Ahad, 10 April 2011

Bila dah keluar paper..


saban hari aku menerima aduan dari jiran-jiran aku mengenai pengurusan sampah yang tak diuruskan dengan baik,dan saban hari juga aku mengarahkan s/u aku untuk memaklumkan kepada pihak berwajib,namun saban kali juga jawapan yang sama diterima dan saban kali juga aduan dibuat endah-tak endah..namun kesabaran kami ada batasannya..makin lama makin menjadi..aku buat aduan bukan kerana nama,namun aku lakukan adalah berdasarkan tanggungjawab dan amanah yang aku pikul,tak mau bila kat dalam kubur esok ditanya..na u zu billah..
akhirnya 6 april lalu aku membuat laporan kat salah sebuah akhbar..7 april KELUARlah story aku ni..bagaikan ledakan bom,tak sampai 10 minit berdesupppp lori-lori alam flora keluar masuk ke kawasan aku..bahkan unit perhilitan juga masuk melepaskan tembakan ke arah monyet-monyet liarr...tak cukup dengan itu,hari jumaat hinggalah sabtu pihak alam flora masuk kutip sampah dannnn meracun longkang-longkang..
persoalannya..sampai bila?sementara sahajakah?namun aku berjanji,akan aku perjuangkan hak-hak kami sebagai penduduk,sekiranya berlaku lagi..akan ku bongkar habis-habisan..

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...