Jumaat, 1 Mei 2009

Akhirnya..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Syukur Al-hamdulillah.satu pertemuan dengan bekas2 pelatih Perguruan Seni Silat Kunta Malaysia,telah diadakan pada malam tadi di McDonald,Banting.Tujuan,kami semua ingin bersatu kembali demi melatih serta melahirkan lebih ramai lagi pesilat khusus kepada anak bangsa kami.Sasaran kami adalah disekolah.Maka,kami telah membincangkan dengan panjang lebar agar sekolah kami dahulu,dimana tertubuhnya seni silat ini,dijadikan pusat latihan.Banyak yang perlu lakukan.Bagaimana hendak mencari dana demi menjayakan aktiviti ini,bagaimana dengan sambutan dari kalangan para pelajar,bagaimana dengan sambutan dari pihak sekolah terbabit...dalam erti kata lain,kami kena buat persediaan yang rapi demi mencapai matlamat ini.Maka dengan itu,satu kertas kerja akan dibentangkan kepada Yang Di-Pertua Perguruan Seni Silat Kunta Malaysia iaitu Ybhg Ayahanda Tuan Haji Rahmat,bagaimana kami hendak lakukan aktiviti ini...
Kami juga sedang mengesan para jurulatih2 kami yang berada di dalam atau di luar Malaysia,agar bersama-sama dengan kami semula...al maklumlah kerjaya mereka yang buatkan mereka ini terpaksa berjauhan dan terputus hubungan..antara yang hadir dan sempat aku rakamkan fotonya adalah:-
(Saudara Omar,sekarang ni dah berjaya dah..tokey kilang kerepek dan bahulu..)
(Saudara Salimin,tokey forklift..tengoklah tu makan kentang goreng pun ada gaya)
Apapun,aku amat berharap agar cita-cita aku akan tercapai.Kerjasama dari rakan-rakan amatlah diperlukan demi menjayakannya.Mudah2an Allah memberkati usaha dan niat kami yang murni ini..Aminnn

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...