Rabu, 5 Jun 2013
ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...
5 Jun 2013,merupakan satu detik bersejarah dalam kehidupan aku.Bukan niat nak membanggakan diri aku dengan apa yang aku lakukan,tapi aku PUAS kerana ianya berhasil.
Penghujung 2012,aku diamanahkan oleh para ibu bapa untuk mengjadi Pengerusi Jemaah Pengurusan disalah sebuah sekolah agama disekitar kawasan tempat tinggal aku dan kat situ juga putera aku menuntut ilmu keagamaan,InsyaAllah,puteri aku akan mengikut jejak abangnya.
Perkara pertama yang aku nampak dan tertarik nak lakukan ialah,membina lorong pejalan kaki untuk anak-anak sekolah ini.Ye,aku mesti lakukan.Yelah,jarak antara kelas dan surau,kelas ke kantin,kelas ke bilik guru memang tak jauh sangat pun,kalau cuaca elok,ok lah,tapi bayangkan jika hujan turun.Aku yakin anak-anak ini tak dapat menunaikan solat Zohor atau Asar berjemaah disurau,begitu juga guru..tak dapat untuk mengajar,yelah basah kena hujan.
Januari 2013,aku menyuarakan pendapat aku itu dan ianya telah mendapat restu daripada sahabat-sahabat.Ermm,restu dah dapat cuma modalnya sahaja.
Aku suarakan pula kat sahabat aku ni,aku suruh dia membuat pengiraan,wow hampir 50K.Mana aku nak dapatkan.Namun aku masih lagi mendiamkan diri dengan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.Aku pohon agar pihak sekolah keluarkan surat pohon derma.Bermula dengan hamba ALLAH yang menyumbangkan RM100 tu pun pabila aku terangkan akan kelebihan yang akan beliau dapat diakhirat nanti.Masya Allah,dari situ syarikat aku pun mula menyumbang hinggalah pada akhir Mei 2013,aku berjaya mengumpulkan sebahagian daripada kos itu.Walaupun RM10 aku tetap terima dengan hati lapang kerana bagi aku,sikit atau banyak,niatnya yang paling utama,kecil bagi penyumbang namun besar maknanya bagi anak-anak ini.Ramai yang mempertikaikan tindakan aku ini.Ada juga jabatan kerajaan yang bila aku ajukan surat,acuh atau tidak aje,bank pula,ermm..kalau takde akaun,maaf tak dapatlah.
Owh ye,Mei 2013,kerja-kerja pembinaan pun siap 100%.Bila dah siap makin sukarlah pihak jabatan tersebut nak bagi.Mereka kata,kenapa dah siap baru nak pohon?
Jawapan aku senang aje,kalau aku pohon sebelum siap,aku rasa hingga ke hari ini pun benda alah tu tak akan ada.Jadi aku buat cara akulah,pohon sumbangan sana-sini.SubhanAllah,bayangkan ye,jika anak-anak tersebut yang seramai lebih kurang 180 orang pergi solat Zohor dan Asar berjemaah,lalu di bawah susur gajah tu,agaknya berapa banyak pahala atau ganjaran yang para penyumbang dapat ye.
Semakin hari semakin kuat aku berdoa,walaupun pihak pemaju tidak meminta wang daripada aku atau pihak sekolah,namun harus diingat,pemaju pun ada keluarga juga untuk disara.Alhamdulillah,doa aku dimakbulkan pabila pada hari ini..wang baki pembinaan susur gajah itu telah disumbangkan oleh seseorang.
Pabila aku mendapat berita itu,aku secara spontan sujud syukur..syukur yang teramat sangat.
Apa pun,kepada seluruh penyumbang,ALLAH sahaja yang dapat membalas budi baik anda itu..Terima kasih...
Langgan:
Catatan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...