Khamis, 10 Januari 2013

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH SEMUA

KENANGAN YANG ABADI

apa pun aku mulakan dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH kerana aku selamat menjalani pembedahan "kecil"tapi impak besar pada tanggal 8 Januari 2013 yang lalu..kini aku semakin pulih seperti sediakala..hanya menanti hari untuk aku buka jahitan.
Seumur hidup,inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam bilik pembedahan.
Jiwa dan raga aku sepenuhnya aku serahkan kepada DIA yang satu.Pelbagai macam perasaan timbul dan menghantui diri aku,namun aku bertawakal sahaja.Ada umur,jumpa lagi.
Tepat jam 7:07 pagi 8 Jan,aku ditemani oleh isteri serta anak-anak aku juga emak berangkat ke Pantai Hospital Klang...berdegup kencang jantung aku...915pagi..aku diarahkan untuk memakai pakaian rasmi..perghhh...menggetar lutut beb!
9.25pagi..suntikan bius diberi..perghhh aku ingat aku kebal..sebab tak rasa apa-apa pun..degupan jantung aku diperiksa,normal..darah tinggi..normal..semua normal...alhamdulillah..
9.30 pagi..masanya telah tiba..aku diusung ke bilik pembedahan..haaaa..ni aku dah cuak giler...tak sampai 5 minit,datang lagi sorang doktor,pakar bius lagi..cucuk kat tangan..perghh..aku hebat..aku still masih boleh tahan....dan aku.................................................................
hingga aku sedar sekitar jam 1225pm,aku ntah kat mana aku pun  tak tahu..yang aku tahu,,aku jerit..nak muntah...pastu aku tido balik..hahhahahaa
123pm,aku buka mata dan lihat anak,isteri serta mak ada disisi..Alhamdulillah...aku dah selamat rupanya dan aku masih diberikan kesempatan lihat alam ini disamping menambahkan amalan aku lagi..

SECARA PERIBADI,AKU UCAPKAN JUTAAAN TERIMA KASIH BUAT ISTERI,ANAK-ANAK,EMAK,ABANG-ABANG,KAKAK-KAKAK,ADIK,PAKCIK & MAKCIK,DATO'ZABIR,HJ.MUBIN,HJH HANIM,P3,PG,FADHLAH AFIF,MOHAMMAD KHAIRUL DATO'ABD.SAMAD, SERTA BARISAN KEPIMPINAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO KUALA LANGAT YANG SUDI MENZIARAHI AKU,
TIDAK AKU LUPAKAN JUGA BUAT SELURUH TEMAN-TEMAN FACEBOOK AKU YANG SENANTIASA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN AKU,

PENGHARGAAN AKU JUGA KEPADA DOKTOR IBRAHIM LAM YEAW FAH/DR GANESWARAN SERTA JURURAWAT DI DAY CARE HOSPITAL PANTAI KLANG.
FIRST CLASS!

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...