Tahun: 1983
Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan
Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2
Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama Toh Puan Norashikin), Kg. Pandan, Cheras. Manakala, kami sekeluarga masih menetap di Tg. Karang.
Kalau tak silap, setiap bulan (@ mungkin setiap 2 bulan) emak akan menziarahi anak2nya ‘dirantau orang’.
Persediaan. Malam sebelumnya, emak akan sibuk memasak. Biasanya, nasi lemak tak pernah miss. Campur kuih2, juga biskut2. Untuk anak2, tidur lewat bagi emak, sudah biasa.
Seawal pagi, setelah menyerahkan ‘tugas’ menjaga Uji & Ju pada arwah Abah, emak & aku akan berbasikal / berjalan ke setsen bas Tanjung Karang (dalam 2km, gitu). Pukul 8 biasanya, perjalanan ke Kuala Selangor bermula.
Tukar bas di Kuala Selangor. Samada dapat bas direct ke KL @ naik bas ‘loncat’ (transit) kat ‘BB’. Sampai Puduraya, dalam 11 pagi gitu. Dalam bas, biasanya aku tidur...zzzz. emak pun kekadang ku lihat tersengut-sengut.
Ambik pulak bas mini ke Kg. Pandan. Sampai bas stop, berjalan sikit, sampai ATPN, 12 tgh. hari.
Seronok melihat Ajun & Ina keluar. Muka mereka ceria melihat kami. Hilang penat emak. Emak mula mengagih2kan bekalan. Kami makan bersama, sambil emak bertanya itu-ini pada mereka, vise-versa. (Aku lebih fokus pada nasi lemak, juga pemandangan persekitaran ATPN & ATDI di sebelahnya). Tak lupa, nasihat2 berguna kepada mereka yang diperantauan. Kekadang, emak membuat ‘spot-check’ bilik2 Ina & Ajun, juga menambah (beli) apa yang patut untuk mereka dari kedai kooperasi.
Lebih kurang 2 petang, kami pun bertolak balik. Guna method & route yang sama juga. Seperti biasa, selepas pekena nasi lemak, plus perjalanan yang jauh dan agak kepanasan (zaman tu bas takde ‘ekon’), aku biasanya berherbinasi ... zzzz.
Biasanya sampai rumah, jam 5 @ 6 petang.
Keesokan harinya, semasa di sekolah, aku akan jadi tumpuan sementara - ‘kecoh’ bercerita pada kengkawan, perjalanan ke KL!
Pengajaran: Ibu bapa mana tak sayangkan anak!