Ahad, 28 Ogos 2011

Catatan sebelum syawal

Syawal kian menghampiri,manakala Ramadhan akan melabuhkan tirainya ✗ berapa lama lagi..apa yang aku harap serta pohon sepanjang Ramadhan ini,jadilah kenyataan hendaknya..aku pasrah,aku akur..semuanya ketentuan daripadaNya yang 1
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Selasa, 16 Ogos 2011

ikhlas dari hati

ermmm...zaman sekarang ni bukan mudah untuk mencari kawan yang benar-benar kawan..kawan yang susah sama-sama susah,senang,sama-sama senang.syukur,diketemukan dengan kawan jenis ini.bukan "membodek" atau apa jua..tapi inilah realiti kehidupan ini.waktu jatuh,masih lagi ada insan yang sudi jatuh bersama,bukan takat tu aje,malah siap beri tongkat untuk berdiri dan bangun kembali.istilah rakan atau kawan aku rasa tak sesuai untuk digunakan,insan sebegini layak aku gelar sebagai sahabat,tu bagi akulah,kerana dalam kehidupan aku,aku kategorikan 3 jenis,kawan,rakan dan sahabat.
dari bermulanya dahulu seorang kawan,bertukar kepada rakan,dan semenjak kebelakangan ini menjadi sahabat.sewaktu aku ditimpa musibah,sahabat inilah yang tak jemu-jemu menjenguk aku,hulurkan bantuan,baik hantar aku terima rawatan hinggalah adakalanya kewangan.
tak perlulah aku paparkan namanya disini,biarlah Allah swt sahaja yang tahu..budi baiknya selama menjadi sahabat aku,tidak dapat aku balas dengan apa jua yang ada dimuka bumi ini.Aku hanya mampu doakan agar sahabat aku ni,diluaskan rezeki buat selama-lamanya,bukan setakat dirinya,malah buat seluruh ahli keluarganya jua...terima kasih

Sabtu, 13 Ogos 2011

MUBARAK Negeri Selangor


syukur alhamdulillah,tanggal 13 Ramadhan 1432H,aku sekeluarga telah menerima undangan berbuka puasa anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Selangor (MUBARAK).Bertempat di Klang Executive Club,aku sekeluarga serta Fadhlah sekeluarga tepat tiba seperti mana yang telah ditetapkan.Di sini aku dapat lihat secara lebih dekat lagi wajah-wajah bekas pemimpin setempat dimana suatu ketika dahulu mereka ini telah menaburkan jasa dan bakti kepada rakyat.

Ni betul-betul cap rambutan

Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Ahad, 7 Ogos 2011

Selamat kembali ke Tanah air

Setelah 2 minggu berada di tanah suci,hari ni kakak iparku serta keluarganya selamat sampai ke tanah air.الحمدلله
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...