Sesuatu yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya.. suka atau tidak, sebagai hamba yang hina dina ini harus terima tatkala kekadang pahit juga untuk menelan dan ditelan demi sebuah kehidupan yang tidak ada penghujungnya. Saban kali diuji dan diuji.. adakala hati merintih bersendirian memikirkan apa yang telah terjadi.. namun doa.. doa dan doa tetap dipanjatkan kepadaMu agar dihilangkan akan segala permasalahan duniawi ini.. menanti dan terus menanti.. aku akui adakala jiwa kecil ku ni goyah dengan apa yang berlaku.. namun ianya tidak membantutkan kehidupan aku..
Namun benarlah apa yang aku dengar...jikalau kita memberi sedikit rezeki kita kepada orang.. nescaya rezeki kita tidak akan berkurangan.. malah ianya lebih daripada apa yang kita hulurkan. Dan ternyata ianya berlaku kepada diri aku kini.. Alhamdulillah.. aku sudah boleh tersenyum dan tersenyum dengan apa yang telah dikurniakan kepada aku.. bukan mendabik dada dengan apa yang ada..namun ianya satu kepuasan buat aku dan keluarga.. dan ku berharap agar aku tidak alpa dengan apa yang aku perolehi ini.. pengajaran membuatkan aku kenal erti kehidupan..kisah lampau tidak akan aku ulangi. Biarlah menjadi sejarah dalam hidup aku.. dan aku berazam.. selagi aku mampu.. selagi itu aku akan membantu.. bukan ganjaran duniawi ku cari namun ganjaran akhirat yang aku nanti.. namun disebalik semua ini.. pasti akan kedengaran bunyi-bunyian yang pastinya todak enak untuk didengari.. namun.. aku rasa selagi aku tak susahkan mereka selagi itu aku akan lakukan ini kerana AKU ADALAH AKU...
Hj Zawalajam Hj Mashod
Tiada ulasan:
Catat Ulasan