Selasa, 21 Julai 2009

10 tahun dah aku.....

(Syukur Alhamdulillah..itulah ayat pertama yang ku ucapkan bila diberi penghormatan untuk berucap)

(Managing Director CCM Chemical,Mr.Yeoh Kiat Chai menyampaikan sijil kepadaku)


(inilah dia hasilnya..setelah 10 tahun aku berkhidmat..disamping itu juga dapat hadiah lain..tunggu bulan November nanti)

Tanggal 21.Julai.2009,syukur Alhamdulillah,genaplah 10 tahun aku berkhidmat dengan majikan ku..Banyak pengalaman pahit dan manis telah aku lalui sepanjang tempoh itu,namun aku kuatkan semangat dan azam untuk meneruskan kehidupan untuk diri serta keluarga..

Satu majlis ringkas telah diadakan pada awal pagi ini..bertempat di pejabat Shah Alam,aku telah diraikan.Dikesempatan ini aku ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat pakcik ku,Hj.Mohd Hamid Bin Hj. Abd.Kadir,kerana beliaulah yang mengenalkan aku dengan dunia atau alam kimia..Tidak ketinggalan buat seluruh warga kerja CCM Chemicals serta seluruh ahli keluarga dan isteriku...

Terima Kasih semua....

8 ulasan:

zai berkata...

Salam..Tahniah Dik Zawal...
semoga menjadi pekerja yang cemerlang...

zawal berkata...

Terima kasih kak Zai...

Mohamad Aris berkata...

tahniah...bila nak belanja kita makan.

Mohamad Aris berkata...

lupa nak tanya...ni baju rasmi koperat CCM ke

DZB165 berkata...

Ujie,
Terimalah salam manis dan tahniah dari Paman sekeluarga atas khidmat cemerlang anda bersama CCM.Sesungguhnya amal yang dimulai dengan niat yang suci murni akan sentiasa dipemudahkan Allah disamping mendapat pengiktirafan di dunia dan redha Allah di Akhirat kelak.Teruskan usaha murni yang di baluti keikhlasan yang berakhir dengan kejayaan dan keredhaan Allah jua.Syabas.

zawal berkata...

Salam semua,

To Mohamad Aris,
Belanja makan,InsyaAllah akan diusahakan.Baju tu bukan baju koperat CCM,tapi Rakan Cop punya.Bangga pakai baju tu bukan sebab apa,bangga kerana itulah kenangan terindah saya.

To DZB165,
Terima kasi yang tidak terhingga di atas ucapan.Akan saya ingat kata-kata itu..

Fadhlah berkata...

huhuhu..dah masuk peringkat senior dah nie...

zawal berkata...

To fadhlah,
Seniorlah tu,,alhamdulillahhhh

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil ga...