Ahad, 19 Februari 2012
AKU MEMANG HAPPY SANGAT
syukur alhamdulillah..hajat serta impian aku terlaksana pabila dapat mengumpulkan hampir ke semua barisan jawatankuasa Bengkel Tombo Ati 11 serta Kem G3 11 pada satu sesi jamuan makan malam "santai"sempena meraikan mereka-mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program aku semasa aku jadi penyelaras program tahun lalu..
Gamat benar suasana pada malam tadi..Mula-mula,aku hanya siapkan "table"untuk 15 orang sahaja,namun sambutan MEMANG LUAR BIASA..kepada yang hadir,aku secara peribadi,ingin merakamkan jutaan terima kasih..Menu takdelah sebest manapun,cuma mi jawa.sate,nasi lemak kepak dan sampingan lain..kira-kira nak dekat pukul 12 malam jugaklah.....
Terima kasih...kerana sudi serta rela menjadi salah seorang jawatankuasa aku sepanjang tempoh program dilaksanakan..Terima kasih kerana bertugas dengan baik dan cemerlang..Terima kasih di atas segala tunjuk ajar...Terima kasih di atas segala nasihat..Terima kasih di atas sumber kewangan yang diberikan dan macam-macam lagilah..terlaluerima banyak yang nak aku ucapkan terima kasih..
Kepada individu pula,aku ingin merakamkan ucapan terima kasih aku kepada,pertama sekali kepada Emak akulah,kerana berjaya didik aku jadi insan yang sebegini,walaupun tidak berpelajaran TINGGI,namun aku BERJAYA mengharumkan nama baik keluarga aku.
Terima kasih kepada isteri dan anak-anak aku,yang Insya Allah senantiasa faham dengan keadaan aku,yang kadang-kala kalau aku dapat "job"aku akan terperap dalam mini office aku..seharian..heheheheh..LOVE U ALL
Terima kasih kepada YDP KAB,ayahanada Dato'Dr.Hj.Zabir,kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menyelaraskan program-program tersebut,idea.material serta macam-macam lagilah...
Terima kasih kepada Pengerusi KAB serta isteri dan keluarga,alhamdulillah,tak pernah tak penuhi undangan aku,walau sesibuk manapun Tuan Pengerusi,namun beliau sedikit pun,tak pernah tolak untuk mendengar segala apa jua permasalahan aku..
Serta Terima Kasih buat SELURUHHHHHH warga kerja KAB...
Ampun dan Maaf,aku pinta,kalau sepanjang aku kendalikan program tersebut,sedikit sebanyak,telah mengganggu masa kalian.Semoga ALLAH berikan kelapangan kepada anda semua..
Owh yem,sebelum aku akhiri coretan aku,sekali lagi TERIMA KASIH aku ucapkan kepada mereka yang hadir pada malam tadi,Hj.Fathulmubin,Hjh Hanim,PP,PG,P3,Agus,Izan serta anak-anak,Eila,Yanto,Cikgu Hamid,Abang Nol,Kak Ton serta anak-anak,Amy,Kak Mas,Bulan Kayangan,Adood..sapa lagi yerr..tapi sememangnya aku harapkan kehadiran SEMUA AJK aku,namun mereka ada tugasan yang perlu dilaksanakan,dan aku memang berhasrat serta berharap kehadiran YDP sekali...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan