Ahad, 26 Ogos 2012

Selamat Hari Lahir Emak..

66 tahun..ye itulah usia bonda aku yang genap pada tanggal 26 Ogos 2012 iaitu pada hari ini.Syukur alhamdulillah keran Allah masih panjangkan usianya.Alhamdulillah Allah masih berikan beliau kesihatan yang baik.Alhamdulillah,Allah masih berikan kesempatan untuk kami adik-beradik mempunyai seorang emak..tempat aku serta adik-beradik bermanja..
Aku..aku bukannya seorang anak yang terbaik namun aku sedaya upaya menjadi yang terbaik buat emak..aku..aku tak berpelajaran tinggi menggunung,namun aku boleh berbangga kerana aku dapat menabur bakti kepada semua insan.Sejuk perut mak hendaknya..
Apa yang mampu aku lakukan..aku hanya mampu mendoakannya setiap hari selepas solat..dan aku mampu melakar senyuman indah untuk aku abadikan di dalam sejarah hidup aku buat selamanya..peristiwa membawa mak menunaikan umrah dan haji..memang tak dapat aku lupakan..
Ya Allah,dihari yang penuh bermakna ini,insan kerdil ini menadah tangan kepadaMu,memohon agar Kau ampunkanlah segala dosa emak aku,dosa yang kecil mahupun yang besar,dosa yang beliau ketahui atau tidak diketahuinya..Ya Allah..kau panjangkanlah usia emak aku ini Ya Allah..panjangkanlah usia beliau Ya Allah..agar aku serta adik-beradik aku dapat membalas segala penat lelah beliau membesar,mendidik aku serta adik-beradik aku selama ini,Kau berikanlah kesihatan yang sebaik-baiknya kepafa beliau Ya Allah..Kau luaskan serta lapangkan rezeki beliau Ya Allah..sesungguhnya terlalu banyak yang beliau tanggung demi membesarkan kami Ya Allah..Aku tahu aku bukanlah anak yang baik Ya Allah..namun aku sedaya upaya menjadi anak yang terbaik untuk dirinya Ya Robb..
Ya Allah,sekiranya takdirMu menentukan beliau kembali menemuiMu,aku pohon disaat ini,agar janganlah Kau seksa beliau,masukkan beliau ke syurgaMu tanpa dihitung oleh Mu Ya Allah..Kau berkatilah dan rahmatilah beliau Ya Allah di dunia dan diakhirat...
Aminnn
Mak,selamat hari lahir...sayang mak dunia dan akhirat.





Hj Zawalajam Hj Mashod
0102318581/0172037472

Tiada ulasan:

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil ga...