Ahad, 18 Julai 2010

17-07-2010

(gandingan yang mantap)
(hasil kerja putera aku)
(merenung jauh..)
seharian menghabiskan masa di balai raya,hadiri serta memantau perjalanan program sambutan hari perpeduan peringkat kawasan rukun tetangga telok datok.dari pagi hingga ke malam.sambutan bolehlah tahan.oprogram berjaya dilaksanakan.walaupun penat,namun aku puas.kerja sukarela paham-paham ajelah..masing-masing nak tunjukkan ke'power'an mereka.nak tegur orang-orang 'lama',telan ajelah,kalau ikutkan hati,mau aku tinggalkan aje program ni.penat dapat,kena marah pun dapat,nilah yang sukarnya jadi pemimpin,camtu gak agaknya masa zaman Nabi,malah lebih teruk lagi.pandai cakap tapi perlaksanaan tiada,begitu juga nak nampak batang hidung pun susah.
berbalik semula tentang program ni,anggaran perbelanjaan kasar adalah dalam 6ribu.berbaloi ke?entahlah,aku tak mau komen,keputusan mesyuarat.hehehe.program banyak diatur untuk semua bangsa,agama dan usia,terus-terang aku katakan tak ramai,bila tak buat program,kata tak buat,bila dah buat..mmmmm tak datang,janganlah kira fahaman politik,ni bukan majlis politik,ni majlis untukpenduduk.tak paham betul aku dengan mereka ni.namun aku ucapkan tahniah dan syabas kepada team srs aku..yang terdiri dari kalangan muda-muda lagi,pasal yang atasan semua dah otai,kerja tip-top.agak-agak akulah,kalaulah aku dan rakan tak join..apalah yang terjadi ye..hahaha,bukan riak atau takbur,cuma nak ingatkan mereka ni,jangan sesuka hati membantai kami.oh ye,program kali ni juga,aku undang penghuni rumah asnaf,seronoknya mereka..
tahniah juga kepada emak aku,dapat no 1 dan 2 dalam pertandingan membuat kuih puding,memang handal..begitu juga dengan isteri aku,dapat no 3 dan puteraku dapat no 4,bolehlah dikatakan,masa penyampaian hadiah tu,lepas aku,aku lagi..hahaha,
mmm,banyak jugak gambar yang aku ambil,maklumlah blogger,dan aku tak suka ambil gambar bila orang dah ready,aku suka spontan aje,suka lihat riak wajah orang,namun sayang,memory card aku dah kena jangkitan..hilang semuanya.
dan dikesempatan ini juga salam taklziah aku tujukan buat abang ipas aku yang kat sabah,di atas pemergian ahli keluarganya,dan salam takziah juga buat Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Langat,di atas pemergian ayahandanya.
kepada semua rakan yang beri sokongan,terima kasih diucapkan.

2 ulasan:

belacan berkata...

Assalamu'alaikum wbt Haji

aku siap dah boleh bayangkan kekecohan bila nko jadi "guard" nie.. sure ramai yg pecah perut puna.. tros teringat kenangan terindah kita masa sama2 membantu warga Haji/Hajah lain mencari khemah mereka di Padang Arafah dlm mlm yg gelap, lepas hujan lebat an takde letrik tu.. mmg gandingan mantap masa tu... Alhamdulillah

Hj.Zawalajam Hj.Mashod berkata...

Wsalam Ya Hajj..
ye lah,pengalaman yang amat berharga bila kita berdua jadi "guard" di Padang Arafah.Lucu pun ada,mudah-mudahan amalan kita diterima.

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...