Ahad, 19 Februari 2012

AKU MEMANG HAPPY SANGAT






syukur alhamdulillah..hajat serta impian aku terlaksana pabila dapat mengumpulkan hampir ke semua barisan jawatankuasa Bengkel Tombo Ati 11 serta Kem G3 11 pada satu sesi jamuan makan malam "santai"sempena meraikan mereka-mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program aku semasa aku jadi penyelaras program tahun lalu..
Gamat benar suasana pada malam tadi..Mula-mula,aku hanya siapkan "table"untuk 15 orang sahaja,namun sambutan MEMANG LUAR BIASA..kepada yang hadir,aku secara peribadi,ingin merakamkan jutaan terima kasih..Menu takdelah sebest manapun,cuma mi jawa.sate,nasi lemak kepak dan sampingan lain..kira-kira nak dekat pukul 12 malam jugaklah.....
Terima kasih...kerana sudi serta rela menjadi salah seorang jawatankuasa aku sepanjang tempoh program dilaksanakan..Terima kasih kerana bertugas dengan baik dan cemerlang..Terima kasih di atas segala tunjuk ajar...Terima kasih di atas segala nasihat..Terima kasih di atas sumber kewangan yang diberikan dan macam-macam lagilah..terlaluerima banyak yang nak aku ucapkan terima kasih..
Kepada individu pula,aku ingin merakamkan ucapan terima kasih aku kepada,pertama sekali kepada Emak akulah,kerana berjaya didik aku jadi insan yang sebegini,walaupun tidak berpelajaran TINGGI,namun aku BERJAYA mengharumkan nama baik keluarga aku.
Terima kasih kepada isteri dan anak-anak aku,yang Insya Allah senantiasa faham dengan keadaan aku,yang kadang-kala kalau aku dapat "job"aku akan terperap dalam mini office aku..seharian..heheheheh..LOVE U ALL
Terima kasih kepada YDP KAB,ayahanada Dato'Dr.Hj.Zabir,kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menyelaraskan program-program tersebut,idea.material serta macam-macam lagilah...
Terima kasih kepada Pengerusi KAB serta isteri dan keluarga,alhamdulillah,tak pernah tak penuhi undangan aku,walau sesibuk manapun Tuan Pengerusi,namun beliau sedikit pun,tak pernah tolak untuk mendengar segala apa jua permasalahan aku..
Serta Terima Kasih buat SELURUHHHHHH warga kerja KAB...
Ampun dan Maaf,aku pinta,kalau sepanjang aku kendalikan program tersebut,sedikit sebanyak,telah mengganggu masa kalian.Semoga ALLAH berikan kelapangan kepada anda semua..
Owh yem,sebelum aku akhiri coretan aku,sekali lagi TERIMA KASIH aku ucapkan kepada mereka yang hadir pada malam tadi,Hj.Fathulmubin,Hjh Hanim,PP,PG,P3,Agus,Izan serta anak-anak,Eila,Yanto,Cikgu Hamid,Abang Nol,Kak Ton serta anak-anak,Amy,Kak Mas,Bulan Kayangan,Adood..sapa lagi yerr..tapi sememangnya aku harapkan kehadiran SEMUA AJK aku,namun mereka ada tugasan yang perlu dilaksanakan,dan aku memang berhasrat serta berharap kehadiran YDP sekali...

Sabtu, 18 Februari 2012

Perginya seorang insan...


