Selasa, 31 Julai 2012

peristiwa subuh....

peristiwa ini aku alaminya sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh bersama jemaah lain di masjid as-syarif hari ni.
selesai solat,timbalan nazir menghampiri serta memaklumkan kepada aku terdapat seorang lelaki tidur diberanda luar walhal pada ketika itu azan Subuh telah berkumandang diudara dan kami telah pun selesai menunaikan..hairankan..
aku seterusnya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan lanjutan.
sewaktu melangkah keluar aku nampak lelaki tua berbaju merah itu sedang mengambil wuduk..lantas aku biarkan sahaja,sambil tu aku duk perhatikan dia ni datang naik apa,dengan sapa..setelah aku puas hati aku toleh ke belakang..perghh aku ngatkan dia terus solat Subuh..rupanya takk..dia keluarkan senaskah Quran yang dah lusuh..tapi dia tak baca pun..asyik.membelek satu risalah promosi Aidil Fitrri...lama juga dia tenung..
aku pun tengok jam...alamak dah  lewat nak g kerja ni..lantas aku pergi ke arah orang tua tu lalu aku berikan salam dan menghulurkan tangan...
hahha..boleh dia kata
"Apa ni..nak.minta sedekah ke"
perghh...aku senyum lalu aku kata! "aku nak bersalaman dengan kau" dia jawab.."hang tak payah nak salam aku
...."hahahaha...aku hanya tersenyum dan beredar..kalau orang lain memang dah lama dah....
Allah Maha Mengetahui...

Hj Zawalajam Hj Mashod

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...