Selasa, 31 Julai 2012

peristiwa subuh....

peristiwa ini aku alaminya sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh bersama jemaah lain di masjid as-syarif hari ni.
selesai solat,timbalan nazir menghampiri serta memaklumkan kepada aku terdapat seorang lelaki tidur diberanda luar walhal pada ketika itu azan Subuh telah berkumandang diudara dan kami telah pun selesai menunaikan..hairankan..
aku seterusnya mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan lanjutan.
sewaktu melangkah keluar aku nampak lelaki tua berbaju merah itu sedang mengambil wuduk..lantas aku biarkan sahaja,sambil tu aku duk perhatikan dia ni datang naik apa,dengan sapa..setelah aku puas hati aku toleh ke belakang..perghh aku ngatkan dia terus solat Subuh..rupanya takk..dia keluarkan senaskah Quran yang dah lusuh..tapi dia tak baca pun..asyik.membelek satu risalah promosi Aidil Fitrri...lama juga dia tenung..
aku pun tengok jam...alamak dah  lewat nak g kerja ni..lantas aku pergi ke arah orang tua tu lalu aku berikan salam dan menghulurkan tangan...
hahha..boleh dia kata
"Apa ni..nak.minta sedekah ke"
perghh...aku senyum lalu aku kata! "aku nak bersalaman dengan kau" dia jawab.."hang tak payah nak salam aku
...."hahahaha...aku hanya tersenyum dan beredar..kalau orang lain memang dah lama dah....
Allah Maha Mengetahui...

Hj Zawalajam Hj Mashod

Ahad, 3 Jun 2012

alahai indahnya...


 bila tiba aje musim cuti sekolah..perghh..banyak betul undangan yang diterima..semuanya kenalah pergi (jika larat).hehehe.tidak ketinggalan juga aku,hari ni mujurlah ada 2,satu di banting dan satu di assam jawa..pergi yang dekat dahululah..pastu zuuuupppp ke assam jawa pula..rumah bekas pengasuh aku suatu ketika dahulu..hari ni nak ikut jalan lain pula.nak try highway terbaharu SKVE(sementara tol free)..sampai assam jawa lebih kurang dekat zohor juga..gedebuk-gedebak dalam pukul 2.30 petang balik semula ke banting dengan membawa perut yang sarat..hehhehe..rezeki..

Jumaat, 1 Jun 2012

petrosains..Adam dan Hawa

cuti sekolah ni,aku hanya bawa Adam dan Amni pergi ke Petrosains sahaja.tempat yang banyak ilmu untuk mereka berdua pelajari.dan pada tanggal 30/5/12,memang sengaja aku luangkan masa untuk mereka,yelah,selama ini aku tak berpeluang untuk habiskan masa bersama dengan mereka,nak bawa jauh-jauh,aku rasa belum sampai waktunya lagi,almaklumlah..ukur baju dibadan aku sendiri..bukan takde niat nak bawa mereka ke mana-mana,tapi..ada rezeki,pasti aku akan bawa juga.dan aku harap anak aku faham dan happy pada hari tu..

keluarga aku..


abang tengah ajar ada berlumba..

Isnin, 28 Mei 2012

Inilah namanya sahabat


Dalam kesibukan menunaikan tugas masing-masing,adalah amat jarang sekali untuk kami bertiga keluar bersama.Lebih-lebih lagi dengan Shahrul,sibuk memanjang,al-maklumlah semenjak naik gred ni..hahaha..hari ini,sempat juga kami bertiga berkumpul seperti masa dahulu..perghh..meriah jugak..lupa seketika masalah kerja seharian..lepak kat Restoran Asam Pedas,Port Klang..Alhamdulillah,semoga persahabatan ini kekal buat selamanya..





Sent from my Samsung Galaxy Tab

Ahad, 27 Mei 2012

Cub Prix di Banting..prenggggg...

 (Juara Cub Prix Banting)

Setelah sekian lama perlumbaan cub-prix tidsak diadakan di Dearah Kuala Langat,tup-tup tahun ni pihak Petronas bersetuju untuk mengadakannya di Kuala Langat,lokasi ,Bandar Mahkota,dari 26-27 Mei..perghhh,menarik sekali.al maklumlah,dulu sekali mereka buat kat pekan banting,masa tu,aku kecik lagi,sanggup naik basikal bersama dengan sepupu aku agus..hahaha..berbekalkan air laici kotak besar,dari pagi sampai ke petang tu kami di sana.
Kalau dahulu,aku hanya menjadi penonton diluar sahaja,tapi tahun ni,alhamdulillah,aku berada di dalam kawasan larangan..
Bangga juga..tapi tu semua rezeki daripadaNya..

(Masa untuk dilepaskan)


(Bersama team aku)




Sent from my Samsung Galaxy Tab

Sabtu, 26 Mei 2012

Posting orang sakit..

Alhamdulillah..dapat juga menjamu selera bersama family..bukan apa,aku sejak beberapa hari lalu,tak selera nak menjamah apa-apa.tekak rasa nak sesuatu tapi perut pula menolak..lawaknya..dalam tak selera pun,habis jugak tom yam..hahhaaa..namun masih dan tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran ini serta dugaan yang DIA turunkan kepada aku.





Jumaat, 25 Mei 2012

Kisah selipar

Seperti kebiasaan,sebaik sahaja selesai solat Jumaat,aku akan ke kedai berhampiran untuk mencari sesuatu bagi mengalas perut..perghh ramainya orang beratur dikaunter,sepanjang aku beratur,mata aku tertumpu kat seorang lelaki tua yang aku aku agak mungkin dari Bangladesh,mengikut cara pakaian aku yakin bahawa dia memang dari Bangladesh,aku perhatikan dari atas sampai ke bawah,laa,tak berkasut,patutlah beriya-iya nak beli selipar.
Kesian jugak aku melihatnya,mungkin orang dah rembat seliparnya kot..bila sampai kat kaunter,budak pompuan tu menyatakan harga selipar tu rm10.++.beriya-iya juga orang tua tu mengeluarkan wang kertaa warna merah,tapi budak kaunter tu kata tak cukup,maka terkial-kial juga orang tua tu menyeluk begnya..sementara itu,budak kaunter ni dah sedikit merungut,yelah,orang dah ramai beratur...
Maka,aku pun cakap kat budak tu,takpe,aku selesaikan,lalu aku bayar selipar orang tua tu,dan aku pun berlalu sahaja,budak kaunter tu pun hulurkan selipar tersebut kat orang tua tu.dari jauh,aku lihat orang tua tu masih terpinga-pinga dan menafah tangan kesyukuran.Alhamdulillah...aku pun hanya mampu tersenyum dan amin kan apa jua doa yang dibaca oleh orang tua itu..
Alhamdulillah..





Sent from my Samsung Galaxy Tab

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...