Ahad, 8 Ogos 2010

aku


Syukur alhamdulillah,minggu yang amat sibuk sekali dengan aktiviti.Bermula dengan upacara Penyerahan Van kepada penghuni Rumah Asnaf Al-Barakh hinggalah ke Bengkel kenali Al-Bajuri.
walaupun terasa kepenatannya,namun aku rasa puas!Puas yang teramat sangat,aku ni bukanlah pandai sangat,tak seperti abang,kakak serta adik aku..mereka berjaya dalam bidang masing-masing,namun aku bersyukur hanya dengan kerja sebegini sedikit sebanyak ianya dapat memberikan emak,abah serta seluruh keluarga aku kegembiraan.Alhamdulillah.Jangan salah anggap atas apa yang aku lakukan,bukan kerana nama,bukan kerana jawatan,tapi hanya 1,hanya kerana Allah.biarlah orang nak kata apa atas apa yang aku lakukan,namun aku percaya 1 hari nanti,pabila saat mata aku pejam buat selamanya,isteri,anak-anak aku serta ahli keluarga aku tahu apa yang aku buat.aku hanya penghibur di saat orang berduka,adakala orang suka,adakala orang benci.alhamdulillah aku terima,namun prinsip aku,jika tak suka dengan apa yang aku buat,jauhkanlah diri.sebab aku tak mahu tanggung dosa.dosa yang ada ni pun tak tertanggung.aku berkawan dengan semua,tapi tak semua jadi sahabat.
Sempena ramadhan yang bakal menjelma ni,dengan nama allah yang maha pengasih lahi maha penyayang,Aku maafkan semua dosa2 kalian terhadap aku,begitu juga sebaliknya.salam ramadhan buat semua.
(Majlis penyerahan van kepada rumah asnaf al-barakh oleh keluarga Al-Bajuri dan Kumpulan DZB)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah G. kami support 100%. apa yang kita ada, x bolehlah nak compare 'apple to apple'dgn org lain. kita manusia ni serba kekurangan. penyatuanlah membuatkan kita lebih baik, walaupun x sempurna. kerana kesempurnaan itu, hanya dari ALLAH.
teruskan usaha2 murni, niat kerana ALLAH.
~azhan

achon berkata...

Orang yang BERJAYA adalah orang yang disukai ALLAH.... Teruskan usaha murni mu selagi nyawa dikandung badan. Keluarga kita bertuan punya adik sepertimu!!
- Pak Long

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...