Ahad, 5 April 2009

TERIMA KASIH

Majlis meraikan hari lahir putera aku telah diadakan pada 4 April 2009 di rumah aku.Majlis yang tidak dirancang sepenuhnya ini telah dihadiri oleh kaum kerabat aku.Aku memang tidak menjangkakannya,al-maklumlah,aktiviti aku pada hari itu adalah amat ketat,sebelah pagi menghadiri kursus haji,dan selepas itu aku terpaksa bergegas ke Kompleks Pejabat Daerah & Tanah Derah Klang,juga menghadiri Kursus Tatacara Pengendalian Skim Rondaan Sukarela Peringkat negeri Selangor (rujuk laman blog : srstelokdatok.blogspot.com).

Walaubagaimanapun aku bersama isteri serta putera aku di sini ingin merakamkan setinggi-tinggi Terima Kasih buat emak,acon sekeluarga,ina,kak wan,ju sekeluarga,mamat,anuar dan jiran terdekat...tunggu gak aqil dan faiq..tapi tak dapat balik..kesian dia...

Seperti biasa,sebagai seorang ayah merangkap blogger,aku sempat gak ambil gambar,untuk dimuatkan di dalam blog rasmi aku agar ianya menjadi "kenangan terindah" buat aku sekeluarga..

(kek dari Ju dan keluarga,Terima Kasih)

( kek dari acon sekeluarga..terima kasih juga)

(nilah hadiah istimewa..nyanyian lagu dari 2 beradik,"andai ku tahu" terima kasih juga)

(acon dan keluarga,merangkap imam pada majlis ini)

( ju,sarah dan sarafina..tq ye)

( umar dan anaknya...)

(nuar dan mamat..si mamat ni kerjanya cek umah orang..mana tau ada aedes,dia pesan suruh luangkanlah 10 minit untuk bersihkan laman rumah..hehehehe)

(solat maghrib sesi anak-anak telah diimamkan oleh putera sulong Ju dan Umar..baca surah Yaa-Sinn tu...namun apa yang penting..kerjasama)

AKHIR SEKALI,AKU DAN KELUARGA SEKALI LAGI UCAPKAN TERIMA KASIH

Salam Takziah

....Al-Fatihah...

Salam takziah diucapkan buat
Encik Aris sekeluarga
di atas pemergian ibundanya pada 4/4/2009.
Semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan semoga segala amalannya diterima oleh Allah s.w.t.

Kepada Encik Aris,semoga tabah menghadapi Qada & Qadar.
Amin

Sabtu, 4 April 2009

SIAPKAH KITA,BILA MAUT DATANG MENJEMPUT KITA?

