juga...

(Yahya serta anak-anaknya..apalah yang Kok Meng gelakkan tu)

(Hj.Kamal..sabar menanti..)

(aik..mana punya askar ni..la Shahrul rupanya..Zamri..apa ke halnya tu)

(J.Iskandar..kaki pancing juga ni...sebut je kolam mana..pasti ada dia)

(Kak Fiza,selaku juru timbang ikan)

(aik..macam kenal jer..SMS abang ke..hehehe...)

(Terima kasih sudi hadir ..harapan agar dapat sponser hadiah tahun depan)

(aksi JUARA kolam..Razif..jangan tak datang kerja sudahlah zif)

(Ni my Boss..kaki pancing gak..tq boss...kerana beri ikan siakap kat aku)

(antara hasil pancing rakan-rakanku...fresh wooo)

(Abg.Man dan hasilnya)

(aksi bakal juara..Mail dan Bahar..)

(aku diberi penghormatan untuk mencabut undi lucky-draw)

(Wah..Shahrul rupanya yang dapat hadiah ni...)

(Bee Wan,antara yang luck hari ni)

(Mr.Lee juga ada luck.hahahaha)

(Boss aku menyampaikan cenderahati serta seekor ikan kepada ku)

(Juara..menerima wang tunai RM300 dengan berat ikan 3.4kg)

(Tempat kedua,juga menerima wang tunai,berat ikan 3.3kg)

(aksi spontan Boss kami...)

(Para pemenang bersama ikannya)

Ucapanku,

Tahniah kepada yang menang.yang kalah biasalah adat..Terima kasih kerana undang aku,maaf lewat.Harap aktiviti sebegini dapat diteruskan..

Wasssalam


Sabtu, 25 Julai 2009

GAMBAR SEKITAR PERSANDINGAN IFFAH
























































Selamat Hari Lahir..Ju..


(kenangan yang terindah)

Dengan nama Allah.tuhan pencipta alam..

Syukur Alhamdulillah..hari ini,genaplah usia adikku yang ke.......tahun.Terimalah ucapan dari ku sekeluarga,SELAMAT HARI LAHIR,semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diterima amalan dan menjadi isteri serta ibu yang solehah...

Terima kasih tidak terhingga di atas segala-galanya..

ikhlas dari :-

Jumaat, 24 Julai 2009

Kenangan Bersama ... Emak


Tahun: 1983


Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan

Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2

Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama Toh Puan Norashikin), Kg. Pandan, Cheras. Manakala, kami sekeluarga masih menetap di Tg. Karang.

Kalau tak silap, setiap bulan (@ mungkin setiap 2 bulan) emak akan menziarahi anak2nya ‘dirantau orang’.

Persediaan. Malam sebelumnya, emak akan sibuk memasak. Biasanya, nasi lemak tak pernah miss. Campur kuih2, juga biskut2. Untuk anak2, tidur lewat bagi emak, sudah biasa.

Seawal pagi, setelah menyerahkan ‘tugas’ menjaga Uji & Ju pada arwah Abah, emak & aku akan berbasikal / berjalan ke setsen bas Tanjung Karang (dalam 2km, gitu). Pukul 8 biasanya, perjalanan ke Kuala Selangor bermula.

Tukar bas di Kuala Selangor. Samada dapat bas direct ke KL @ naik bas ‘loncat’ (transit) kat ‘BB’. Sampai Puduraya, dalam 11 pagi gitu. Dalam bas, biasanya aku tidur...zzzz. emak pun kekadang ku lihat tersengut-sengut.

Ambik pulak bas mini ke Kg. Pandan. Sampai bas stop, berjalan sikit, sampai ATPN, 12 tgh. hari.

Seronok melihat Ajun & Ina keluar. Muka mereka ceria melihat kami. Hilang penat emak. Emak mula mengagih2kan bekalan. Kami makan bersama, sambil emak bertanya itu-ini pada mereka, vise-versa. (Aku lebih fokus pada nasi lemak, juga pemandangan persekitaran ATPN & ATDI di sebelahnya). Tak lupa, nasihat2 berguna kepada mereka yang diperantauan. Kekadang, emak membuat ‘spot-check’ bilik2 Ina & Ajun, juga menambah (beli) apa yang patut untuk mereka dari kedai kooperasi.

