Rabu, 31 Oktober 2012

Balasan yang diterima...

 


Memang aku akui,mood aku 2,3 hari ni MEMANG KACAU kerana memikirkan permasalahan orang daripada masalah aku sendiri..Di tolong SUSAH,dah ditolong aku yang SUSAH.Pekehalnya ni Yop..Janganlah bagi alasan yang tak masuk dek akal fikiran.Ya ALLAH..berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi permasalahan ini.Permudahkanlah urusan aku!
Ya..beginilah cara kehidupan orang yang berkhidmat secara sukarela,membantu orang tatkala mereka memerlukan bantuan..diberi BETIS berkehendakkan PEHA..dah DAPAT PEHA dan yang lebih baik lagi.Dan bila dah dapat lebih baik dan yang terbaik.Manusia jenis apakah ini?Yang tak tahu erti BERSYUKUR dengan apa yang telah diperolehinya?Bukan aku nak mengungkit atas apa yang aku lakukan sepanjang hayat aku,dan bukannya aku nak balasan atau nama atas apa jua tugasan yang aku lakukan,akan tetapi bertolak ansurlah sedikit Yop.
Aku hanya mahukan HAK aku sahaja,dimana aku telah diamanahkan untuk mendapatkannya.Dari bulan Ogos hinggalah hari ini..Jawapan still sama,"Dah call tapi takde orang angkat"..Kalau dah takde orang angkat phone tu,maka ikhtiarlah PERGI ke organisasi atau Jabatan yang berkenaan,takkan itu pun nak diajar,kalau itu pun nak diajar bermakna MEMANG KURANG AJAR.So,kesimpulannya,aku give up dengan kau dan pentadbiran kau..dan jangan sampai aku bertindak diluar batasan naluri aku.Selama ni,pelbagai aduan telah aku terima,NAMUN,aku ulangi,NAMUN aku masih tutup sebelah mata.Kini TIDAK lagi.Cukup..aku dah sampai kemuncaknya..kesabaran aku telah berada ditahap yang begitu MAKSIMUM.
Jarang sekali aku bersikap sebegini...lebih memedihkan hati aku pabila SMS aku dibalas dengan bunyi,kalau takde rezeki,apa nak dikata..ALLAHUAKBAR...kenapa cetek sekali pemikiran..Rezeki ada tapi kau yang MEMBUATKANNYA TIADA.Apa yang aku harus jawab dengan pihak atasan?Nak bagi alasan:-
  1. Dah call,tapi takde orang angkat?
  2. Terlupa?
  3. Takde Rezeki,Nak buat macamana?
Kalau minggu lepas aku minta,bolehlah aku beri jawapan seperti di atas,ni dah masuk 3 BULAN. Takkan aku nak bagi alasan yang sama Yop?
So aku nekad,akan STOP kat sini sahaja..pandai-pandailah uruskan sendiri,kesian YOP..kau kena ingat apa yang kau buat sekarang ni..ALLAH lebih mengetahui...

Selasa, 30 Oktober 2012

Lambaian Kaabah buat Ati dan keluarga

Secara peribadi aku lahirkan rasa syukur aku ke hadrat Ilahi kerna DIKAU makbulkan hajat Ati sekeluarga menjejakkan kaki ke kota suci Mekah pada tahun depan bagi mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah. .
Hanya KAU sahaja yang tahu akan perasaan aku sebaik aku mendapat khabar ini.
Aku doakan yang terbaik buat Ati dan keluarga sepanjang berada di sana.. Aku doakan agar segala urusan dipermudahkan.. banyakkan kesabaran walau apa jua yang berlaku. Aku maafkan akan semua dosa lau sekeluarga.Jangan lupa ye doakan yang terbaik untuk aku dan keluarga ye. 







Hj Zawalajam Hj Mashod

Ahad, 21 Oktober 2012

Mula ke era baru...

