Selasa, 16 Ogos 2011

ikhlas dari hati

ermmm...zaman sekarang ni bukan mudah untuk mencari kawan yang benar-benar kawan..kawan yang susah sama-sama susah,senang,sama-sama senang.syukur,diketemukan dengan kawan jenis ini.bukan "membodek" atau apa jua..tapi inilah realiti kehidupan ini.waktu jatuh,masih lagi ada insan yang sudi jatuh bersama,bukan takat tu aje,malah siap beri tongkat untuk berdiri dan bangun kembali.istilah rakan atau kawan aku rasa tak sesuai untuk digunakan,insan sebegini layak aku gelar sebagai sahabat,tu bagi akulah,kerana dalam kehidupan aku,aku kategorikan 3 jenis,kawan,rakan dan sahabat.
dari bermulanya dahulu seorang kawan,bertukar kepada rakan,dan semenjak kebelakangan ini menjadi sahabat.sewaktu aku ditimpa musibah,sahabat inilah yang tak jemu-jemu menjenguk aku,hulurkan bantuan,baik hantar aku terima rawatan hinggalah adakalanya kewangan.
tak perlulah aku paparkan namanya disini,biarlah Allah swt sahaja yang tahu..budi baiknya selama menjadi sahabat aku,tidak dapat aku balas dengan apa jua yang ada dimuka bumi ini.Aku hanya mampu doakan agar sahabat aku ni,diluaskan rezeki buat selama-lamanya,bukan setakat dirinya,malah buat seluruh ahli keluarganya jua...terima kasih

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...