Khamis, 30 September 2010

terkini dari SABAH


alhamdulillah,beberapa hari lepas aku telah menerima MMS dari kakak aku..apa yang mampu aku ucapkan hanyalah "ALHAMDULILLAH"..bersyukur aku kehadrat Nya..kakak aku nampaknya sudah semakin pulih,walaupun masih menggunakan tongkat..
Dalam MMS tersebut beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau..amin..

Selasa, 28 September 2010

Nasi Ambeng besttttt

(tu dia...bila bungkusan telah terbuka..apa lagi..)

(akhirnya..sampai juga ke sini)
hari ni..aku berhasrat untuk terjah satu lagi pasar malam..kali ni ke kampung olak lempit..hasratnya hanya 1 aje,nak cari nasi ambeng..kat situ memang best..maklumlah orang jawa punya nasi ambeng memang terhebat dan sedappp...
alhamdulillah..wak tu niaga hari ji..jeng..jeng..jeng..5 bungkus aku beli..bukan untuk aku..tapi untuk sedekah kat jiran-jiran aku gak..ok..tak boleh tulis panjang-panjang..nak makan dulu..so,kekawan yang nak rasa tu..pergilah ke sana...
(hehehehe)

raya kan sebulan

(kenangan terindah..foto pilihan bulan ni...)
(tuan rumah...aksi spontan kakak ipar aku)


(Bondaku merangkap QC sedang memeriksa juadah dirumah my big bro)
raya belum habis lagi..so,jemputan rumah terbuka pun banyak lah gak..bermula di puchong dan berakhir di klang..makan,makan dan makan,alhamdulillah..
(aksi puteriku bersama sepupunya)
(santai nampak)
(juadah dirumah andak)

Sabtu, 25 September 2010

hj mubin

(bas yang telah disewa khas)
syukur alhamdulilah,aku telah tunaikan hasrat abg intan dan kak hanim sekeluarga,dimana mereka berhajat benar untuk membawa anak-anak dari rumah amal asnaf al-barakh ke kediaman mereka di Klang Gate pada hari ini.tempahan bas telah lama aku buat,kira-kira 3 bulan yang lalu,dimana sewa bas ini telah ditaja penuh oleh pasangan ini..alhamdulillah..rezeki anak-anak.
bertolak dari telok datok,seawal jam 8.30 pagi..aku serta keluarga naik kereta,kerana selepas majlis ni,kena bawa mak ke FRIM hadiri majlis persandingan saudara.
perjalanan amat lancar sekali,alhamdulillah..
kepada tuan rumah,terima kasih daun keladi..ada rezeki jemputlah lagi..
(rezeki anak-anak)
(sedapnya)
(puteraku menantikan kambingggg)
(sapa ni)

Sabtu, 11 September 2010

Kisah 1 Syawal oleh Zawal...

__________________________





sebaik sahaja selepas solat isya',seperti saban tahun aku akan mengikuti jemaah masjid pergi ke rumah-rumah (mengikut jalan yang telah ditetapkan) untuk bertakbir beramai-ramai.seronok!itulah peluang yang ada untuk aku berkunjung kerumah jiran tetangga aku..begitu juga dengan mereka..tapi tahun ini syukur Alhamdulillah,aku telah diberi kepercayaan serta mandat untuk mengetuai takbir hari raya ini,mula-mula agak gugup juga,bagi cover,terpaksalah bawa buku sebagai rujukan,maklumlah,belum biasa lagi..hehehe,tapi lepas tu seronok..dapatlah bawa kat 2 buah rumah,rumah Hj.Hamzah dan Hj.sofie..bermula di rumah Cikgu Fadzil dan berakhir dirumah Hj.Kamain dan telah tamat tepat jam 12 malam..alhamdulillah.
Solat sunat Aidilfitri,aku telah tunaikan di Masjid As-Syarif,Telok Datok,Cuaca hujan pada pagi syawal ini TIDAK menghalang Zawal untuk menunaikannya..alhamdulillah..
Selepas bermaafan dengan emak serta adik-beradik,aku serta keluarga ke kampung Olak Lempit,bagi mengunjungi sanak-saudara di sana,tak lama pun sebab hari ni hari Jumaat..
(keluarga my big brother..all RED)
(abangku jua..muka faiq baru keluar hospital)
(my FAMILY..hijau tuuu)
(sesi menghulur..oleh kerana tema hijau..dlm sampul pun hijau gak yerr)

Tahun ni,berbeza sedikit..rumah emak menjadi destinasi tumpuan keluarga Kampun Kuantan,yelah,sekarang mak kira dah jadi yang tualah..dan buat julung kalinya Keluarga Al-Bajuri dan Keluarga Hj.Kadir serentak beraya dirumah emak..perhhh..gamatnya suasana..
tapi itulah yang dinamakan Hari Raya..masa nilah jumpa sanak saudara..
(kenangan terindah-Keluarga Al-Bajuri)
(keluarga Hj.Abd Kadir)