Tugasan Pertama YDP..hehehe..menyampaikan hadiah..
 Apa yang aku paparkan di sini bukanlah tujuan untuk riak atau takbur dengan apa yang aku peroleh dan kecapi kini.Hanya menjadi coretan manis dalam kehidupan aku ini.
Semakin aku nak melepaskan semua tugasan aku semakin banyak yang melantik aku pegang jawatan.Allahuakbar!semakin berat tugas dan tanggungjawab yang harus aku pikul.Aku bukannya nakkan jawatan..aku lakukan semua itu kerana ALLAH dan aku minat dengan apa yang aku lakukan.Takde "boss"maka aku "free"untuk lakukan..bila masa sahaja yang aku inginkan,aku akan buat.Kekadang aku akui,separuh jalan aje..bukan kerana aku MALAS,tapi kerana aku aje yang "beriya-iya"last-last aku pun terjebak men"slow"kan diri dalam apa jua situasi.
Kali ini,kepercayaan telah diberi kepada aku untuk mengepalai PIBG KAFA As-Syarif..perghh..lagi hebat.Jawatan berat dan tugasnya apatah lagi..beralih arah pula aku ke alam persekolahan.Pelbagai perkara yang aku kena fikirkan,bukan sahaja hal anak-anak aku,malah hal anak-anak orang lain yang dihantar ke situ.2 tahun tempoh aku..dalam tempoh itu aku kena perbaiki apa jua kelemahan serta kekeurangan yang ada.Ada 173 orang murid dan 8 guru di bawah tanggungjawab aku.Perghh..Aku harapkan agar semuanya dapat berikan kerjasama sepanjang aku terajui pimpinan ini.Amanah tuu..
Walau apa pun aku kena adil dalam hal pentadbiran ini,semua kena tahu..dan semua kena ambil tahu..dan aku akan buat cara aku..senantiasa ON-LINE mendengar permasalahan..kalau boleh settle kasi settle..
Apa pun ALHAMDULILLAH..aku terima..buruk atau baik..DOA KAN AKU...

Ahad, 14 Oktober 2012

Ancasa Resort Port Dickson,menggamit kenangan terindah

sebelum bertolak ke PD..singgah dulu pekena beryani gum..

Agak lama juga aku tak bawa keluarga bercuti..bukan sibuk mana pun diri aku ni..tapi  mungkin belum punyai REZEKI yang sebenarnya..jadi bila dah ada rezeki,alhamdulillah aku dapat juga tunaikan hasrat dan impian putera-puteri aku..tak jauh mana pun..hanya di Port Dickson aje..ehehehe
Percutian kali ini aku rasakan meriah sikit,sebab bukan keluarga aku aje yang pergi,ada 2 keluarga sepupu-sepapat aku juga turut serta(bayaran sendirian berhad yerr) riuh rendah dibuatnya..tapi apa-pun..thanks kepada yang open table malam tadi...
Pemandangan dari Tingkat 5 blok A bilik 501
Anak-anak buah bersama putera aku..ni waktu memilih..pilih apa? 
Tuuu dia..segarrrr
Sebelum pulang...layannnnnn


Rabu, 3 Oktober 2012

AKU PUN PUNYAI : HATI & PERASAAN...

