Alhamdulillah...
Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal..
Jumaat,semua umat islam akan menyambut hari kemenangannya..tahniah dan syukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa dan ibadah zakat pada tahun ini,dan aku berharap agar dapat jumpa lagi Ramadhan ditahun-tahun yang berikutnya dan berazam untuk perbaiki kelemahan yang ada di Ramadhan tahun ini,manusia..tak akan lari dari melakukan kesilapan dan aku bermohon kepada Nya agar diampunkan segala dosa-dosaku di Ramadhan kali ini..
Syawal..tahun ini aku rasakan agak lain sedikit,tak lagi balik ke kampung Kuantan,Kuala Selangor seperti kebiasaanya,ialah,datok aku baru sahaja meninggalkan kami sebelum Ramadhan menjelang..Memang rasa kekok sikitlah..namun apakan daya,suratan Ilahi..Dia yang menentukn ajal maut hambanya..aku serta keluarga hanya mampu berdoa agar seluruh roh keluarga aku diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama dengan golongan orang-orang yang beriman,Insya Allah..
Persiapan raya tahun ni..emmm..ala kadar aje..namun aku puas kerana tahun ni mempunyai rezeki yang lebih sedikit (alhamdulillah)..maka dapatlah aku serta keluarga aku memakai pakaian sedondon..hehehe....dah lama berhasrat,tapi tahun ni baru tercapai..tapi yang penting aku utamakan keperluan putera-puteri aku..tak banyak sedikit..dah aku tunaikan..
Apa pun Insya Allahmsyawal tahun ini akan beri 1000 kenangan terindah buat aku sekeluarga.
Kepada para pengikut setia laman blog aku ini,ucapan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN aku serta keluarga ucap dan pohonkan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan