Ahad, 28 Jun 2009

akhirnya...


Syukur ke hadrat Ilahi..apa yang aku rancang akan terlaksana jua.Julung-julung kalinya program yang aku anggap kecil aje nak buat,akhirnya menjadi besar..Program apa??Program pelancaran Rakan Cops & Community Policing serta kempen Kesedaran Cegah Jenayah..

Program ini telah ditugaskan atau dipertanggungjawab ke atas bahu aku oleh pihak JP Kuala Langat (Jaksa Pendamai),tak sangka paper work aku telah dibawa ke peringkat Negeri Selangor dan telah DILULUSKAN penganjurannya.Makan masa jua..tapi kesabaran aku berbaloi juga akhirnya..paper work itu telah diajukan kepada Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Langat.

Bincang punya bincang akhirnya BERJAYA.....Bukan sahaja PDRM yang terlibat,banyak lagi agensi yang turut serta..Apa yang buat aku gembira buat julung kalinya kereta peronda PDRM yang baru itu akan dipamerkan untuk tatapan umum.

Bila? Pada 18 Julai 2009 ( SABTU ) bermula seawal 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Tesco Banting..

Sudi-sudikanlah ye datang..bawalah kaum family...

Dikesempatan ini aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Ybhg Tuan Haji Mohd Yunus,selaku Pengerusi JP Kuala Langat kerana telah memberi kepercayaan kepada aku.Tidak lupa jua buat Tuan Ketua Polis Kuala Langat yang telah memberikan sokongan padu kepada aku dan team aku..Tak lupa juga brother Mohd Khairul...yang awal-awal pagi lagi dah terpacak kat IPD Kuala Langat untuk bermesyuarat...dan rakan-rakan SRS...Apa pun doakan agar apa yang dirancang ini berjaya..

Tentu Arwah abah bangga dengan aku kan...Tentu emak pun sama...Family pun sama....Ini aje yang dapat aku buat untuk harumkan nama keluarga aku..Bukan nak bangga,tapi aku puas dengan apa yang aku buat bukabn untuk aku sorang malah seluruh masyarakat di sekeliling aku..Jumpa di sana.....

5 ulasan:

Fadhlah berkata...

aku pon bangga

DZB165 berkata...

Kami memang bangga atas kejayaan.
Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan adalah pepatah Melayu yang tepat.Ada banyak cara kita boleh perihatin dan berjasa kepada agama dan masyarakat,mengikut keupayaan dan keminatan kita.Anda telah buktikan anda "wira" yang jadi kebangggaan keluarga Ab.Syabas dan semoga Allah berkati,rahmati dan sinari hati anda dengan lintasan2yang suci murrni.Amin.Paman.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih paman..akan lakukan yang terbaik untuk semua..belajar dari paman juga

Mieds berkata...

Salam G

kitaorg seklrga pun pun tumpang bangga gak.

Tahniah n all the best!

Tanpa Nama berkata...

to mieds and family..tq

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...