Khamis, 24 Jun 2010

aduhai...



hari ni dah masuk seminggu aku buat laporan ke Majlis Daerah Kuala Langat,tentang longkang pecah dihadapan rumah aku..dan hingga kini TIADA sebarang tindakan diambil.Kenapa ye..jangan kata call,balas e-mail aku pun tak..Takkan sampai aku nak panggil wartawan kot!Takkan bila dah runtuh dan menyebabkan kemalangan baru nak ambil pandang kes-kes ni.Janganlah kira fahaman politik,fikirlah tentang keselamatan penduduk.Aku harap dapat jawapan dan tindakan segera dari pihak berwajib.Kok ye pun banyak aduan,sekurang-kurangnya balas atau maklumkanlah kat aku,"Encik,aduan Encik telah diterima dan pihak kami akan ........."kan sedap sikit aku dengar...
Kesabaran raknyat ada batasannya.Kami BAYAR cukai...

Laporan aku dibuat pada : 17 Jun 2010 jam 8:11 malam Rujukan:0076/06/10

4 ulasan:

Fadhlah berkata...

aku nak kata bengong buleh tak pada puak-puak nie...longkang yang tak patut repair di buatnya...longkang yang rosak dibiarkanya...dasar...!!!cukai pintu naik...dulu kata nak kurangkan 20 peratus...alik-alik naik sampai 50 peratus!ish....geram nie...

Hj.Zawalajam Hj.Mashod berkata...

tulah pasal..aku setuju dengan pendapat kau..lihat aje kat kawsan kita ni,bila hujan..apa yang terjadi?ada mereka ambil tahu..ni belum aku sentuh isu lain ni..aku pun geramkan..apa guna ada on-line system jika tak dipergunakan..CUKAI usah cakaplahhh

Has_mimi berkata...

nak pinjam statement fadlah - dlu kta nak kurangkn 20% tpi naik 50%.

Tunggu ahli majlis lluskn naik 100% baru boleh repair longkang kot....

Unknown berkata...

kak mimi:
السلام عليكم

mungkin jugak kot,,100% baru boleh repair...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...