Ahad, 21 Jun 2009

PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN




Sewaktu menonton tv pada hari Jumaat lalu,di TV2,aku tertarik dengan jalan ceritanya.Secara amnya aku ni kurang sikit menonton txmtapi pada malam itu,entah kenapa..aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku boleh terpacak kat depan tv.Bagi aku pelakon lelaki terbabit berjaya membawakan watak itu..amat berkesan sekali..Tahniah Zamarul Hisham...

watak anda sebagai seorang anak yang bongkak,ego,asyik mengejar kekayaan duniawi  serta sanggup memutuskan hubungan adik-beradik telah berjaya anda lakonkan.

Bagi yang terlepas akan cerita ini,aku cuba ceritakan serba sedikit..tapi aku tak ingatlah nama yang digunakan oleh Zamarul Hisham itu..tapi jalan ceritanya aku bolehlah ceritakan.Zamarul ini merupakan seorang anak yang berasal dari kampung dan mempunyai seorang adik lelaki.Adik lelaki ini sudah berjaya dengan perniagaannya.Zamarul mengambil jalan mudah untuk menjadi kaya.Maka Allah telah mengurniakan kepada Zamarul rezeki.Maka jadilah dia kaya-raya.Bisness dia pun maju...Suatu hari datanglah sorang mamat ni bertemu Zamarul serta isteri dengan menawarkan Zamarul membeli saham.Mula-mula Zamarul labur sedikit..Memang nampak hasilnya,maka dia teruslah pindah ke rumah besar,beli kereta mewah.Dipendekkan cerita,mamat tadi datang lagi menyuruk Zamarul tambah pelaburan kepada 200K..TAMAK punya pasal dan TAK BERSYUKUR punya pasal dan TAK BERFIKIR PANJANG,maka Zamarul telah berjumpa dengan abang AH-LONG....200K dilaburkan....tapi  LEBUR......

Ah-Long tak puas hati bila Zamarul tak dapat bayar.Rumah..kereta dan segala harta hanyalah tinggal kenangan..Suatu malam Zamarul dan isteri ditangkap oleh geng-geng Ah-Long..Disumbatnya Zamarul ke dalam sebuah kontena usang bersama isterinya yang angkuh juga..Ah-long nekad membakar kedua-dua pasangan suami isteri yang angkuh tu...

Api marak...haaaaa...tau takut ye...masa nilah baru teringat Allah.Masa nilah teringat pesan ayah.Masa nilah ingat doa yang ayah ajar.

Allah maha besar...selepas membaca doa itu..api terpadam,maka selamatlah Zamarul dengan isterinya..Adik Zamarul ni punyalah baik hati,bayarkan semua hutang ah-long.kereta,rumah dan lain-lain lagi....Maka insaflah Zamarul dan isterinya itu..

Apa yang menarik sekali diakhir cerita ini,apabila Zamarul berkata" kembalilah kita ke pangkal jalan dan amalkan 165 dalam kehidupan kita,1 bermaksud IHSAN,6 bermaksud IMAN dan 5 bermaksud ISLAM nescaya selamatlah kita dunia dan akhirat.....

apa pengajaran dan pembelajaran yang kita perolehi??

2 ulasan:

Fadhlah berkata...

mcm ku kenal pemilik kereta itu...

Unknown berkata...

gambar sekadar hiasan.tiada kena mengena samada hidup atau yang telah meninggal..

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...