Rabu, 8 Mei 2013

5 tahun...izinkan diriku..meluahkan rasa...MAAFkanlah aku..


Alhamdulillah,segala-galanya telah berakhir.Namun segala-galanya BELUM berakhir.Perasaan kecewa,sedih dan pilu,memang ada dalam jiwa ini,selagi bergelar manusia,selagi itu perasaan sedemikian ada di dalam diri masing-masing.
5 tahun,merupakan satu tempoh yang amat lama bagi aku dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab selaku pemimpin.5 tahun juga merupakan satu tempoh yang penuh dengan dugaan serta pengalaman.Pahit dan manis,namun ianya harus aku telan.5 tahun,aku mengenali siapa teman,siapa lawan dan siapa yang cuba "menikam"dari belakang.Namun,aku sedikit pun tak rasa kesal dengan apa yang cuba mereka lakukan.Malah aku kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan untuk bicara.
5 tahun,aku rasa,cukuplah setakat ini sahaja...Aku berundur bukan kerana aku TEWAS,aku berundur kerana aku ingin merehatkan minda dan aku bertanggungjawab terhadap keputusan luar jangka ini.Biarlah pengganti aku meneruskan perjuangan.Lebih baik daripada apa yang telah aku lakukan.
Bagi aku,secara peribadi,aku amat berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan.Aku juga ingin merakamkan ucapan terima kasih aku kat orang-orang yang rapat dengan aku sepanjang 5 tahun ini.Di sinilah aku mula mengenali dunia "luar",di sinilah aku belajar erti perjuangan..dan di sinilah aku mula kenal sapa di atas dan siapa di bawah.. apa pun,maaf aku pinta kepada semua....

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...