Bagi keluarga aku,Keluarga Ati,Keluarga Ajun dan Keluarga Ju sahaja tidak dapat beraya bersama kami pada tahun ini..ikut giliran yerr..hahahaha...
esok atau lusa baru cadang nak balik ke rumah mertua..nak settlekan kat sini dulu..maklumlah,kang tetamu datang mak tak larat nak layan..kepada isteri serta anak-anakku,maaf ye dan terima kasih kerana memahami keadaan ini..
Kepada semua,sekali lagi dikesempatan ini,secara peribadi dan rendah diri aku serta keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan serta kesilapan samada sengaja atau tidak,baik dari segi tutur kata atau dalam bentuk penulisan..serta halalkan lah makan dan minum aku sekeluarga selama ini..Kepada yang sudi hadir ke teratak bondaku,aku mewakili seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan pohon maaf andaikata kami tak dapat beri layanan yang sebaiknya..

Rabu, 8 September 2010

HARI RAYA....

Alhamdulillah...
Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal..
Jumaat,semua umat islam akan menyambut hari kemenangannya..tahniah dan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa dan ibadah zakat pada tahun ini,dan aku berharap agar dapat jumpa lagi Ramadhan ditahun-tahun yang berikutnya dan berazam untuk perbaiki kelemahan yang ada di Ramadhan tahun ini,manusia..tak akan lari dari melakukan kesilapan dan aku bermohon kepada Nya agar diampunkan segala dosa-dosaku di Ramadhan kali ini..
Syawal..tahun ini aku rasakan agak lain sedikit,tak lagi balik ke kampung Kuantan,Kuala Selangor seperti kebiasaanya,ialah,datok aku baru sahaja meninggalkan kami sebelum Ramadhan menjelang..Memang rasa kekok sikitlah..namun apakan daya,suratan Ilahi..Dia yang menentukn ajal maut hambanya..aku serta keluarga hanya mampu berdoa agar seluruh roh keluarga aku diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman,Insya Allah..
Persiapan raya tahun ni..emmm..ala kadar aje..namun aku puas kerana tahun ni mempunyai rezeki yang lebih sedikit (alhamdulillah)..maka dapatlah aku serta keluarga aku memakai pakaian sedondon..hehehe....dah lama berhasrat,tapi tahun ni baru tercapai..tapi yang penting aku utamakan keperluan putera-puteri aku..tak banyak sedikit..dah aku tunaikan..
Apa pun Insya Allahmsyawal tahun ini akan beri 1000 kenangan terindah buat aku sekeluarga.
Kepada para pengikut setia laman blog aku ini,ucapan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN aku serta keluarga ucap dan pohonkan..

Ahad, 5 September 2010

dari seorang adik....


aku telah diperintahkan untuk tidak menerbitkan gambar ini,baik diblog mahupun dilaman FB.aku bukan engkar,tapi naluri seorang lelaki yang bergelar adik,sungguh tak tertahan lihat penderitaan dan ujian yang diterima oleh kakaknya...apa kan daya aku hanya mampu berdoa agar semuanya kembali pulih seperti sediakala.dan tahun ni merupakan tahun pertama Syawal tanpa kepulangan kakak aku sekeluarga..maaf aku terpaksa publish gambar ini...bukan ada sebarang niat,aku cuma perlukan doa dari rakan-rakan aku untuk kakak aku sahaja....
Kepada abang,adik,saudara-mara serta rakan-rakan ku dilaman blog mahupun dilaman FB,sempena bulan Ramadhan ini aku pohonkan kerjasama kalian untuk bersama-sama berdoa agar kakak aku serta keluarganya dilindungi dari sebarang musibah serta ditetapkan iman bagi mengharungi hari-hari mendatang.

Sabtu, 4 September 2010

kad raya paling istimewa buat kami



2 september 2010,aku serta isteri telah menerima sekeping kad hari raya..yang aku punya telah diletakkan di atas laptop aku,takde setem,ringkas tapi meninggalkan kesan bagi seorang yang bergelar ayah..rupanya anak sulong aku yang hantar..hasil tangannya sendiri..alhamdulillah...

Jumaat, 3 September 2010

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR dan BATIN

Dikesempatan ini,aku sekeluarga ingin menyusun 10 jari,pohon kemaafan zahir dan batin di atas segala dosa-dosa aku,samada sedar atau tidak,samada secara lisan atau perbuatan.Halalkanlah segala makan dan minum aku,halalkanlah juga sekiranya ada aku terambil.
Terima kasih kepada semua,terutama kepada para pengikut serta pembaca laman blog dan laman facebook aku.Semoga Allah memberkati kita semua..

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...