Lebih kurang 2 petang, kami pun bertolak balik. Guna method & route yang sama juga. Seperti biasa, selepas pekena nasi lemak, plus perjalanan yang jauh dan agak kepanasan (zaman tu bas takde ‘ekon’), aku biasanya berherbinasi ... zzzz.

Biasanya sampai rumah, jam 5 @ 6 petang.

Keesokan harinya, semasa di sekolah, aku akan jadi tumpuan sementara - ‘kecoh’ bercerita pada kengkawan, perjalanan ke KL!

Pengajaran: Ibu bapa mana tak sayangkan anak!

Selasa, 21 Julai 2009

10 tahun dah aku.....

(Syukur Alhamdulillah..itulah ayat pertama yang ku ucapkan bila diberi penghormatan untuk berucap)

(Managing Director CCM Chemical,Mr.Yeoh Kiat Chai menyampaikan sijil kepadaku)


(inilah dia hasilnya..setelah 10 tahun aku berkhidmat..disamping itu juga dapat hadiah lain..tunggu bulan November nanti)

Tanggal 21.Julai.2009,syukur Alhamdulillah,genaplah 10 tahun aku berkhidmat dengan majikan ku..Banyak pengalaman pahit dan manis telah aku lalui sepanjang tempoh itu,namun aku kuatkan semangat dan azam untuk meneruskan kehidupan untuk diri serta keluarga..

Satu majlis ringkas telah diadakan pada awal pagi ini..bertempat di pejabat Shah Alam,aku telah diraikan.Dikesempatan ini aku ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat pakcik ku,Hj.Mohd Hamid Bin Hj. Abd.Kadir,kerana beliaulah yang mengenalkan aku dengan dunia atau alam kimia..Tidak ketinggalan buat seluruh warga kerja CCM Chemicals serta seluruh ahli keluarga dan isteriku...

Terima Kasih semua....

Sabtu, 18 Julai 2009

ALHAMDULILLAH..BERJAYA

Hari ni berdebar-debar juga rasanya..jadi ke?ramai orang ke?Macam-macam persoalan yang timbul..Namun aku tawakal kepada Allah..mudah-mudahan apa yang dirancang berjalan seperti yang ku harapkan..

Akhirnya

ALHAMDULILLAH..BERJAYA..

AKU PUAS!!

Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan buat Jaksa Pendamai Kuala Langat serta pihak IPPD Kuala Langat kerana merealisasikan impian aku selama ini.Kerjasama yang diberikan amat aku berpuas hati.Tak lupa juga buat teman yang menyokong aku selama ini..Biarlah aku tak beri ucapan..biarlah aku tak keluar paper..semua tu tak penting,bagi aku biarlah aku dibelakang tabir sahaja..biarlah jika ada orang lain akui yang dia yang lakukan..aku tak kisah..namun Allah tahu apa yang aku buat..Penat?Memang penat..dari awal lagi dah penat..baik dari segi kertas kerja mahupun perlaksanaannya..bukan berbayar pun..fi sa bi lillah..Kepada ahli keluarga mahupun teman yang hadir,aku ucapkan jutaan terima kasih..kerana menyokong kerjaya amal aku ini...

(kenangan terindah ku abadikan bersama puteraku ini)

(JP Kuala Langat serta teman-temanku yang menyokongku)

(tidak ketinggalan juga Kopral Rosdi dari IPPD Kuala Langat yang banyak bantu aku)

(Masih baru lagi ni....)

(antara aksi yang menarik..syabas!)

(kenangan bersama Jugra Bikers)

(Sempurnalah sudah..Dato KP Selangor sedang menurunkan tandatangan sebagai tanda rasminya majlis sambil diperhatikan oleh Tuan KP Kuala Langat)

akhir kata TERIMA KASIH ku ucapkan..

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...