Sabtu, 11 September 2010

Kisah 1 Syawal oleh Zawal...

__________________________





sebaik sahaja selepas solat isya',seperti saban tahun aku akan mengikuti jemaah masjid pergi ke rumah-rumah (mengikut jalan yang telah ditetapkan) untuk bertakbir beramai-ramai.seronok!itulah peluang yang ada untuk aku berkunjung kerumah jiran tetangga aku..begitu juga dengan mereka..tapi tahun ini syukur Alhamdulillah,aku telah diberi kepercayaan serta mandat untuk mengetuai takbir hari raya ini,mula-mula agak gugup juga,bagi cover,terpaksalah bawa buku sebagai rujukan,maklumlah,belum biasa lagi..hehehe,tapi lepas tu seronok..dapatlah bawa kat 2 buah rumah,rumah Hj.Hamzah dan Hj.sofie..bermula di rumah Cikgu Fadzil dan berakhir dirumah Hj.Kamain dan telah tamat tepat jam 12 malam..alhamdulillah.
Solat sunat Aidilfitri,aku telah tunaikan di Masjid As-Syarif,Telok Datok,Cuaca hujan pada pagi syawal ini TIDAK menghalang Zawal untuk menunaikannya..alhamdulillah..
Selepas bermaafan dengan emak serta adik-beradik,aku serta keluarga ke kampung Olak Lempit,bagi mengunjungi sanak-saudara di sana,tak lama pun sebab hari ni hari Jumaat..
(keluarga my big brother..all RED)
(abangku jua..muka faiq baru keluar hospital)
(my FAMILY..hijau tuuu)
(sesi menghulur..oleh kerana tema hijau..dlm sampul pun hijau gak yerr)

Tahun ni,berbeza sedikit..rumah emak menjadi destinasi tumpuan keluarga Kampun Kuantan,yelah,sekarang mak kira dah jadi yang tualah..dan buat julung kalinya Keluarga Al-Bajuri dan Keluarga Hj.Kadir serentak beraya dirumah emak..perhhh..gamatnya suasana..
tapi itulah yang dinamakan Hari Raya..masa nilah jumpa sanak saudara..
(kenangan terindah-Keluarga Al-Bajuri)
(keluarga Hj.Abd Kadir)

Bagi keluarga aku,Keluarga Ati,Keluarga Ajun dan Keluarga Ju sahaja tidak dapat beraya bersama kami pada tahun ini..ikut giliran yerr..hahahaha...
esok atau lusa baru cadang nak balik ke rumah mertua..nak settlekan kat sini dulu..maklumlah,kang tetamu datang mak tak larat nak layan..kepada isteri serta anak-anakku,maaf ye dan terima kasih kerana memahami keadaan ini..
Kepada semua,sekali lagi dikesempatan ini,secara peribadi dan rendah diri aku serta keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan serta kesilapan samada sengaja atau tidak,baik dari segi tutur kata atau dalam bentuk penulisan..serta halalkan lah makan dan minum aku sekeluarga selama ini..Kepada yang sudi hadir ke teratak bondaku,aku mewakili seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan pohon maaf andaikata kami tak dapat beri layanan yang sebaiknya..

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...