Jumaat, 28 Mei 2010

7 tahun dah..aku sayang kepadamu..


Tanggal 31hb Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna dalam kehidupan aku dan keluarga aku,dimana pada tarikh inilah aku bergelar suami kepada isteriku Rafidah binti Haji Damirin..dan syukur alhamdulillah hingga tahun ini genaplah usia pernikahan kami yang ke 7 tahun.Dan di usia ini syukur alhamdulillah juga kami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata,putera dan puteri.
Aku akui,sepanjang usia pernikahan kami ini banyak onak ranjau telah kami tempuhi bersama.Suka dan Duka telah kami harungi bersama,tapi apa yang paling perit dan pedih yang pernah kami alami sewaktu peristiwa 13 Mei 2005 lalu,sungguh hebat isteriku ini mendapat ujian dari Allah..tapi itu semua menambahkan lagi kekuatan diri aku serta isteriku.
Kami bahagia dengan apa yang ada dan kami bersyukur kepada Allah.Biarlah apa orang nak"kata" apa,yang penting kami bahagia.
Tahun 2009.isteri aku diuji lagi oleh Allah,apabila aku telah dijemput menjadi tetamu Allah.Namun segala pengorbanan yang diberikan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

1 ulasan:

Zila berkata...

Salam abg Zawal...

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... Amin... Semoga dimurahkan rezeki dan menjadi suami yang soleh dan isteri jadi isteri yang solehah. Alhamdulillah sebab dah jadi haji skrg. Kena la panggil tuan haji lpsni...he..he..he... Tq sebab join blog saya. Kalau senang tolong inform member kat ccmc yg lain. Kirim salam kat diorg okey..Tq sekali lagi...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...