Dapatkah kita menduga atau mengira Bilamana ajal kita akan tiba Di mana umur kita akan berakhirnya?
Dapatkah kita merencana atau berjanji Bagaimana cara kematian akan kita alami Sehingga kita siap rohani dan jasmani?
Dapatkah kita memohon jatah umur yang bagi kita tepat Sehabis Ramadhan atau berhaji, ketika dosa diampuni tammat Dan nyawa dicabut malaikat ketika kita dalam keadaan sehat?
Dapatkah waktunya kita majukan atau mundurkanKetika nafas terakhir itu dihembuskanDan sorotan mata kita dikosongkan?
Dapatkah kita membereskan segala yang terlalaiHutang-hutang, janji-janji, kerja yang terbengkalai Cita-cita yang belum tercapai?
Dapatkah kita menekan semua bentuk kesombongan Dan kepada orang-orang yang hatinya kita sakitkanDengan membungkuk merendah kita minta dimaafkan?
Dapatkah kita menyaring pergosipan dan pergunjinganLalu suatu waktu total sepenuhnya dihentikan Sehingga daging saudara sendiri tak lagi dikunyah dimakan?
Dapatkah kita menghabisi semua ganjalan iri hati Kecemburuan yang dibisikkan jin di telinga kanan dan kiriDan mereka diusir sejauh usir dengn ayat Kursiy?
Dapatkah kita padamkan segala bentuk dendam Yang di dalam hati lama kita pendam-pendam Dan dengan tulus memberikan permaafan?
Dapatkah kita musnahkan perilaku ujub dan riya kitaSuka mencerca dalam hati, pamer jasa dan hartaDan berhenti menyebut-nyebutnya?
Dapatkah kita dengan tepat melaksanakan evaluasiTerhadap harta benda yang selama ini diakumulasiSehingga benar-benar bersih bagi yang akan diwarisi?
Dapatkah kita kepada jantung kita yang berpuluh tahuh bekerja setiaSetiap detik dia berdenyut untuk kelangsungan hidup kitaSiapkah kita, bila jantung kita berkata, "Sudah, cukup sampai di sini saja?
"Pada suatu masa, di suatu tempat, maut akan tiba Beratus kemungkinan waktunya Beribu kemungkinan tempatnya Melalui gabungan kemungkinan bentuk dan cara Lewat penyakit, kecelakaan, perang, berbagai bencana Di dalam rumah, kendaraan, jalan raya, di alam terbuka Secara sangat pelahan dan begitu lama orang dapat menduga-duga Secara pelahan orang mana mungkin menerka Secara tak disangka, sangat tiba-tiba tanpa isyarat suatu apa Dan tepat pada detik terjadinya Kita yang menyaksikan, semua terpana, menundukkan kepala Semua terpukul, tergoncang, terhempas, terobek, tiada sepatah kata Semua menitikkan air mata Belum pernah mereka yang mengalami dicabut nyawanya Kembali ke dunia dan menyampaikan pengalaman ajal yang nyata Sehingga paling banyak kita hanya mengira menduga Mereka yang berlarian bergelimpangan di pantai Lhok Nga Mereka yang digulung lumpur tsunami sepanjang jalan Syiah Kuala Mereka yang kehabisan nafas dikejar dinding air setinggi pohon cemaraa Kanak-kanak yang bertengger di dahan batang nangka Orang-orang yang memanjat pohon kelapa Ibu-ibu yang hanyut dengan bayinya Kabel putus habis, tiang listrik yang bengkok patah tiga Rumah punah, hotel rubuh, truk remuk, asrama rata Berpuluh, beratus, beribu, berpuluh ribu banyaknya Jenazah di bawah puing, di tengah puing, di atas pung berada Bergelimang lumpur, bergelimang air mata Menyesak udara, menyesak dada kita semua
Wahai Krueng Aceh Wahai Krueng Lamteh Jadilah air sungai yang jernih kembali kiranya Maut telah menjemput saudara-saudara kitaJ annah jualah bagi mereka Maut akan menjemput kita pula Dapatkah kita menyusul ke Firdaus yang sama?

Doa Murah Rezeki

Ya Allah,

sekiranya rezeki kami berada di langit,

maka turunkanlah ia;

jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,

dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.

Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,

dekatkanlah ia;

jika ia sedikit, banyakkanlah ia;

dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,

mudahkanlah ia,

serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami

dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,

dengan rahmatMu,

wahai Yang Maha Pengasihi

diantara yang pengasih.

Jumaat, 3 April 2009

Sekitar Majlis Persaraan Encik Nik,Wong Chow Seng dan Jamuan Perpisahan buat Philip Leong

Tarikh: 2 April 2009

Hari : Khamis

Tempat : KEC,Bukit Raja,Klang.

(Mrs Lee Ting dan Puan Saadiah sedang menunggu giliran untuk menandatangani kad ucapan)

(kad ucapan khas buat Encik Nik Mohd Nor,yang telah ditandatangani oleh kakitangan CCM)

(Tidak ketinggalan jua,Pengurus Sumber Manusia CCMC,Puan Bency sedang menurunkan tandatangannya)

(ni pula..pantang nampak kamera...senyum aje)

(apalah yang digosipkan ni....)

(asyik ambil gambo orang aje Kak Yan ni...ha!!kan saya dah dapat gambo kak yan)

(adik beradik ke kak annie dan kath ni??)

(bila nak makan ni...kata duta Seng Heng)

Inilah antara foto yang sempat aku abadikan.Kepada Encik Nik.Wong Chow Seng dan Philip..all the best...

