Sewaktu aku dalam perjalanan menuju ke tempat kerja..aku lihat kenderaan banyak yang tersangkut dalam kesesakan berhampiran stesen minyak Esso di Sijangkang..hampir 3 km juga panjangnya.Mujurlah aku naik motor..dapat juga selit-menyelit...Dari jauh aku nampak lampu biru milik PDRM Kuala Langat bernyala.Aku agak mesti ada kemalangan..Pada waktu begini memang jarang jalan sesak..jika takde apa-apa yang berlaku pasti line-clear..Tekaan aku betul..Aku lihat sebuah motor dah hancur..dan sebuah kereta Honda dah ada ditepi jalan.Orang pun dah ramai.Aku berhenti dan park motor aku kat tepi...lantas melihat.Aku lihat seorang lelaki dah terbaring berlumuran darah,disamping lelaki itu ada seorang wanita juga berdarah..
Aku beristigfar seketika,sementara itu aku cuba membantu Kopral Hafizi dari IPD Kuala Langat mengawal lalulintas yang semakin sesak.Tahniah aku ucapkan buat Kopral Hafizi..walaupun agak sesak juga keadaan di situ,namun beliau masih lagi dapat kawal keadaan.Penduduk kampung ada juga dah berang dengan pemandu kereta itu..Tu lagi satu hal...
Tak berapa lama kemudian ambulan dari HTAR Klang pun tiba..aku berdoa agar mangsa tersebut selamat walaupun aku dapat lihat bahawa tangan kanannya mungkin patah...
(keadaan motorsikal mangsa)
(Kereta Honda nilah yang menjadi puncanya)
(Kopral Hafizi sedang mengawal lalulintas..Syabas)
(mangsa kemalangan..berdarah)
(mangsa bersama isterinya)
1 ulasan:
biasa la manusia...nasib2...
Catat Ulasan