Khamis, 29 September 2011

Isi Hati-Part 3

Ye..aku masih mengharap serta mengharapkannya..saban hari aku merasakan amat perit dan pedih untuk aku tempuhinya.mati akal aku dibuatnya..hanya DIA sahaja yang tahu akan apa yang ada dalam sanubari aku ini..Kekuatan amat aku perlukan pada ketika ini..
Saban hari aku terus berdoa tanpa putus..aku harapkan agar apa yang berlaku ini akan berakhir dengan satu keindahan..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Isnin, 26 September 2011

Isi Hati Bahagian II

Masa terus berlalu dan berlalu..begitu cepat ia meninggalkan diriku tanpa menoleh kebelakang walaupun sesaat,namun hari-hari yang berlalu itu sedikit sebanyak pun ✗ mengubah akan apa yang aku pendam serta lalui ini.Saban hari,saban waktu,aku memikirkan bilakah ianya akan berakhir?bilakah ianya akan dapat berubah.aku..telah berusaha sedaya-upaya aku untuk memperbetulkan apa yang sewajarnya,namun..masih lagi belum menampakkan hasilnya..pelbagai cara,pelbagai formula telah aku lakukan,namun bukannya makin mudah..malah makin sukar.hendak ditelan..makin lama makin pahit serta perit..mahu tak mahu,kena harungi juga..apa nak dikata..mungkin suratan hidup ini..mungkin ujian bagi aku.Tapi sampai bila?sapa yang tak idamkan kehidupan yang sempurna..aku juga idamkannya..namun makin lama aku idamkan,makin sukar..makin sempit dan terhimpit..bukan aku mengeluh dengan apa yang aku alami..aku perlu mengubah sesuatu yang ✗ aku jumpa akan jawapannya..sindiran demi sindiran,memang aku laluinya..namun,apa kan daya.aku hanya mampu tersenyum,seolah-olah tiada apa yang berlaku..walhal air muka aku jatuh sejatuh-jatuhnya..kenapa tahun ini,begitu sukar?Ye,mungkin ianya ada sebab dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.Keajaiban yang aku harapkan masih belun tiba..masih belum nampak..aku semakin hari semakin tersepit dan terhimpit dengan situasi ini..namun,seperti yang aku katakan tadi,apa yang harus aku lakukan?sampai bila harus harap ihsan orang?cukuplah tahun ini sahaja aku berkeadaan seperti ini..tak sanggup rasanya saban malam memikirkan apa yang akan berlaku esok hari..keceriaan luaran ✗ semestinya menampakkan keceriaan dalaman..aku pasrah dan berserah kepada Mu sahaja..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 24 September 2011

aku dah lakukannya


Alhamdulillah..akhirnya anak-anak ini dapat juga memiliki bangunan merekan sendiri..wajah riang anak-anak itu terpancar jelas...aku..aku pun tumpang gembira juga..sedih pun ada,apa tah lagi bila anak-anak yang sepanjang aku jaga beberapa tahun lalu kini jauh di mata..ragam...memang macam-macam ragam serta pengalaman yang aku tempuhi.mungkin,setakat ini sahaja khidmat aku bersama mereka..namun aku telah tunaikan segala tanggungjawab aku..

Isnin, 19 September 2011

na na na..ghanu kita....


bukan nak menunjuk ye..paparan video ni hanya koleksi aku dan keluarga aku sahaja..sesekali bercuti..tentulah nak abadikannya..buat tatapan anak-cucu aku satu hari nanti..

Ahad, 11 September 2011

Isi Hati

Semakin hari semakin sukar..hendak ditelan,pahit juga yang dirasai.namun hakikatnya,kehidupan harus diteruskan.Adakah ini dugaan bagi aku?Adakah ini pembalasan atas dosa-dosaku didunia ini?nak mengadu..TAPI kat siapa?silap-silap apa yang aku adukan,akan memakan diri sendiri.Kekadang termenungku sendirian..sampai bila keadaan ini akan berlaku?Hari ini..boleh ku cari..esok?lusa?belum lagi aku ketemui jawapannya.Pasrah dan redha dengan ketentuan daripada Nya.
Dicaci,dihina serta diperli,sudah jadi asam-garam dalam kehidupan ini..ye..dalam situasi sebegini,nak buat macamanakan,terima ajelah.waktu malam,aku jadi runsing memikirkan apa yang akan terjadi esok hari pabila matahari mula menampakkan dirinya..begitulah rutin harian yang terpaksa aku lalui.rakan?ada yang faham,dan ada yang buat-buat tak faham.
Aku pernah terfikir untuk........tapi tak boleh teruskan..kerana apa?kerana kesannya adalah amat buruk sekali..namun,jika aku berjaya..maka selesailah akan segalanya.
Zahir nampak cantik dan sempurna,namun disebalik sempurnanya zahir,cantiknya zahir itu tersirat 1001 persoalan,kebimbangan di dalam batin.
Masih adakah peluang?Masih adakah harapan?Masih adakah ruang?
Bila?aku pun tak tahu,sampai bila..aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa..agar apa yang aku hajat..diperkenankan oleh Nya..usia makin meningkat..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 9 September 2011

Mudahnya mendapat pahala..

Foto ini sempat ku ambil sewaktu berada dalam kawasan Masjid di Port.Saban minggu abang ni ada kat lokasi ni,dengan berbekalkan sebotol minyak wangi "atar" beliau menghulurkan kepada setiap jemaah..Allahhuakbar!mulia sungguh hati abang ini..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Selasa, 6 September 2011

ABAH kirim surat...


sewaktu ada masa terluang...apa lagi yang akan aku lakukan selain dari ber FB,berblog..sudah pastinya aku akan mengemas pejabat mini aku..hahahaha..bukan apa,aku buat sepahmaku jugak lah yang kemas..dalam sibuk mengemas..aku terjumpa surat ini...aduhhh..mengalir airmata ku dibuatnya...bukan ditujukan kat aku pun,tapi kat abang aku...Azhan Hj. Mashod...apa pun,sedekahkanlah surah Fatihah serta pahalanya buat arwah abah....

Khamis, 1 September 2011

1 SYAWAL dan 1 ZAWAL







1 syawal...kali ini memberikan aku 1001 makna sepanjang hayat aku..namun aku bersyukur kerana aku telah diberi kesempatan untuk merayakannya sekali lagi pada tahun ini,biar pun terdapat suka-duka aku sepanjang 1 Syawal ini,namun aku simpan dan zip terus dalam benak sanubari aku,kali ini,aku takmau lagi bising-bising..takut orang kecik ati pulak..biarlah aku zip,sekurang-kurangnya sapa-sapa pun tak sakit ati dengan aku..apa pun,ampun dan maaf aku pinta dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki buat semua yang mengenali diri aku..namun percayalah,aku CUBA UNTUK JADI YANG TERBAIK..namun jika ITU telah ditetapkan kat aku,maka aku terima,namun JANGANlah perli atau hina aku sedemikian..gurauan tak semestinya buat kita suka...apa pun,AKU DAH MAAFKAN..

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...