Jumaat, 25 Mei 2012

Kisah selipar

Seperti kebiasaan,sebaik sahaja selesai solat Jumaat,aku akan ke kedai berhampiran untuk mencari sesuatu bagi mengalas perut..perghh ramainya orang beratur dikaunter,sepanjang aku beratur,mata aku tertumpu kat seorang lelaki tua yang aku aku agak mungkin dari Bangladesh,mengikut cara pakaian aku yakin bahawa dia memang dari Bangladesh,aku perhatikan dari atas sampai ke bawah,laa,tak berkasut,patutlah beriya-iya nak beli selipar.
Kesian jugak aku melihatnya,mungkin orang dah rembat seliparnya kot..bila sampai kat kaunter,budak pompuan tu menyatakan harga selipar tu rm10.++.beriya-iya juga orang tua tu mengeluarkan wang kertaa warna merah,tapi budak kaunter tu kata tak cukup,maka terkial-kial juga orang tua tu menyeluk begnya..sementara itu,budak kaunter ni dah sedikit merungut,yelah,orang dah ramai beratur...
Maka,aku pun cakap kat budak tu,takpe,aku selesaikan,lalu aku bayar selipar orang tua tu,dan aku pun berlalu sahaja,budak kaunter tu pun hulurkan selipar tersebut kat orang tua tu.dari jauh,aku lihat orang tua tu masih terpinga-pinga dan menafah tangan kesyukuran.Alhamdulillah...aku pun hanya mampu tersenyum dan amin kan apa jua doa yang dibaca oleh orang tua itu..
Alhamdulillah..





Sent from my Samsung Galaxy Tab

2 ulasan:

S-a-B-r-I-n-A berkata...

G, sometimes tolong orang yg susah tapi tak meminta-minta ni rasa lebih puas hati kan? bukan lah kiter byk duit pun, but some how, the feeling is different..

Ain Yoli berkata...

Ibu suka buat macam ni, giving without questioning, lagi pun dah standard kita memberi, dulu muda kita menerima, dah keje kita berkongsi apa jer then dah tua sikit aje, masa untuk memberi without questioning. syabas amoi.

Seronok kan jadi muslim.

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...