Alhamdulillah,
Masih
diberi kepercayaan dan mandat untuk meneruskan perjuangan.Walaupun telah
beberapa kali menolak namun akhirnya aku akur juga dengan keputusan. Bukan
hendak mendabik dada denga n jawatan ini, jawatan yang amat berat untuk dipikul
dan jawatan yang membuatkan aku sendiri terpaksa berfikir lebih daripada
kebiasaannya.
Namun,
semua itu harus aku tempuhi juga. Buat masa ini, perancangan aku hanyalah 1
iaitu “KEJAYAAN”. Kejayaan yang pelbagai sudut dan bentuk. Sasaran aku tidak
terlalu tinggi namun aku berhasrat agar kejayaan itu adalah kejayaan yang
paling manis dalam pentadbiran aku. Aku mula mengolah segala aspek
pembelajaran. Dari tahun 1 hingga tahun
6. Yang paling utama adalah tahun 5 dan 6. Tumpuan akan diberikan sepenuhnya.
Aku mula merangka pelbagai aktiviti, pelbagai kemudahan untuk anak-anak ini.
Jikalau
tahun 2013 aku berjaya membuatkan susur gajah dan mengadakan Wi-Fi, namun tahun
2014 ini aku mula fikirkan mengenai aspek lain pula. Seperti kata aku tadi, aku
nak KEJAYAAN.
Paling
TIDAK 5 pelajar tahun 6 atau minima 1 orang pelajar mendapat keputusan yang
amat memberangsangkan.
Mentadbir
sekolah agama ini berbeza dengan mentadbir sekolah kebangsaan. Salah satu
cabaran yang perlu aku hadapi ialah kewangan. Sekolah Agama ini TIDAK
mendapat peruntukan daripada mana-mana,
maka, pandai-pandailah aku untuk mencari dananya. Adakala dari poket sendiri.
Boleh
dikatakan anak aku bukan 2 orang malah ada 131 orang lagi yang memerlukan
pembelajaran yang sempurna.
Antara
program yang aku Nampak untuk dilaksanakan dengan kadar segera:-
Bulan
|
Program
|
Mei 2014
|
Motivasi tahun 4,5,6- Hadapi peperiksaan
|
Sambil itu,aku cuba mengenal pasti punca-punca
anak-anak ini GAGAL:
- KURANG MEMBACA
- KURANG ATAU TIDAK MENGULANG KAJI PELAJARAN
- KURANG MEMBERI TUMPUAN
- SUKA PONTENG
- TIDAK TAHU TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan