Khamis, 1 November 2012

Cetusan Hamba MU...ampunkan aku....

Indah bukan..pabila mendengar muzik ini..sayu..pilu..namun adakah kita sekadar menghayatinya sahaja tanpa mengambil kira setiap bait-bait lirik yang kelihatan di skrin komputer atau laptop kita...Bagi aku..inilah muzik yang membuatkan diri aku TENANG dan tanpa aku sedari aku menitiskan air mata..Ya ALLAH..betapa kerdilnya aku..Betapa hinanya aku disisi Mu..Terlalu banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan..baik aku sedar mahupun tidak..Namun..aku hanya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan dosa.Ampunkanlah aku YA ALLAH..
Aku cuba lakukan yang terbaik untuk diri ini dan keluarga aku..Namun ada kala AKU TEWAS dengan bisikan Syaitan itu..YA ALLAH ampunkanlah aku..Aku tahu,aku tidak layak untuk masuk syurga Firdaus Mu itu..Namun Ya ALLAH AKU TAK SANGGUP menuju ke NERAKA JAHANNAM MU itu..Ampun aku..Ampunkanlah aku..
Melakukan sesuatu perkara yang baik,kadang-kala disalah erti oleh sesetengah pihak.Aku akuinya YA ALLAH...Aku sedang diuji oleh MU.Mahu atau TIDAK aku harus meneruskan apa jua rintangan serta halangan yang mendatang TANPA perlu menoleh kebelakang..Walaupun PERIT,walaupun PEDIH untuk menelannya..kerana ALLAH mengetahui segala apa yang berada di dalam jiwa dan raga aku kerana DIA yang menciptakan aku serta DIA YANG MENGILHAMKANNYA...
Sesungguhnya apa yang aku lakukan BUKANNYA kerana nak mencari nama,pangkat atau darjat..aku lakukan HANYA kerana ALLAH..Bukannya aku pandai,,bukannya aku bijak..NAMUN aku berusaha untuk jadi PANDAI dan BIJAK dengan cara dan kaedah aku yang tersendiri..
Sesungguhnya  KAU LEBIH MENGETAHUINYA...

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...