Sabtu, 24 Oktober 2009

dari aku




salam..alhamdulillah,majlis doa selamat baru sahaja selesai ahad lalu.Kepada adik-beradik,jiran tetangga,rakan sepejabat,rakan seperjuangan,pakcik-makcik,serta datok aku serta dato'-dato' dan datin yang sudi hadir,aku bagi pihak keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih,dan semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.
Majlis bermula sekitar jam 11.30 pagi dimulai dengan bacaan Yaa-sin serta tahlil khusus untuk arwah-arwah keluarga dan muslimin-muslimat.Selepas itu,acara jamuan makan.
Aku cuba menahan emosi sewaktu Datok saudara aku membacakan doa selamat pergi dan kembali..namun..aku TEWAS..air mata aku tidak dapat ditahan lagi..aku peluk erat-erat saudara maraku..pohon kemaafan serta minta didoakan agar semua yang kami lakukan sempurna.
Datok aku sempat berbual dengan aku tentang cara-cara serta adab-adab..Terima kasih aku ucapkan di atas nasihat yang amat berguna bagi aku.
Ketika kalian sedang membaca artikel ini,mungkin aku dalam perjalanan ataupun telah sampai ke Madinah..tapi tak kisahlah kan..kerana aku tetap aku..
Tanggungjawab yang aku pikul memanglah amat berat..namun aku berserah kepada Nya,aku hanya mampu dan terdaya setakat yang aku mampu laksanakan.
Kepada abang dan kakak aku,secara peribadi aku pohon maaf zahir dan batin,aku bukanlah adik yang baik..aku adalah aku..Doakanlah aku agar dapat membimbing emak serta Ina di sana..doakanlah aku agar diberi kekuatan,kesabaran yang tinggi,serta terima kasih kerana sudi menjaga anak serta isteri aku sepanjang ketiadaan aku.Terima kasih di atas bantuan baik dari segi wang rinngit mahupun nasihat..moga-moga Allah memberikan balasan yang amat baik kepada kalian.Percayalah,aku bangga mempunyai abang,kakak serta adik seperti kalian semua.
Kepada kakak aku Ajun,selamat bersalin aku ucapkan,maaf andaikata selama ini aku dah banyak sakitkan hati kau..terima kasih di atas segala-galanya..
Kepada Ati,terima kasih balik semata-mata kerana kami.
Kepada Abang-abangku...terima kasih tak terhingga,jenguk2lah anak isteri aku ye..
Kepada adik ku,terima kasih atas segalanya.
Kepada sahabat-sahabatku...Allah akan balas jasa baik kalian.
Kepada rakan-rakan,terima kasih.
Tidak ketinggalan pakcik,makcik ku baik di Olak Lempit mahupun di Kampung kuantan,terima kasih juga...
Kepada isteri tersayang..maaf zahir dan batin aku ucapkan..jagalah permata-permata hati kita dengan baik..doakan agar aku selamat pergi dan kembali serta dimudahkan segala urusan,halalkan makan dan minum aku..aku sayang padamu..
kepada semua yang hadir ke majlis aku tempoh hari,aku juga minta maaf andaikata aku tak sempat melayan kalian semua..
Kepada semua...terima kasih tidak terhingga aku ucapkan..InsyaAllah kita bersua lagi.
doa restu kalian amat ku harapkan...
Wassalam..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

knapo den xdijomput neh..sepatutnyo bab2 mkn den dolu org panggey..aheyy..len kali ajok den yo en.zawal.

Fadhlah berkata...

insyallah...
dalia:ko nie bab makan no satu...tpi tak beso2 gak..meh amik lemak perot aku nie ha...cam dah terlebih kedepan jer nie...

aznaz berkata...

salam sauara Zawal...

alhamdulilah...semoga saudara mendapathaji yang mahbrur..insyalah

syukran..

waslam

www.manzlie-makkah.blogspot.com

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...