Selasa, 13 November 2012

Ujian buat Abang As..kerana ALLAH sayangkan Abang

Merenung jauhh...inilah wajah abang ipar aku pada hari ini.ALHAMDULILLAH...

Memang tak pernah aku dengar yang abang ipar aku ni masuk hospital..tup-tup Jumaat lepas dimasukkan ke dalam Hospital Sipitang,Sabah..perghh..JUJUR aku katakan BERDERAU jugak darah aku.Manakan tidak..aku rasa semua makan-minum dikawal rapi..
Keadaan beliau pada Jumaat lalu.

Tapi..aku nak ziarah pun lokasinya agak jauh..namun sebagai seorang adik..doa yang mampu aku kirim kan buat beliau dan kepada kepada kakak aku serta anak-anaknya..DOA KALIAN LEBIH MUSTAJAB...
Bacalah doa ini:

لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ
“Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah.”[1]
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ ×7
“Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu

Sesungguhnya ianya satu bentuk ujian ALLAH kepada hambanya yang dikasihi.ALLAH sangat sayangkan hambanya... Kepada abang As..banyakkan rehat ye..Kami keluarga di Banting senantiasa mendoakan yang terbaik buat abang...

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...