SELAMAT HARI LAHIR


Kepada anakku Arif Afif,ayah dan ibu ucapkan Selamat Hari Lahir Yang Ke-4..

pada 3/4/2009

Pesan ayah dan ibu,jangan nakal-nakal dan jadilah anak yang taat kepada perintah Allah dan dengarlah kata ayah dan ibu.Semoga menjadi anak yang soleh..Aminnnn

Rabu, 1 April 2009

Sejarah penglibatan diri ini ke kancah persilatan serta kenangan

Sekitar tahun 1991,sewaktu itu aku telah di sekolahkan di SSAS Telok Datok,dan pada masa itu juga akulah satu-satunya TIDAK menyertai apa-apa bidang kokurikulum...Bukan malas..tapi pada usia ini aku masih lagi blur...Hinggalah pada suatu hari,apabila aku melalui gelanggang badminton aku terlihat beberapa pelajar sedang menjalani latihan persilatan.Nama silat ini ialah KUNTA..agak pelik jugak namanya..tapi apabila orang dah mendalaminya,akan tahulah maksud setiap huruf KUNTA itu...aku harap ahli-ahli yang lain tidak lupa..Aku tertarik..niat dihati pada ketika itulah,adalah untuk mempelajari seni mempertahankan diri..Lagi pun yurannya adalah amat terendah sekali,RM2.27 sepanjang hayat....Dipendekkan cerita aku akhirnya diterima menjadi pelajar..masih kosong lagi pada ketika itu..

Lama-kelamaan ahli mula bertambah menjadi 6 orang,aku,Mohd Noor Jaafar (sekarang kat Maybank Banting),Khairul Yusri Yazid (sekarang di NSTP),Kamaredza Mizan (sekarang di Tabung Haji Tanjung Karang)Akhmal (arwah,beliau teribat dalam kemalangan)dan Bujal (nama samaran,lokasi,aku tidak dapat pastikan)..Kami pada ketika itu dilatih oleh Abang Shamsul (garang woo) dan sifu kami adalah Tuan Haji Rahmat...Dekat setahun lebih juga kami berlatih..hujan,panas..kami tempuhi juga...

Tahun 1992-1995,keahlian makin bertambah..dari beberapa orang menjadi 232 orang..kami lah otai..dan aku dipertanggungjawabkan untuk mengemudi pembelajaran dan pelajaran.Azam aku hendak membawa seni silat yang aku pelajari ini ke suatu tahap yang membanggakan.

Syukur,apa yang aku hajati dan pendamkan dan apa yang aku inginkan akhirnya menampakkan hasilnya apabila aku telah dilantik sebagai Jurulatih Kanan dan seterusnya aku mengembangkan sayap KUNTA ini dengan membuka cawangan di Daerah Klang..bermula sebagai mengadakan persembahan untuk orang-orang kahwin hinggalah membuat persembahan khas diraja untuk DYMM Sultan Selangor..Pada ketika ini,aku ada lebih kurang 30 pembantu jurulatih yang akan mengendalikan sesi latihan.Tapi,tanpa sokongan dari Tuan Haji Rahmat (yang kini aku panggil ayah),serta sahabat-sahabat aku,Mohd Noor,Khairul,Bulat,Kama dan arwah Akhmal....aku takkan berjaya melaksanakannya...

Sepanjang penglibatan aku dalam dunia ini,apa yang masih terpahat disanubari aku..sekitar tahun 1995..penyertaan ahli yang begitu menggalakkan membuatkan aku semakin bersemangat..sebut apa jua kejohanan silat olahraga,pasti aku akan menghantar pasukan aku.. walaupun bukan aku yang bertanding,namun apa yang aku serta sahabat-sahabat aku ajarkan kepada peserta,membuatkan...Aku PUAS!!!apabila peserta aku membawa pulang sekurang-kurangnya pingat Emas...

Namun aku tidak berhenti setakat itu sahaja,aku kembang dan kembangkan lagi sayap KUNTA dengan mendaftarkan persatuan aku ini di bawah Persekutuan Seni Silat Kebangsaan Negeri Selangor,dan diperingkat daerah Kuala Langat,aku telah dilantik selaku Penolong Setiausaha..di bawah bimbingan Arwahyarham Hamdan Tukiman.

Buat sahabat-sahabat serta ahli Persatuan Seni Silat KUNTA Malaysia,aku hanya dapat abadikan kenangan aku di dalam blog ini..Antara foto yang masih aku simpan buat tatapan keluarga aku,sahabat-sahabat aku serta rakan-rakan :-

(sebahagian dari pesilat KUNTA yang menghadiri Pra-Camping)

(Tok Guru,Ayah Guru serta Jurulatih Kanan & Pembantu Jurulatih)

(sesi mengecop logo KUNTA Malaysia)

(pembantu jurulatih wanita)

(sewaktu mengadakan persembahan)

ps: Salam kepada pesilat KUNTA,kunjungan ke blog saya anda amat dialu-alukan,dan saya berharap agar anda yang bergelar ahli KUNTA dapat menghubungi saya...

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...