Ajal maut.jodoh pertemuan semuannya di tangan Tuhan,kena hadapi dengan tabah dan tenang..Yang telah pergi,biarlah pergi,redha ajelah dengan ketentuan daripada Nya.Daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...
Coretan aku pada kali ini,bukan bermaksud apa-apa pun,cuma sekadar perkongsian cerita serta coretan peribadi aku sahaja.HIDAYAT,30 tahun yang aku kenali,merupakan seorang yang amat baik budi pekertinya,senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat serta mudah mesra dengan rakan-rakan,serta sanggup membantu tatkala raka-rakan menghadapi kesukaran.Ye..aku bercakap berdasarkan fakta sebenar,sejak aku kenali arwah,aku jarang dengar beliau mempunyai masalah dengan rakan-rakan.Selaku rakan serta selaku Ketua Pemuda,aku rasai akan kehilangannya semalam.
Sebut sahaja ada masalah elektrik,baik dirumah aku ataupun dirumah emak aku,Insya Allah,arwah pasti datang..namun setelah beliau pergi...aku tak tahu kat mana lagi aku nak cari pengganti seperti beliau...
Masakan tidak,aku petik suis lampu bilik,aku akan terpandang akan wajah dia,aku turun ke dapur,buka suis lagi,masih terpandang raut wajahnya yang senantiasa tersenyum...aku masih,ingat,sewaktu aku terlantar sakit hampir 1 bulan dahulu,kebetulan fius rumah aku terbakar,jam 12 tengah malam,beliau sedaya upaya menyelesaikan masalah aku..Itu yang aku tabik springg kat arwah..
Ye...semasa aku sampai ke pejabat semalam,tergerak dihati untuk melihat BB aku,ada mesej dari Whatapps..aku baca satu-persatu..Allahuakbar!Jantung aku bagaikan nak gugur..percaya atau tidak...Namun,aku istighfar banyak-banyak..aku masuk pejabat dan isi borang cuti.Aku bergegas ke Hospital Tanjung Karang..Di sana..aku lihat rakan arwah sahaja yang berada di situ..Bila aku tanya rakannya lagi,beliau maklumkan bahawa arwah berada di Hospital Daerah Sabak Bernam.Sebelum meninggalkan Hospital Tanjung Karang,aku terpaksa settlekan beberapa perkara lagi,berhubung dengan tonto-tonto yang aku rasa amat biadap sekali..Takpie..aku settlekan..
Akhirnya,aku tiba juga di Hospital Sabak Bernam,jenazah arwah sedang dimandikan.Alhamdulillah,detik hati aku.Cuaca pun redup sahaja..
Arwah meninggal pada hari Jumaat,selepas Solat SUBUH berjemaah pulak tu..Masya Allah...Rezeki arwah..Jenazah sampai di Banting,sebelum Asar,dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kanchong Darat berhampiran pusara arwah bapanya..
Banyak lagi aku nak tulis..tapi aku rasakan cukuplah..Kepada keluarga arwah..aku ucapkan takziah dan semoga rohnya dcucuri rahmat serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..Insya Allah...Al-Fatihah

Ahad, 12 Februari 2012

Saba Restaurant..

Dah lama tak dinner kat luar bersama adik-beradik ,plan yang diluar jangkaan.bila Ju ajak makan kat Tasik Putrajaya,aku terus kata,jommm,tapi kat Saba..perghhh..semua setuju.maklumlah,rindu kat nasi arab niii..

Jumaat, 3 Februari 2012

Abahhh

Tanggal 3 Feb 2012,maka genaplah 26 tahun arwah abah meninggalkan aku serta mak dan adik-beradik yang lain.Masih segar diingatan aku pada ketika dan saat arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir,pada ketika iti aku hanya berusia sekitar 8 tahun.Ye..8 tahun..masih kecil aku pada ketika itu.Aku lihat orang disekeliling aku,mengalirkan air mata,dan diruang tamu ada orang sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran..aku lihat ramai saudara mara aku datang,namun..aku masih tak mengerti..pagi yang dingin itu,tak seindah pagi-pagi sebelumnya..aku lihat,hanyalah tubuh abah yang sudah terbaring di atas katil..✗ bergerak..Makin lama,makin ramai orang..bila lihat orang nangis,aku pun nangis..arwah Wak Jadi,datang memeluk aku dengan erat sekali..namun aku masih ✗ mengerti.
Hari semakin cerah,aku lihat sebuah van bertulisan jawi,yang aku pun tak tau baca,maklumlah,tulisannya bersambung-sambung..kecik lagi masa tu,so,agak makan masa untuk mengeja..
Taklama kemudian,abah diusung masuk ke dalam van,maka,bermulalah perjalanan aku dan keluarga dari Kajang ke Kampung Halaman Abah di Olak Lempit.
Jalan lama memang berliku-liku..makan masa juga nak sampai ke Olak Lempit.
Maka kami pun sampai ke destinasi.Orang makin ram- orang..aku masih tak mengerti,aku lihat orang usung,mandi,pakaikan abah kain putih dan orang solatkan abah..Tiba-tiba ada suara memanggil aku,aku naik ke atas,dan aku nampak hanya muka abah aje,sorang demi sorang adik-beradik mengucup dahi abah..sampai giliran aku..
Maka akhirnya abah disemadikan..Barulah aku tahu,bahawa abah sudah tiada lagi..pergi tak kembali buat selama-lamanya...Al-fatihah

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...