Isnin, 28 Januari 2013

PERJALANAN TERHAD-bahagian 1

Pengalaman Pertama "uruskan"sendiri..hehehe

Alhamdulillah..perancangan yang begitu singkat telah pun selamat dilalui..Hanya kerana bisikan "bawa mak ke Sabah"sewaktu aku selesai solat Maghrib di dalam Masjid As-Syarif,aku tanpa buang masa telah merealisasikannya pada tanggal 25-27 Januari 2013 lalu..Itu pun aku tak lihat kalender,walhal aku boleh bertolak pada sehari sebelum tu dan balik selepas tarikh tu..Namun..niat aku bukan untuk jalan-jalan,namun,niat aku satu,bawa mak untuk lihat keadaan abang ipar aku serta seluruh ahli keluarganya di sana,disamping ziarah sebelum mereka sekeluarga berangkat ke Tanah Suci Mekah insyaAllah pertengahan Febuari nanti..dan sambil bawa anak-anak aku merasai naik kapal terbang..
Duit boleh aku kumpul..namun pada hakikatnya,aku sehingga hari ini,masih terfikir apakah maksud "bisikan"tersebut..Namun..aku anggap ianya satu rahmat buat diri aku ini.
Betul ke kaunter ni?aku pun blur...
Alhamdulillah..ayah dah tunaikan hajat "adik"nak naik kapal terbang
X-cited nak jumpa cucu SABAH
2 beradik yang dah tak sabar nak naik kapal terbang
Yeah..masanya telah tiba

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...