Salam,semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang amat menyayat hati.Berita diterima dari laman FB aku yang dikirimkan oleh sepupu aku juga Amy Basri,thanks info tu..
Saudara ku ini telah menyahut panggilan Ilahi awal pagi semalam,menurut apa yang aku dengar,arwah meninggal sewaktu di dalam tidur.Masya Allah...sudah bahagian arwah..senang sungguh..arwah apa yang aku tahu,seorang yang peramah dan senang bergaul dengan rakan-rakan mahupun saudara-mara,dan baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada tanggal 9 Mac 2010 lalu,dan masih lagi menuntut di UiTM dan akan menamatkan pengajiannya pada November 2010 ini,Insya allah..Dan arwah juga tidak juga pernah ada sakit..
Al-fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Kepada Paman Mazlan dan Makcik Siti,salam takziah aku ucapkan,semoga tabah hadapi qada dan qadar ini..kerana Allah lebih menyayangi beliau.....
(gambar diambil dari FB arwah..maaf,TIADA sebarang niat apa pun,sekadar tatapan dan kenangan aku dan seluruh ahli keluargaku)..
1 ulasan:
sama2 jie...
aku pun dpt info dr kak donna...
btw, apa FB arwah?
dia guna nama apa?
Catat Ulasan