Salam..Semoga Allah memberkati kehidupan kita pada hari ini dan Allah terima juga segala bentuk amalan yang kita lakukan pada hari ini..semalam,kelmarin dan hari-hari yang lampau.Semoga Allah memberikan ganjaran kepada anda apabila anda dapat menghabiskan penulisan saya pada kali ini...InsyaAllah...Namun ketahuilah,bahawa tugas saya sebagai hamba Allah,hanyalah menyampaikannya..terpulang kepada anda sendiri,samada terima atau tidak,bagi saya tanggungjawab saya sebagai hambaNya telah saya sempurnakan....
Apa-apa jua ibadah yang kita lakukan terutamamya solat..perlulah atau wajiblah dilaksanakan dengan ilmu yang menjelaskan tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan kaifiat atau cara melakukannya.Solat yang kita lakukan TIDAK SAH jika secara ikut-ikutan,atau hanya berpandu kepada buku,kaset atau video dan sebagainya.Jika dilakukan sedemikian,maka dikhuatiri guru kita adalah SYAITAN dan ibadah tidak diterima oleh Allah swt..
Sahib a-Zubad pernah mengungkapkan syair berikut:-
"Orang alim yang TIDAK mengamalkan ilmunya,akan diseksa sebelum penyembahan berhala.Sementara orang yang beramal TANPA ILMU,maka amalannya ditolak,tidak diterima"
Adakah kita inginkan segala amalan kita diTOLAK??
Solat yang kita lakukan messtilah bersesuaian dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah saw,sebagaimana sabdanya bermaksud "Lakukan solat sebagaimana kamu lihat aku solat"
Solat Rasulullah saw telah dipelajari oleh para sahabat,dan ketika Baginda wafat,maka para tabi'in yang tidak menemui baginda telah mempelajari kaifiat solat menerusi sahabat.Generasi berikutnya pula dikenali sebagai tabi'it-tabi'in yang tidak menemui sahabat,telah belajar solat melalui tabi'in.Demikianlah seterusnya kaifiat solat dipelajari oleh generasi demi generasi hingga kini.Mestilah melalui guru yang mursyid,guru yang ada rangkaian hingga kepada sahabat dan akhirnya Baginda.
Berbeza dengan ilmu duniawi,dimana boleh belajar melalui pelbagai kaedah selain daripada guru...
Persoalannya,adakah kita hamba biasa ni lakukan solat?Solat yang bagaimanakah yang kita lakukan?
Wassalam.
1 ulasan:
emmmmm
Catat Ulasan