 
Selepas solat zohor, saya kembali semula ke kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, kelihatan seorang makcik berumur dalam lengkungan 60an mengetuk cermin tingkap, lalu saya pun membuka pintu kereta dan bertanya dulu, Assalamualaikum nak!,… Ya makcik!… lalu makcik itu berkata, Boleh bagi makcik RM2.00… Allah!, kesiannya makcik ni, tapi dengan RM2.00 apa yang makcik boleh buat?bisik hatiku… dari kelibat dan raut mukanya bukanlah peminta sedekah yang tegar, mungkin makcik ni ada masalah, fikirku pula… Tetapi mulutku terasa berat untuk bertanya, apakah yang sebenarnya terjadi?… Aku pun menghulur lebih sikit dari yang diminta… Syukran! katanya.
Persoalan?…
Pernahkah kita merasa susah?
Pernahkah kita merasa kesempitan hidup?
Pernahkah kita kesempitan duit ringgit?
Pernahkah kita meminta-minta dari orang lain dikala terdesak?
Pernahkah kita berlapar selama 1 hari atau 2 hari atau 3 hari atau berhari-hari?
Perasaan?…
Apakah perasaan kita bila melihat orang lain di dalam kesusahan?
Apakah perasaan kita bila kita sendiri merasa kesempitan hidup,ketiadaan duit ringgit untuk berbelanja?
Bagaimanakah perasaan kita bilamana kita terpaksa meminta-minta dan menagih simpati dari orang lain?
Pengalaman tidak dipeduli, dikeji, dimarahi, dihina dan sebagainya
Allah sahaja yang tahu…
Bagi mereka yang hidup senang-lenang, melimpah ruah rezeki, tidur dengan kekenyangan, mungkin kesusahan itu tidak dirasai. Mungkin juga mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan yang akan membuatkan hati dan perasaan menjadi lebih sayu.
Bagi mereka yang pernah mengalami dan merasainya, Allah sahaja yang tahu betapa peritnya kehidupan itu. Lebih-lebih lagi untuk menjalani kehidupan yang masih panjang.
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya),mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.“(Al-Baqarah 2: 177)
Bukannya perbuatan memberi dan meminta itu yang saya hendak fokuskan.Tetapi lebih untuk menyelami hati dan perasaan mereka yang memberi dan meminta. Yang memberi mempunyai nilai kemanusian, dan yang meminta sudah pasti bukan kehendaknya. Mereka juga seperti kita yang ada perasaan malu dan tebal muka. Tetapi apakan daya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan bersama:
1.Menyumbang seberapa banyak yang mampu dengan kemampuan. Abu Ishak As-Sabii’e berkata, “Mereka berpendapat kesenangan itu sebagai satu bentuk pertolongan kepada agama”.
2.Cuba lahirkan insaf dan belas di dalam hati dan peribadi.
3.Buang sikap sombong dan bongkak serta bakhil. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan katanya, Al Hajib merupakan seorang lelaki bangsawan arab yang kedekut. Dia tidak menyalakan api diwaktu malam kerana bimbang cahayanya akan diambil faedah oleh orang lain. Apabila dia menyalakan api, dia akan memerhatikan sekelilingnya. Jika dia mendapati ada orang yang menumpang cahayanya itu, dia terus memadamkan api itu. Dalam satu riwayat Muslim, Nabi saw pernah berdoa, “Ya Allah! sesungguhnya aku berlindung denganMU dari sifat penakut dan bakhil”
4.Berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki dan menanam azam untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Sufyan At-Thauri berkata, “Harta di zaman kita ini merupakan senjata kepada orang mukmin”. Nabi bersabda,Tidak akan fakir orang yang berekonomi (berhemah dalam perbelanjaan)
5.Berusaha melembutkan hati yang keras dengan cara memperbanyakkan menyumbang lebih-lebih lagi hak yang disayangi. Seorang lelaki telah meminta dari baginda lalu baginda memberinya sekumpulan kambing yang ada di lereng bukit. Kemudian lelaki itu bertemu kaumnya seraya berkata, Wahai kaumku!, Masuklah kamu semua ke dalam Islam,sesungguhnya Muhammad memberi seumpama pemberian seorang yang tidak takutkan kefakiran” (riwayat Muslim (2312) dari Anas r.a.)
6.Melatih diri supaya ikhlas memberi dari meminta. Baginda arrasul tidak pernah menjawab satu permintaan dengan jawapan “Tidak” (Riwayat Bukhari (10/381) & Muslim (2311) daripada Jabir r.a).
7.Tidak menghina dan mengeji kepada yang meminta dan berlaku ihsan dan belas kepada mereka
8.Memuliakan golongan meminta kerana mereka telah membuka ruang kepada pemberi mengaut segala pahala kebajikan.
9.Berlapang dada dengan ujian yang menimpa
10.Memperbanyakkan doa dan sentiasa meminta hanya kepada Allah Taala
11.Yang selalu meminta mestilah sedaya upaya merubah diri dengan berusaha untuk mencari rezeki yang halal sama ada melalui kemahiran dan pengetahuan diri yang ada.
12.Yang memberi hendaklah berwaspada dengan harta yang ada,terutamanya ketika berbelanja. Allah berfirman, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian” (Al Anfal: 28)
13.Yang memberi mestilah bersifat Ithar (bertanggungjawab, murah hati dan melebihkan orang lain dari diri sendiri). Allah berfirman, “Dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan serba kekurangan dan sangat-sangat berhajat” (Al Hasyir: 9)
14.Berusaha untuk menghimpunkan di dalam diri segala sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al ‘As r.a katanya, Rasulullah saw bersabda, Berjayalah orang yang patuh, diberikan rezeki secukupnya dan bersifat qana’ah dengan apa yang diberikan oleh Allah Taala. (Muslim 9105) dan At-Tirmizi (2349)
15.Mendidik anak-anak sejak kecil akan sikap memberi, kemuliaan memberi dan berihsan dengan orang yang meminta, bukannya mengatakan kepada mereka memberi itu lebih baik dari meminta (ayat negatif)
16.Mengurus harta dengan sebaik-baiknya, terutamanya membelanja pada jalan Allah, anak yatim, fakir miskin dan kepada yang memerlukan.
17.Yakin bahawa sebahagian rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian saudara kita, yang mana kita adalah pemudahnya.
18.Peminta dan pemberi hendaklah menjaga ikatan akidah dan ibadah serta berakhlak mulia.
Marilah sama-sama kita beramal dengannya, semoga amal yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan dilimpahkan rezeki yang banyak.

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...