Sabtu, 18 Februari 2012
Perginya seorang insan...
Ajal maut.jodoh pertemuan semuannya di tangan Tuhan,kena hadapi dengan tabah dan tenang..Yang telah pergi,biarlah pergi,redha ajelah dengan ketentuan daripada Nya.Daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...
Coretan aku pada kali ini,bukan bermaksud apa-apa pun,cuma sekadar perkongsian cerita serta coretan peribadi aku sahaja.HIDAYAT,30 tahun yang aku kenali,merupakan seorang yang amat baik budi pekertinya,senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat serta mudah mesra dengan rakan-rakan,serta sanggup membantu tatkala raka-rakan menghadapi kesukaran.Ye..aku bercakap berdasarkan fakta sebenar,sejak aku kenali arwah,aku jarang dengar beliau mempunyai masalah dengan rakan-rakan.Selaku rakan serta selaku Ketua Pemuda,aku rasai akan kehilangannya semalam.
Sebut sahaja ada masalah elektrik,baik dirumah aku ataupun dirumah emak aku,Insya Allah,arwah pasti datang..namun setelah beliau pergi...aku tak tahu kat mana lagi aku nak cari pengganti seperti beliau...
Masakan tidak,aku petik suis lampu bilik,aku akan terpandang akan wajah dia,aku turun ke dapur,buka suis lagi,masih terpandang raut wajahnya yang senantiasa tersenyum...aku masih,ingat,sewaktu aku terlantar sakit hampir 1 bulan dahulu,kebetulan fius rumah aku terbakar,jam 12 tengah malam,beliau sedaya upaya menyelesaikan masalah aku..Itu yang aku tabik springg kat arwah..
Ye...semasa aku sampai ke pejabat semalam,tergerak dihati untuk melihat BB aku,ada mesej dari Whatapps..aku baca satu-persatu..Allahuakbar!Jantung aku bagaikan nak gugur..percaya atau tidak...Namun,aku istighfar banyak-banyak..aku masuk pejabat dan isi borang cuti.Aku bergegas ke Hospital Tanjung Karang..Di sana..aku lihat rakan arwah sahaja yang berada di situ..Bila aku tanya rakannya lagi,beliau maklumkan bahawa arwah berada di Hospital Daerah Sabak Bernam.Sebelum meninggalkan Hospital Tanjung Karang,aku terpaksa settlekan beberapa perkara lagi,berhubung dengan tonto-tonto yang aku rasa amat biadap sekali..Takpie..aku settlekan..
Akhirnya,aku tiba juga di Hospital Sabak Bernam,jenazah arwah sedang dimandikan.Alhamdulillah,detik hati aku.Cuaca pun redup sahaja..
Arwah meninggal pada hari Jumaat,selepas Solat SUBUH berjemaah pulak tu..Masya Allah...Rezeki arwah..Jenazah sampai di Banting,sebelum Asar,dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kanchong Darat berhampiran pusara arwah bapanya..
Banyak lagi aku nak tulis..tapi aku rasakan cukuplah..Kepada keluarga arwah..aku ucapkan takziah dan semoga rohnya dcucuri rahmat serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..Insya Allah...Al-Fatihah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan