Sabtu, 16 Jun 2018
Suasana Hari Raya
Fuhh..lama betul tak memblog.Nasib baik ingat kata laluan.Kalau tak,jadi sejarah yang kekal abadi.
Namun,blog aku ni tetap jadi tatapan untuk generasi aku dimasa akan datang.Aku nak mereka berjaya lebih dari diri aku.Insha Allah.
Video kali ni,memaparkan suasana hari raya pertama yang sempat aku rakamkan sebagai 1kenangan terindah.Video biasa namun ianya tetap bermakna kepada aku..
Salam lebaran semua..pembaca-pembaca blog aku...
Rabu, 31 Disember 2014
1001 makna...
Selasa, 8 April 2014
Aku...
Alhamdulillah,
Masih
diberi kepercayaan dan mandat untuk meneruskan perjuangan.Walaupun telah
beberapa kali menolak namun akhirnya aku akur juga dengan keputusan. Bukan
hendak mendabik dada denga n jawatan ini, jawatan yang amat berat untuk dipikul
dan jawatan yang membuatkan aku sendiri terpaksa berfikir lebih daripada
kebiasaannya.
Namun,
semua itu harus aku tempuhi juga. Buat masa ini, perancangan aku hanyalah 1
iaitu “KEJAYAAN”. Kejayaan yang pelbagai sudut dan bentuk. Sasaran aku tidak
terlalu tinggi namun aku berhasrat agar kejayaan itu adalah kejayaan yang
paling manis dalam pentadbiran aku. Aku mula mengolah segala aspek
pembelajaran. Dari tahun 1 hingga tahun
6. Yang paling utama adalah tahun 5 dan 6. Tumpuan akan diberikan sepenuhnya.
Aku mula merangka pelbagai aktiviti, pelbagai kemudahan untuk anak-anak ini.
Jikalau
tahun 2013 aku berjaya membuatkan susur gajah dan mengadakan Wi-Fi, namun tahun
2014 ini aku mula fikirkan mengenai aspek lain pula. Seperti kata aku tadi, aku
nak KEJAYAAN.
Paling
TIDAK 5 pelajar tahun 6 atau minima 1 orang pelajar mendapat keputusan yang
amat memberangsangkan.
Mentadbir
sekolah agama ini berbeza dengan mentadbir sekolah kebangsaan. Salah satu
cabaran yang perlu aku hadapi ialah kewangan. Sekolah Agama ini TIDAK
mendapat peruntukan daripada mana-mana,
maka, pandai-pandailah aku untuk mencari dananya. Adakala dari poket sendiri.
Boleh
dikatakan anak aku bukan 2 orang malah ada 131 orang lagi yang memerlukan
pembelajaran yang sempurna.
Antara
program yang aku Nampak untuk dilaksanakan dengan kadar segera:-
|
Bulan
|
Program
|
|
Mei 2014
|
Motivasi tahun 4,5,6- Hadapi peperiksaan
|
Sambil itu,aku cuba mengenal pasti punca-punca
anak-anak ini GAGAL:
- KURANG MEMBACA
- KURANG ATAU TIDAK MENGULANG KAJI PELAJARAN
- KURANG MEMBERI TUMPUAN
- SUKA PONTENG
- TIDAK TAHU TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Ahad, 23 Mac 2014
Gugur air mata
Tanggal 22 Mac 2014
Masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin.Bersantai bersama keluarga.Perancangan yang seketika namun amat bermakna buat aku.
Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 40 minit dari villa aku ke destinasi memang tidak ada halangan,Alhamdulillah..Menuju Sg.Congkak.
Banyak-banyak rakaman foto,aku memang tertarik dengan foto aksi zuriat aku.Kasih sayang seorang abang kepada adiknya.Harapan dan doa biarlah berkekalan hingga akhir hayat..LOVE U ALL..
Rabu, 19 Mac 2014
Khamis, 28 November 2013
Ya Allah..selamatkanlah
Hari ni jam 10.00 pagi, insya Allah anak kecik ini akan menjalani pembedahan.Moga Allah selamatkanlah segalanya...
Ahad, 24 November 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
Fuhh..lama betul tak memblog.Nasib baik ingat kata laluan.Kalau tak,jadi sejarah yang kekal abadi. Namun,blog aku ni tetap jadi tatapan un...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe



