Jumaat, 23 November 2012

Adam dah dewasa..Ayah bangga...

ermm..masih segar dalam ingatan..namun setinggi-tinggi kesyukuran aku lafazkan pabila semuanya telah selamat..hati pada mulanya memang agak gelisah juga..namun Alhamdulillah...
Tanggal 20 November 2012 yang lalu..putera aku Arif Afif telah pun selamat dikhatankan di Klinik Adib,Banting.Dan sepanjang malam aku memang tak lena tidur dibuatnya,mengalahkan aku pulak yang nak berkhatan..nak gelak pun ada..namun itulah lumrah kehidupan dimuka bumi ini.
Tiba hari yang dinantikan..denyutan jantung aku kian kencang,namun secara jujur aku katakan,aku GAGAH kan juga..sampai aje diklinik..aku pun secara spontan serahkan ic aku kat nurse tu,aku nak jumpa doktor..
kan aku dah kata aku GEMURUH..mungkin sebab aku "teringat"kat arwah abah kot..sebesar Arif Afif aku tengok dengan mata kepala aku sendiri bagaimana keadaan abah ketika di hospital,sana sini ditebuk..mungkin sampai sekarang aku agak TIDAK BERANI untuk lihat semua tu hinggakan wife aku yang terpaksa temankan anak aku berkhatan..apakn daya..aku hanya insan biasa

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...