Ahad, 16 Ogos 2009

PHD?

Seawal jam 5.27 pagi tadi,aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa jiran aku di Kajang telah kembali ke rahmatullah.Maaf aku terpaksa rahsiakan namanya atas sebab-sebab yang tertentu.Jiran aku ini telah aku serta ahli keluarga aku sebagai keluarga.Sikap arwah serta ahli keluarganya membuatkan kami rapat hinggakan emak aku dianggap sebagai kakak.Bayangkanlah betapa intimnya hubungan kekeluargaan keluarga aku dan keluarga arwah.Budi baik arwah sekeluarga memang aku dan keluarga tidak dapat membalasnya.Sifatnya yang pemurah,mudah senyum membuatkan bukan sahaja aku dan keluarga senang mendampingi arwah serta keluarga malah jiran tetangga juga turut mengagumi keperibadian arwah.Pantang bagi arwah bila terdengar ada musibah atau ada keluarga yang berada dalam kesusahan,PASTI beliau sekeluarga akan  membantu...Aku sedikit terkilan kerana tidak dapat ziarah arwah.Bukan aku tak mahu pergi,kesihatan aku pada awal pagi ini AMAT tidak mengizikan.

Arwah seorang yang berjaya dalam kerjayanya hingga mampu membuka syarikatnya sendiri dan disegani oleh para pesaing.Biasalah lumrah kehidupan kita yang bergelar manusia ini.Pasti mempunyai P.H.D atau sinonim dengan "Perasaan Hasad Dengki".Sejak arwah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan,ada dikalangan para sahabat mahupun pesaingnya yang TIDAK berpuas hati.Mulalah melakukan perkara-perkara terkutuk dan dilaknat oleh Allah.Bukan aku nak katalahkan..tapi hakikatnya memang begitulah manusia terutama bangsa aku sendiri..Arwah sekeluarga pernah diuji namun arwah sekeluarga tabah dan tenang hadapi dugaan ini.Sejak kebelakangan ini,arwah diberi satu lagi ujian hingga terlantar sakit dan pada hari ini arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Qada dan Qadar telah ditentukan oleh Nya...Allah lebih menyayangi arwah dari kita semua.

Al-Fatihah..

Bukan nak percaya kepada benda-benda kurafat ini..namun secara logiknya,arwah tidak pernah dikhabarkan hidap sebarang penyakit..Entahlah aku hairan dengan golongan-golongan PHD ini..tak boleh tengok ada orang berjaya sedikit,mulalah lakukan perkara yang tak elok.Tak takut azab ke agaknya mereka ini.Mereka ini ingat boleh lepas dari azab ke??

7 ulasan:

azhaN berkata...

Sebagai orang yang pertama di sapa oleh keluarga arwah (tahun 1984) aku memang admire kelembutan, keikhlasan, dan sifat tawadduk allahyarham.

Allahyarham juga menggalakkan aku menyambung pelajaran - siap bagi hints, tips n contact persons.

Aku melihat jasa keluarga allahyarham kepada kami, especially setelah Abah menginggal dunia - hampir tiada bezanya dengan apa yang kami terima dari pakcik2 / paman2 / makcik2 'kandung'.

Takkan ku lupa, bila melihat allahyarham tersenyum & tergelak(dalam kesakitan) ketika melayan keletah anak2ku bermain.

Kepulangannya, ku iringi dengan redha. Kerana aku tahu, tempatnya ditetapkan bersama2 roh2 orang soleh.

Terima Kasih tak terhingga Pakcik.... al-fatihah

gemagong berkata...

takziah buat keluarga makcik..moga allah menempatkan pakcik di tempat orang beriman insaalalah

Umar Abdul Wahab berkata...

Semalam pagi saya ke kubur Arwah, membaca Yassin dan tahlil buat arwah yg telah meninggalkan kita.. Terasa sungguh hening dan sunyi, kehilangannya sangat terasa bila menjejaki rumahnya.. biasa kedatangan sesiapa sahaja ke rumah arwah tak pernah tidak meraikan kita semua.. Walaupun tiada hubungan darah dengan beliau, tetapi ukhuwwah fillah yg wujud antara hamba2 Allah itu menambat hati muslim dan mukmin untuk berukhuwwah lillahita'ala..

Ya Rabbi, kurniakan pengampunan buat arwah.. masukkannya ke dalam golongan orang2 mukmin dan soleh..

AL Fatihah.
Abu Ammar

achon berkata...

Aku termenung sekejap bila dapat berita sebab memang niat nak jumpa pakcik petangnya tapi dia lebih dulu pergi.... Betul kata Abu Ammar, biarpun kita tidak ada pertalian darah dengan beliau apa tah lagi dengan makcik tapi hubungan kita kekadang lebih dari macam keluarga dekat. Jasa pakcik tetap di sanubari hingga ke akhir hayatku. Senyum dan tawanya masih terbayang di mata biarpun dia derita.... Pada adik-adikku sekelian, biarpun pakcik dah tak ada harap hubungan dengan makcik
tak kan putus. Buatlah macam seperti adanya pakcik dulu....Moga pakcik ditempatkan dengan orang-orang yang solleh. Al-fatehah untuk pakcik... Amin
-Pak Long Achon

tanjung berkata...

Salam,
terlalu banyak kenagan dengan keluarga ini. Hampir mustahil untuk orang lain percaya tentang hubungan kami sekeluarga dengan keluarga istimewa ini. Keikhlasan, kasih sayang dan keakraban yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Bagi aku, makciklah penghubung antara aku dengan pakcik. Tidak pernah sekalipun aku mendengar pakcik menolak untuk menghantar ke balik ke UKM. Pakcik dgn rela hati datang ziarah aku n kawan2 di Maahad Hamidiah pada waktu malam. Malah, sewaktu di Kolej MARA pun, sebulan sekali pasti keluarga ini menziarahku.
Pakcik sangat suka bergurau dengan Imran dan Imran pula tidak pernah malu untuk memeluk Tok Syah nya. Mengalir airmata ku bila Imran kata, "nanti adik jumpa Tok Syah di syurga". Dan anak kecil yang tiada sebarang perhubngan darah ini, tidak kekok untuk mengucup jenazah arwah yang dianggapnya seperti atok sendiri.
Kelembutan dan senang untuk berbincang adalah kelebihan arwah. Kami kehilangan permata. Walaupun permata ini milik orang lain, tetapi permata inilah yang selalu memberi sinarnya kepada kami.
Kepada kekanda2 yang lain, 23 tahun dulu, kita kehilangan abah, tetapi tatkala itu, aku hanya anak kecil yang betanyakan bila abah akan pulang.Aku jarang menangis kerananya. Tetapi, sehingga hari ini, aku masih menangis atas kehilangan pakcik yang kita sayang. Semoga Allah memcucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang2 yg beiman dan beramal soleh.

Unknown berkata...

Terima kasih semua.Insya Allah akan aku terbitkan 1 peninggalan arwah untuk tatapan kita semua.Setiap hari bila aku lalu,akan aku pandang peninggalannya itu..nantikan..

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah untuk pakcik awak.Semoga Allah SWT memberikan BALASAN kepada mereka yang bersalah.AMIN.

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...