Salam..Maaf lama tak update blog ni..Sibuk "rewang" kat kampung..almaklumlah dapat biras lagi.Syukur Alhamdulillah...Semuanya berjalan dengan baik sekali.Biasa dan adatlah tak lengkap sesuatu majlis tu tanpa ada keterlebihan mahupun kekurangan...Apa pun aku sebagai menantu pohon kemaafanlah.Tak lupa juga terima kasih buat adik beradik aku yang hadir pada hari berkenaan...kepada Fadhlah dan Sathes,maaflah,bukan tak mahu jemput,tapi saya fikirkan tengah cuti sekolah ni,anda berdua tentu dah rancang nak berjalan-jalan,nanti bila saya jemput hukumnya wajib untuk hadir..tapi bila tak hadir tentu anda rasa bersalah..apa pun terima kasih..
Majlis pernikahan adik ipar aku ini dijalankan pada 30 Mei 2009 yang lalu di Tanjung Sepat.Ramai juga yang hadir..Pernikahan dilangsungkan di Masjid Tanjung Sepat.
Dengan sekali lafaz dan tenang,maka SAH lah Reduan menjadi milik Fazlina.Tahniah aku serta keluarga ku ucapkan.
30 Mei-2009
(masa ni dikira bakal pengantin...tengah minum air penerang hati yang khas aku buatkan)
(antara barang hantaran dari pihak lelaki..bini aku yang buat ni..hehehe)
(sebelum berangkat..doa dipohon,agar majlis berjalan dengan lancar)
(antara orang kuat..merangkap Bendahari Persatuan Biras-Biras Haji Damirin - Hajjah Jemaah)
(Haji Sirat sedang membacakan doa sambil di aminkan oleh Pengerusi Persatuan Biras Haji Damirin-Hajjah Jemaah..Amin...)
(masjid dimana berlangsungnya upacara akad nikah)
(ibu mertuaku sedang berbincang sesuatu dengan kaum keluarga..kak long pun turut serta)
(ketibaan rombongan pengantin perempuan)
(hehehe..pengantin perempuan semacam aje..lihat ibu mertuaku cool aje..)
(masa yang ditunggu-tunggu telah tiba....maka selepas solat asar bersaksikan seluruh kaum keluarga dengan rasminya Reduan menjadi suami kepada Nor Fazlina,Tahniah)
DARI PENGERUSI dan EXCO PERSATUAN BIRAS-BIRAS
INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT PENGANTIN BARU..
(klik foto untuk lebih jelas lagi)
++UNTUK FOTO LAIN..NANTIKAN KELUARANNYA DIKOLEKSI BLOG++
1 ulasan:
ish2..ko jawatan apa dlm tu?
Catat Ulasan